11 January 2013

Kejujuran dan Kepercayaan

Assalamualaikum (",)

kembali ke fasa yang lebih serius . aku sangat percaya, kejujuran dan kepercayaan adalah elemen paling penting dalam apa apa jua hubungan . persahabatan atau percintaan . tak kisah lah bercinta tanpa akad atau lepas akad (dalam erti kata lain suami isteri) . aku yakin sangat . dengan dua elemen ni lah letaknya kebahagiaan dan juga tempoh hubungan yang lebih lama . aku pernah ada kes dikhianati sahabat sendiri . ya ! aku terlalu percaya dengan dia . aku jujur dalam apa jua yang aku lakukan . aku juga yakin dia jujur dan percaya dengan aku . tapi al-kisahnya Allah Maha Besar, membongkar segala ketidakjujuran dia dengan aku . maka hilanglah kepercayaan aku terhadap dia . selama lamanya . jujur aku katakan . aku memang tak percaya lagi dah bila sekali sahaja aku dikhianati dengan orang yang paling aku percaya selepas ahli keluarga aku .

pedih kan . tapi halnya di sini adalah, bukan sekadar nasihat, tapi aku nak kongsi pengalaman pengalaman yang ada dan nilailah dengan positifnya . sebagai manusia yang punya hati nurani . kita sememangnya mudah percaya pada orang yang fizikalnya nampak sempurna . ketelusan dalam berkata kata dan perbuatan . itu lumrah manusia yang mudah terpesona dengan keindahan dan kebaikan . lantas kita meletakkan setinggi tinggi kepercayaan . alangkah sedihnya tatkala kepercayaan kita di khianati. kan . pedih rasa . rasa seperti dipermainkan . kan . mulalah kita mempersoalkan . "apa salah kita" . "dimana silap kita" .


 sahabatku, aku lebih suka bercerita tentang kejujuran dan kepercayaan dalam persahabatan. sebab aku belum ada pengalaman dalam percintaan . bagi aku kejujuran itu perlu untuk mengekalkan sebuah perhubungan dalam persabahatan . kita jujur dengan apa yang kita lakukan dan laksanakan . jangan sesekali menipu atau tidak jujur . biar pahit untuk terima tapi sekurang-kurang kita jujur . kalau sahabat kita salah, tegur dia, jangan kita pula yang biarkan, kita jujur sampaikan apa yang salah dan kita perbetulkan . sebarang khilaf yang di lakukan, jujurlah . bagi aku, sekali dikhianati selamanya aku ingat . mungkin boleh jadi kawan, tapi kawan biasa .

menjadi seorang sahabat, dah tentu banyak kisah yang kita kongsi . di sini letaknya kepercayaan . percayanya seorang sahabat apabila berkogsi apa jua cerita . kerana terlalu percaya. mungkin ada rahsia yang tersemat indah dalam ingatan . jujurlah kita kepadanya . janji kita . jangan dibuka pekung di dada . penah dengar satu cerita . rahsia sahabatnya dibongkar gara gara sudah putus sahabat . dendam . hilang kepercayaan . beginilah . walaupun ikatan persahabatan itu sudah tiada . jangan didedahkan apa rahsia . simpanlah . jaga nama baik sahabat kita . jaga hati kita . dendam . dengki dan iri hati itu bahaya . itulah permulaan titik hitam dalam hati kita .


aku bercakap sebagai peringatan pada diri . dalam persahabatan . ikatan itu seperti keluarga . susah senang bersama . andai janji Allah, ujian melanda . disitulah letaknya keteguhan dan kepercayaan . andai ianya goyah . tabahlah, teruslah jujur dan percaya . dunia ini penuh dengan ujian dan dugaan . sabar lah . tanamlah sifat yang jujur dalam diri .percayalah kepada orang yang kita sayang . permulaan persabatan yang baik akan membuahkan ukhwah yang indah dalam rumah tangga . insya Allah . hati yang baik itu akan sentiasa berfikiran positif . hati yang baik itu akan sentiasa mendoakan kesejahteraan saudara Islamnya . hati yang baik itu akan sentiasa mengucapkan perkataan yang baik . hati yang baik itu . dicintai oleh semua orang . jujur dan percaya itu milik hati yang baik ^^

salam ukhwah untuk semua . semoga kita antara orang yang jujur dan usah kita khianati kepercayaan orang lain terhadap kita . didik hati kita menjadi baik dengan banyakkan berzikir daripada mendengar lagu lagu yang melalaikan . banyak kan membaca surat cinta Allah iaitu KALAMULLAH (Al-Quran) . banyakkan bersedekah bagi mereka yang memerlukan . kurang kan berkata kata . kerana lagi banyak kita berkata kata, lagi banyak dosa tanpa sedar yang kita buat . bercakaplah apabila perlu . "berkata katalah apabila berkatakata itu lebih baik daripada berdiam diri" ..

jujur dan percaya sesama kita . Jazakkallah khairan kathira :)

09 January 2013

Alhamdulillah . i'm done !

Assalamualaikum (",)

Alhamdulillah . Alhamdulillah . Alhamdulillah . i'm done ! i'm done ! akhirnya perjuangan selama satu semester berendam air mata . berhempas pulas dengan nota . layan hati sakitnya jiwa . banyak sebab dan kenapa . gadis lanjut semester beginilah keadaannya . melalui semester ini dengan paksarela . hati susah sangat nak terima sebenarnya . ada lagi satu semester .

akhirnya hari ni tamat segala cerita duka aku . subjek terakhir tamat jam  4.30 petang tadi . keluar dewan dengan senyuman . benarlah kata orang . setiap kesulitan ada kemudahannya . insyaAllah result nanti pun, tawakkal je ok /:

untuk itu . thanks for everything semua orang yang dah berkorban untuk aku . thanks a lot . untuk melalui kehidupan yang tenang dan bahagia . wajib kena husnuzhon dengan Allah . bersangka baik dengan siapa saja . insyaAllah kesabaran yang tinggi itu pasti indah dengan reward yang tak sangka sangka .

alhamdulillah :)


08 January 2013

Mak . U r my EVERYTHING !!

Assalamualaikum (",)

short entry . insyaAllah :)

seramai mana pun BFF kita . BF kita (sorang je kot) . not me la . hihi . seramai mana jugak pun kawan sekeliling kita . mak ayah adalah orang yang paling kita percaya . mak ayah adalah pendengar yang setia . penasihat yang berjaya . betul tak . se'akrab mana pun kita dengan BFF kita tu . mesti tak semua kita kongsi . betul tak . tapi dengan mak ayah . semuanya tanpa jemu diorang dengar cerita kita . tak bosan langsun .

mak : belajaq macam mana ?
me : ok . cam besa
mak : duit ada lagi tak ?
me : cukup la sampai balik nanti, duit makan tak pa, kat rumah ada makanan
mak : periksa ?
me : ............ (air mata dah meleleh).. takut gagal lagi . tak mau gagal dah . nanti kena ambik lagi
mak : solat tu jangan tinggal, baca al-quran . selawat banyak2 sebelum jawab
me : ok . mak doa la tau
mak : hari hari mak doa 
me : ok . terima kasih

u know what . dalam keadaan yang stress sangat *u know stress it is orang yang extend macam aku ? harapan tu tinggi sangat . kadang kadang rasa "mampu ke aku ni?" aku hanya mampu tawakkal . study keep on study walaupun kadang kadang aku rasa tak tau apa yang aku study .

boleh ke korang call BFF korang sambil menangis bgtau yang korang stress dengan exam esok ? melainkan korang hanya mampu buat macam tu dengan mak atau ayah korang je . kann . 

yer . aku tengah risau sampai la result keluar 26 @ 28 januari nanti . aku boleh tahan air mata mengalir kerana duit . tapi kalau sebab pelajaran aku . admit ! aku tak mampu tahan . aku tahu harapan mak abah aku cemana .
 

07 January 2013

AMARAN !! Ribut Tropika Sonamu di Pantai Timur

Assalamualaikum (",)

buka tweet jumpa "AMARAN !! Ribut Tropika Sonamu di Pantai Timur" aku terus google cari info betul ke tidak . sebab aku ni bukan jenis yang terima bulat bulat . cari cari . jumpa laman web www.met.gov.my .

Nasihat Ribut Tropika

Di keluarkan pada 08:52PM 06 Januari 2013

Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).

Masa Pencerapan : 8:00 malam, 6 Januari 2013.

Kedudukan : Latitud 7.5 Utara; Longitud 109.3 Timur; kira-kira 472 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.

Pergerakan : Ke arah Barat dengan perlahan.

Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 718 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.

Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.



sama sama kita doakan keselamatan semua terutamanya saudara senegara kita di kawasan pantai timur . ini amaran dari Allah . sama sama tarbiah diri . di mana salah silap kita . anggap semua ini ujian dari Allah . Allah hanya ingin menguji . tapi jangan dok taubat time nak bencana je . ingat susah senang wajib ingat Allah . semuanya daripada-Nya . pada Dia juga selayaknya kita meminta .

05 January 2013

Aku Ingin Berubah

Assalamualaikum (",)

berubah atau berhijrah . adalah satu ungkapan yang betul betul buat semua orang teruja . apatah lagi berhijrah daripada sesuatu yang kurang baik kepada yang lebih baik . nak berhijrah atau berubah ni tak susah . just do it . tapi untuk kekal dalam perubahan atau penghijrahan itu yang susah . ISTIQAMAH . tapi itulah dugaan bagi mereka yang berhijrah ke arah yang lebih baik . contohnya . dulu dia tak menutup aurat . tapi pintu hatinya terbuka dengan hidayah Allah . dia nak berubah . hari pertama Alhamdulillah . tetapi di sebabkan persekitaran yang memaksa dia menjadi tergugat untuk terus begitu . bertudung litup . itu lah yang mengganggu istiqamah kita . faktor luaran atau dalaman .

aku dulu pun macam itu jugak . memula nak bertudung labuh, bidang 50' rasa tak yakin . apa pandangan orang sekeliling tapi orang kita sabar itu indah . kadang kadang cuma mind set kita . orang sekeliling tak cakap apa apa pun . malah ada yang risau kalau kawan kawan mula menjauhkan diri . ingat satu ayat "kalau kita berubah untuk jadi baik, Allah akan anugerahkan kawan kawan yang baik kepada kita" . tak apa lah kawan yang sedia ada nak jauhkan diri . semoga Allah kurniakan sahabat yang lebih baik . tak de sape tahu kan . sabar . 


  1. NIAT kerana Allah (Lillahita'ala)
  2. Letak TARGET (apa yang ingin kita ubah)
  3. mencari SUASANA dan RAKAN yang BAIK
  4. BERSABAR dengan cemuhan (istiqamah)
  5. BERDOA kepada Allah

nak hidup bahagia, jangan hidup dengan kata kata orang . jika ia benar . Allah akan bantu kita . bergantung hidup kepada Allah bukan makhluk-Nya . ramai orang yang nak berubah tapi "masih belum sampai seru" . bagi aku . nak berubah . silakan . kita perlu mulakan . bukan nantikan . tapi kalau tak nak nampak drastik, meh sini aku bagi tips :: terutamanya untuk mereka yang berjeans ketat dan bert-shirt biasa dan bertudung biasa 

  • tukarkan jeans kepada seluar slack biasa yang tak ada bentuk kaki . straight cut, seeloknya warna hitam.
  • tukarkan jeans dengan skirt labuh . yang kembang atau pun kain biasa tapi jangan ikut bentuk tubuh . biar free macam tu . 
  • t-shirt biar yang besar sket dan berlengan panjang . pakaikan dengan skirt labuh . kalau boleh melepasi punggung
  • pakai stokin . yang skin sock atau hitam. pakai hari hari SETIAP KALI KELUAR RUMAH
  • pakai hand sock . SETIAP KALI KELUAR RUMAH
  • tudung biasa yang bidang 45' tu . jangan silangkan atau pinkan ke bahu .  biarkan lepas ke bawah atau kalau nak silang jugak pastikan labuh menutup dada dan melepasi bahu, tudung tu boleh bagi labuhkan .
  • tapi kalau ada duit lebih beli tudung baru, bidang 50'. mulakan dengan warna gelap
  • pakai t-shirt muslimah yang besar, sbb ada yang fit ke badan
untuk permulaan ini, baiki apa yang ada . kurangkan t-shirt biasa dengan seluar . kalau t-shirt muslimah tak per . selalu la pakai t-shirt atau blaus dengan skirt labuh . pakai stokin dan sarung tangan . tudung biar melepasi bahu dan menutup dada . try and error macam mana nak buat .

TAPI sesuatu yang lebih besar jangan lupa . 
  • SOLAT fardhu 5 waktu
  • SOLAT di awal waktu
  • RAJIN membaca Al-Quran
  • RAJIN ke majlis ilmu
  • RAJIN membaca buku buku tentang Islam
  • AMALkan solat sunat
  • JAGA adab dan perilaku sebagai wanita
  • KURANGkan pergaulan dengan ajnabi
  • BANYAKkan selawat dan zikir
  • AMALkan solat sunat taubat 
bersihkan hati kita daripada kotoran maksiat dan dosa yang telah kita lakukan sebelum ini . baca buku buku tentang Islam . banyak sangat dekat kedai kedai buku . dengan tujuan tambah ilmu . nak berubah ini senang . jangan kita susahkan . ambil langkah satu persatu . seeloknya berguru dengan mereka yang tahu .

selamat berhijrah ya ukhti wa akhi ^^


04 January 2013

THIS IS THE WORST THING EVER !!!

Assalamualaikum (",)

THIS IS THE WORST THING EVER . saat entry ini ditaip , jam 4.33am . 4 jan 2012 . aku masih belum dapat lelapkan mata sedangkan jam 9.00am nanti aku ada exam . argghhh  !!!!!!!!!!!! rasa nak menjerit agar seluruh kota samarahan ni bergegar . masalah insomnia aku tak akan penah hilang sejak 3 tahun lalu . dan tahun ni adalah tahun ke-4 . 

weyyyy !! aku pun nak hidup macam orang lain . jam 11.00pm dah masuk tidor . jam 6.00am bangun untuk subuh dan mulakan kehidupan . tapi aku ? susah wooo mai tidur . penat tau pusing kiri kanan . hampeh . terang gila mata ni .

korang ada ubat tak atau cara nak tidor . ^^ penat la cam ni . kalau tak exam tak pe . ini exam kot . mau jammed otak nanti sebab letih . ya Allah bantu hamba-Mu ini ya Allah :)

03 January 2013

Saya Cuba Jadi Teman Yang Baik

Assalamualaikum (",)

3 januari 2013 . 3.1.13 sweet jugak kan . ape ape pon just nak share ::


p/s :: doakan aku sukses untuk exam esok "Remote Sensing"

02 January 2013

emosi tak stabil

Assalamualaikum (",)

selalu macam ni . bila exam semakin dekat, emosi aku tak stabil . aku cepat rasa sedih dan rasa nak menangis . aku tak tau kenapa . aku rasa takut dengan exam . aku taku fail . entah apa yang aku study ni . aku pun tak tau . aku tak yakin . aku betul betul perlukan seseorang . :'(