22 May 2013

Tak semua orang dapat peluang kedua

Assalamualaikum (",)

rasa terpanggil nak buat entri ni selepas baca blog seorang junior sekolah saya dulu. Tahniah sebab dapat tawaran sambung belajar. Apa yang nak dikongsikan ni bukanlah kerana cerita kita sama tapi kesannya yang sama. ini untuk Anis :

"tahun 2006 akak dapat teknik, akak terus pergi sebab nak sangat duduk asrama. Excited hanya Allah yang tahu. masa orientasi ok lagi lah, orientasi semuanya macam tu, tapi bila dah masuk ke kelas memang banyak sangat dugaannya. tidur tak cukup sebab tidur jam 12am bangun jam 4am. adalah sebabnya kenapa macam tu. masuk kelas mata merah. memang tak sah kalau semua budak yang tinggal asrama tak bersnooker dalam kelas. nak fokus dalam kelas pun tak boleh. akhirnya mampu bertahan 2 bulan je. hari hari call rumah menangis nak balik. oohhh sadisnya rasa. hari hari yang dilalui rasa perit sangat. bila di sekolah seronoklah dengan kawan-kawan tapi bila balik asrama lain pulak jadinya.

selepas 2 bulan akak lari dari sekolah tu, tanpa pengetahuan warden dan guru kelas. proses untuk tukar sekolah teknik ke sekolah harian biasa memang susah. kadang-kadang tak lulus pun. tapi sebab dah akak tak mau belajaq kat situ, kakak dan abang usahakan jugak sampai pergi ke putrajaya. dalam masa sehari je dah settle. masa sambil tunggu keputusan dari jabatan teknikal, akak dah ke sekolah lama belajar macam biasa cuma bukan official student la. selepas keputusan dah lulus, baru lah dapat buku teks dan official jadi pengawas dan bersekolah lah dekat tat beng sampai form 5.

masa tahun 2008 dapat offer sambung matrikulasi di Melaka, berat sangat mak nak lepaskan, sebab mengingatkan kisah dulu yang menangis nak balik tak mau duduk asrama padahal kat taiping je kot. akhirnya mak lepaskan jugak sebab memang impian anak dia nak masuk matrik. tapi mak pesan "nanti kalau tegheyak nak balik, takdak sapa nak ambik". memang tak menangis pun. masa mak hantar daftar pun relaks je. jarang sekali homesick. sebab ? impian hanya satu, takmau bagi mak susah hati dan sedih . itulah permulaannya . peluang kedua untuk tinggal di asrama, peluang kedua untuk berdikari, serius ! serik dah nak bagi mak dengan abah susah hati . adik beradik pun sama . 

walau jauh macam mana pun . tengok orang duk balik pun . jangan ada rasa nak balik . just fikir . ingat ! dulu penah dah buat diorang susah hati nak fikirkan aku . nak uruskan itu ini . sejak tu lah memang dah tak rasa homesick . mungkin jugak persekitaran yang buat kita rasa selesa . lagi pun dekat matrik tak dak fixed schedule makan dan prep . masa dapat offer degree dekat sarawak pun sama . mak pesan benda yang sama . dah rezeki nak dapat jauh . tapi homesick jarang sangat . cuma stress dengan exam lepas tu rasa nak balik, biasalah tu . cumanya biarlah kita selalu sedar diri . ini peluang kedua yang kita dapat . jangan sesekali ulang perkara yang sama . sebab kalau buat perkara yang sama itu bukan takdir tapi itu pilihan 

so untuk anis, akak just nak pesan, buat yang terbaik, selalu sedar diri, peluang kedua tak semua orang dapat dan kita ni lah antara yang terpilih untuk dpat peluang tu . lakukan yang terbaik untuk diri sendiri untuk parent untuk adik beradik dan untuk masa depan semua . memang hidup ni kita tak jangka nak jadi macam mana . sebab perjalanan kita dengan dia/mereka berbeza . tapi jangan mudah mengalah . usaha kena berterusan . ok . akak doakan anis berjaya, akak doakan anis dapat lalui apa jua perkara dengan tenang :)"

1 comment:

Terima Kasih . Syukran Jazilan