30 May 2013

Bersyukur selalu

Assalamualaikum (",)

Alhamdulillah, setiap saat yang kita lalui adalah dengan kehendak Allah, Kun Fayakun, perancangan Allah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita, sentiasalah bersyukur dan berdoa agar dapat melalui setiap saat kehidupan ini dengan tenang . seringkali kita mendengar orang mengeluh tentang kehidupan yang bosan, tak adil, dan pelbagai lagi yang negatif . istighfar . kita seolah olah telah mempertikaikan Allah . menyalahkan Allah . Nauzubillah . 

mulai sekarang . husnuzhon . bersangka baik dengan Allah . nescaya, hati akan jadi lebih tenang . apabila Allah takdirkan kita begini dan begitu, itu semua adalah dengan izin-Nya . ada sebab kenapa Allah takdirkan begitu . sebagai hamba-Nya kita wajib redha dan bersyukur kerana setiap apa yang berlaku ada hikmahnya .   

buanglah sikap yang suka mengeluh, suka menyalahkan takdir dan sebagainya . bear in your mind . Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita .

29 May 2013

Sad Story

Assalamualaikum (",)

sejak akhir-akhir ni fikiran saya jauh melayang . jauh sangat-sangat sampaikan saya hilang fokus dengan pelajaran saya . mungkin jugak ini adalah bulan terakhir saya berada di kampus dan akan menjadi alumni tak lama sahaja lagi . sebenarnya saya tahu kenapa fikiran saya jauh melayang . saya tahu sebabnya . tapi saya takut untuk mengaku walaupun pada diri sendiri . akhirnya semalam menaip satu warkah meluahkan apa yang terbuku dalam hati selama 10 tahun . maaf kalau entri kali ni agak personal . cuma saya nak cakap untuk dia :

"maaf kalau aku ganggu hang, aku tahu aku tak patut rasa macam ni setelah 10 tahun berlalu . cumanya aku rasa waktu tu mungkin jiwa terlalu muda untuk menilai apa-apa erti hati dan perasaan . satu benda yang aku nak hang tahu, sebagai kawan selamanya aku akan tetap anggap ang kawan aku . tapi aku sendiri tak tahu hang anggap aku apa . hang mulakan semua ni . dan hang jugak yang biarkan aku terkontang kanting kat situ . dan sekarang hang macam nak buang aku . hang nak aku pegi jauh dari hidup hang . hang rasa aku akan ikut apa yang hang nak atau tak ? itu andaian aku je . aku tak tahu apa yang ada dalam hati hang . tolong lah jangan biarkan aku terus buat andaian sendiri, warkah tu aku masih simpan, aku luahkan semua dekat situ, kalau hang nak . bagi tau aku, aku akan bagi"

untuk semua pembaca, mungkin agak keliru dengan penyataan 10 tahun . kalau dikira sekarang umur saya 23 tahun . bermakna kisah ni berlaku ketika saya berusia 13 tahun . masih muda mentah dan remaja . tapi saya masih ingat . saya tak pernah nak berdendam . cuma saya sedih bila saya dilayan acuh tak acuh selepas 10 tahun . dan sekarang saya bagi dia peluang untuk berterus terang . kalau dia tak mampu nak terangkan sekarang . tak apa lah saya sabar menunggu sehingga waktunya tiba . saya sanggup tunggu selama 10 tahun . apalah sangat kalau saya perlu tunggu 10 tahun lagi .

kawan . saya tahu kalau kehadiran saya ni cuma menganggu . saya minta maaf .


28 May 2013

RM50 terakhir BB1M

Assalamualaikum (",)

saya sangat gembira sebab hujung hujung BB1M saya dapat beli buku yang begitu menawan hati . terutamanya novel islamik "Kala Cinta Dan Wahyu Bersatu" . cuma jalan cerita dalam novel tak sama dengan drama bersiri 'Cinta Dan Wahyu' kat tv alhijrah tu . dah ada perubahan . tapi yang pasti, drama bersiri lagi best . teetttt ~~

hobi saya membaca dari sejak saya tau apa itu hobi sampai lah sekarang . dan pun 23 tahun ++ dekat dunia ni . Alhamdulillah . membaca ni dapat kurangkan stress dan bosan belajar . bila dah berjam jam mengadap nota, saya akan ambil buku-buku yang ada, saya akan baca .  sesetengah orang tanya . tak berat ke baca buku macam tu . tadi dan mengadap nota . bagi saya TAK . sebab saya MINAT . satya SUKA . buku-buku macam tu especially motivasi islamik tulisan Dr. Robiah, Prof Muhaya, Hilal Asyraf, Dr. HM Tuah Iskandar, Ustazah Fatimah Syarha dan ramai lagi sememangnya ada aura tersendiri yang akan buat kita lebih bersemangat !

3 buku yang saya beli menggunakan BB1M yang tinggal RM50 tu . adalah 

RM20

RM22.90

RM20

mesti ada yang pelik kenapa harga dia lain . saya di Sarawak . so memang harga akan mahal daripada semenanjung . total up 3 buku ni lebih kurang RM60 ++ tapi masa saya bayar guna BB1M RM50 cuma tambah 30 sen . rupanya dekat MPH The Spring Kuching tengah buat sale . ada off 20% untuk buku dan 10% untuk alat tulis kalau beli guna BB1M atau Kad Siswa . best giler kot . rasa nak pegi lagi before 2 jun sebab off tu sampai 2 jun . so pelajar-pelajar area Kuching, silalah ke MPH The Spring . memang best dapat borong buku . tak rugi beli buku macam ni . boleh baca ulang-ulang .

27 May 2013

Istimewa buat Follower 888 :)

Assalamualaikum (",)

saya tak pernah review blog so saya takut kalau cara saya review macam tak best . maaf tau, itu saya cakap awal awal . hihi . baiklah seperti yang dijanjikan . special entry untuk follower 888 . sebab nombor tu cantik sangat ! tudiaaa ~~ . kalau perasan sekarang dah 975, maknanya 888 dah lama pun berlalu . tapi saya dah g tau pada follower 888 saya akan review blog dia lewat sebab tengah sibuk . biasalah hujung semester . so . seperti  yang dijanjikan . alhamdulillah . ada masa terluang sikit . saya nak habaq la kat hampa semua siapakan follower bertuah ni .

follower 888 saya berasal daripada Kota Tinggi, Johor . berusia 18 tahun . hai adik . dan merupakan bakal pelajar asasi/ Pra-Universiti, Universiti Malaysia SARAWAK (UNIMAS) . saya bangga sebenarnya sebab follower 888 ni bakal menjadi junior saya . sebab saya merupakan pelajar tahun akhir di UNIMAS . sungguh . itu jodoh namanya . eh lupa nak bagi tau nama . nama penuh tak tau, tapi nama panggilan FIQA . hai FIQA . selamat menjadi pelajar UNIMAS dan dan lagi . bila FIQA masuk degree ni kemungkinan dia akan masuk bidang yang saya belajar iaitu SAINS DAN PENGURUSAN SUMBER AKUATIK . sungguh FIQA kita memang ada jodoh . Alhamdulillah .

Blog Fiqa warna pink ! comel, saya suka pink tapi tak tau kenapa kalau blog saya warna pink jadi tak cantik, tengok blog orang cantik je . apa apa pun teruskan usaha Fiqa . dan nasihat seorang senior Unimas . have fun as ASASIAN :) . awak tak kan rugi dan beruntunglah awak menjadi sebahagian daripada Unimasian . dan Fiqa akan mendaftar sebagai pelajar asasi pada 4 jun tak silap .

sesiapa yang nak berkenalan dengan fiqa, boleh la ke page Fiqa 

atau blog fiqa di link ni http://fiqanszsecrets.blogspot.com/

jom kenal dengan Fiqa :) thanks a lot Fiqa sebab jadi follower 888 . dan hadiah misteri tu akak akan pos tau . nak bagi surprise .


26 May 2013

Saya minta maaf :)

Assalamualaikum (",)

ringkas dan padat

pertamanya saya nak minta maaf sebab tak sempat nak melawat blog korang dalam masa terdekat ni . saya bukan apa, ramai yang komen di entry entry saya . datang singgah dan drop mesej di chatbox . sedangkan saya ? tak buat semua tu pun . maaf sekali lagi, bukan sengaja tapi sekarang saya berada di hujung semester, semester akhir saya . assignment banyak nak kena hantar . final exam pun dah dekat . so banyak benda nak kena fokus . jadinya saya harap followers semua faham . 

teruskan drop komen dan jejak di blog ni ok . nanti bila dah habis final exam on 19 june saya akan revisit blog yang saya follow . insyaAllah . dikesempatan ni jugak saya nak kalian doakan saya untuk final exam yang tak lama lagi . doakan saya berjaya dan lulus semua subjek . doakan saya dapat konvo tahun ni . ok . dan terima kasih untuk semua yang sudi datang blog ni . saya sayang anda semua !

maaf jugak tak dapat nak update selalu :)

LOVE !



24 May 2013

"Jangan MALAS !!" kata saya :)

Assalamualaikum (",)

pagi ! suasananya yang tenang . angin nya yang mendinginkan dan pemandangan yang begitu mendaimaikan . jujur saya katakan . keadaan pagi sebegini sememangnya menjadi kegilaan dan kegemaran saya untuk mengulangkaji pelajaran dan mencari idea untuk karangan terbaru di ruang blog ni . Alhamdulillah tahun ni genaplah 4 tahun saya berblogging . cepat benar masa berlalu . eh . cepat benar umur bertambah . dekat pula dengan kematian .

baru-baru ni saya mengalami satu situasi di mana perasaan malas menguasai diri . semuanya terasa malas . perut yang minta diisi saya biarkan kelaparan kerana malas untuk ke kafe . assignment yang minta disiapkan saya biarkan tanpa diusik walau hanya satu perkataan . dan malas juga beribadah kepada Allah . lama saya berfikir . apalah yang sebenarnya sedang berlaku pada diri ni . kalau berterusan  begini, lingkuplah keputusan peperiksaan nanti . tapi itu lah iman yang sentiasa bertambah dan berkurang . naik dan turun . emosi pun macam itu jugak . naik dan turun . ok dan ko . astaghfirullahal'azim . istighfar bila tersedar dari kemalasan yang melanda diri .

sungguh ! malas itu tiada ubatnya melainkan hati yang sentiasa sedar diri . hari malas . esok sedar . lusa malas lagi . tulat sedar diri , dan begitulah seterusnya . saya yakin sahabat-sahabat lain pun macam tu jugak kan . tambah-tambah lagi bila terlalu stress dengan tugasan di hujung semester . hanya Allah yang tahu perasaan masa tu . kalau lah boleh tinggalkan semuanya seketika . tapi nak tinggalkan selamanya sebenarnya . :) Allah sentiasa menguji . bersyukurlah bagi mereka yang sedar diri dan terus berubah dan buat perubahan . tapi bagi mereka yang terus lalai dan terleka ? kita berdoalah agar mereka mendapat petunjuk dan hidayah-Nya

jangan pernah salahkan malas yang datang, tapi salahkan diri yang menerima kehadiran malas tu ke dalam diri . sebab semuanya bermula dari hati . sentiasa melawan kehadiran malas yang tak diundang tu . sebab malas ni satu penyakit . hanya kita yang mampu melawan dan sentiasalah berdoa akan dhindarkan perasaan malas bermaharajalela dalam diri . berkata lah pada diri "JANGAN MALAS!!" tampal lah dimana-mana kawasan yang senang dilihat, supaya kita sedar diri .

semoga kalian, sentiasa rajin dan jangan malas ! hihi . itu saja untuk hari ni . apa apun berterima kasih lah kepada Allah kerana memberi peluang untuk terus beribadah kepada-Nya :)


22 May 2013

Seorang Wanita adalah Pemalu

Assalamualaikum (",)

"bisingnya" bisik hati saya masa tu. Bagi saya, satu perkara yang terus hilang dan lenyap sama sekali dari fikiran adalah "respect". Maaf kakak, adik, makcik, peribadi seseorang tu sememangnya perlu dikenali terlebih dahulu sebelum membuat percaturan. Tetapi apa yang perlu kita semua kena ingat, "first impression" jua memainkan peranan penting dalam membina komunikasi dua hala atau lebih. Saya betul-betul malu kerana mereka itu adalah kaum saya, seperti saya, perempuan yang tinggi darjatnya. Hanya sekadar ingin meminta pertolongan, tidak perlu lah terjerit terpekik dan terlolong. Faham maksud saya?

Ceritanya begini, setiap hari saya akan ke kafe untuk membeli makanan, saya seringkali mendengar suara kuat mereka sedangkan mereka adalah perempuan. Saya faham kerana mereka adalah pekerja dan saya hanya pelanggan. Tapi sebagai wanita, saya turut merasa malu dengan keadaan itu. Timbul pula rasa tanda tanya, "tak malu ke diorang ni?". Apa yang nak saya ketengahan dalam isu kali ini adalah sikap dan peribadi.

MARUAH SEORANG WANITA

Apabila hilang rasa malu, maka hilanglah maruah seorang wanita. Kenapa? 

Abu Hurairah r.a. mengatakan bahwa Nabi saw. bersabda, "Iman itu ada enam puluh lebih cabangnya, dan malu adalah salah satu cabang iman.” (Shahih Bukhari)

bagi saya siapa pun kita, apa pun kerja kita, malu tu jangan lah dipandang remeh. Janggal sekali kalau malu seorang wanita tu hilang. Seolah-olah maruah melayang. Biarlah kita nampak seperti seorang yang sombong sebab pertahankan maruah kita, tundukkan pandangan kita daripada kita digelar perempuan tak tahu malu. Suara tu 'cover' sikit, jangan ketawa macam dunia ni kita seorang sahaja yang ada. Kalau lemah lembut kan lebih manis dipandang sebab wanita ini mahal harganya, wanita yang macam mana? Wanita yang solehah, wanita yang jaga maruahnya, wanita yang jaga auratnya, wanita yang tahu agama dan mengamalkannya.

Kita nak jadi wanita yang macam mana? Pemalu atau wanita yang TAK TAHU MALU? Kalian yang membuat keputusan :)

Tapi-tapi malu itu kena pada tempatnya dan masanya, masa presentation jangan lah malu-malu, itu nanti kita kupas dalam entri lain ok .

Tak semua orang dapat peluang kedua

Assalamualaikum (",)

rasa terpanggil nak buat entri ni selepas baca blog seorang junior sekolah saya dulu. Tahniah sebab dapat tawaran sambung belajar. Apa yang nak dikongsikan ni bukanlah kerana cerita kita sama tapi kesannya yang sama. ini untuk Anis :

"tahun 2006 akak dapat teknik, akak terus pergi sebab nak sangat duduk asrama. Excited hanya Allah yang tahu. masa orientasi ok lagi lah, orientasi semuanya macam tu, tapi bila dah masuk ke kelas memang banyak sangat dugaannya. tidur tak cukup sebab tidur jam 12am bangun jam 4am. adalah sebabnya kenapa macam tu. masuk kelas mata merah. memang tak sah kalau semua budak yang tinggal asrama tak bersnooker dalam kelas. nak fokus dalam kelas pun tak boleh. akhirnya mampu bertahan 2 bulan je. hari hari call rumah menangis nak balik. oohhh sadisnya rasa. hari hari yang dilalui rasa perit sangat. bila di sekolah seronoklah dengan kawan-kawan tapi bila balik asrama lain pulak jadinya.

selepas 2 bulan akak lari dari sekolah tu, tanpa pengetahuan warden dan guru kelas. proses untuk tukar sekolah teknik ke sekolah harian biasa memang susah. kadang-kadang tak lulus pun. tapi sebab dah akak tak mau belajaq kat situ, kakak dan abang usahakan jugak sampai pergi ke putrajaya. dalam masa sehari je dah settle. masa sambil tunggu keputusan dari jabatan teknikal, akak dah ke sekolah lama belajar macam biasa cuma bukan official student la. selepas keputusan dah lulus, baru lah dapat buku teks dan official jadi pengawas dan bersekolah lah dekat tat beng sampai form 5.

masa tahun 2008 dapat offer sambung matrikulasi di Melaka, berat sangat mak nak lepaskan, sebab mengingatkan kisah dulu yang menangis nak balik tak mau duduk asrama padahal kat taiping je kot. akhirnya mak lepaskan jugak sebab memang impian anak dia nak masuk matrik. tapi mak pesan "nanti kalau tegheyak nak balik, takdak sapa nak ambik". memang tak menangis pun. masa mak hantar daftar pun relaks je. jarang sekali homesick. sebab ? impian hanya satu, takmau bagi mak susah hati dan sedih . itulah permulaannya . peluang kedua untuk tinggal di asrama, peluang kedua untuk berdikari, serius ! serik dah nak bagi mak dengan abah susah hati . adik beradik pun sama . 

walau jauh macam mana pun . tengok orang duk balik pun . jangan ada rasa nak balik . just fikir . ingat ! dulu penah dah buat diorang susah hati nak fikirkan aku . nak uruskan itu ini . sejak tu lah memang dah tak rasa homesick . mungkin jugak persekitaran yang buat kita rasa selesa . lagi pun dekat matrik tak dak fixed schedule makan dan prep . masa dapat offer degree dekat sarawak pun sama . mak pesan benda yang sama . dah rezeki nak dapat jauh . tapi homesick jarang sangat . cuma stress dengan exam lepas tu rasa nak balik, biasalah tu . cumanya biarlah kita selalu sedar diri . ini peluang kedua yang kita dapat . jangan sesekali ulang perkara yang sama . sebab kalau buat perkara yang sama itu bukan takdir tapi itu pilihan 

so untuk anis, akak just nak pesan, buat yang terbaik, selalu sedar diri, peluang kedua tak semua orang dapat dan kita ni lah antara yang terpilih untuk dpat peluang tu . lakukan yang terbaik untuk diri sendiri untuk parent untuk adik beradik dan untuk masa depan semua . memang hidup ni kita tak jangka nak jadi macam mana . sebab perjalanan kita dengan dia/mereka berbeza . tapi jangan mudah mengalah . usaha kena berterusan . ok . akak doakan anis berjaya, akak doakan anis dapat lalui apa jua perkara dengan tenang :)"

19 May 2013

Pencarian Follower ke - 888

Assalamualaikum (",)

now 883 . kepada follower 888 . saya ada hadiah menarik untuk anda . so kalau anda perasan yang anda adalah 888 mohon untuk komen di entry ini atau di chatbox . hadiah menarik dari borneo dan juga blog review . so 888 :)

anda 888 ?
hit me in comment box or chatbox 

18 May 2013

Mini GiveAway By Nabila Izzati

Assalamualaikum (",)


kalau nak join just klik banner , tarikh tutup 25 may, seminggu dari sekarang
syarat-syarat pun semua dah ade
ikut je k

ade 32 hadiah untuk dimenangi, so jangan la malu malu nak join

saya tag :



Duo Big Giveaway


"Duo Big Giveaway!
Due Date 8 Jun 2012
Click Banner!

Big Thanks To :
Nabila Medan, Shafawi, Mizna Online Shop, Zuwairish Shophouse Page, Easy Boutique, Fizgraphic, Faizah Wahab, Norbai'ah, Addin Aisyah, Mahirah, Dyba, Salamah Qalish

17 May 2013

5 Cara Awal Berubah

Assalamualaikum (",)

nahh . ini panduan untuk mereka yang mahu berubah . cara awal . apa yang perlu dibuat . tapi untuk perempuan je la tau . untuk yang basic aje la kan .
  1. tukar gambar DP
  2. delete gambar-gambar yang tabarruj, atau gambar yang tak patut (kalau mampu, buat akaun facebook baru)
  3. pakai tudung kat mana-mana je . walaupun cuma nak siram pokok di luar rumah
  4. dekatkan diri pada perkara baik
    1. baca majalah ilmiah
    2. minta nasihat daripada ustazah
    3. rajinkan diri ke majlis ilmu
    4. sertai usrah
  5. dekatkan diri pada yang ESA
    1. jangan tinggalkan solat
    2. solat awal waktu
    3. tambahkan yang sunat
    4. banyakkan berzikir dan membaca Al-Quran



doa saya, semoga sahabat-sahabat semua istiqamah dengan perubahan ni, bila nak jadi baik, memang banyak dugaannya . sabar lah, kerana itu yang mengangkat darjat kita sebagai hamba dia hadapan Allah . dan menguji tahap keimanan kita . tak ada jalan mudah untuk menjadi yang terbaik . sabar lah . jangan pernah putus asa ok :) LOVE !

15 May 2013

Barisan Kabinet Kerajaan Malaysia


  • Perdana Menteri & Menteri Kewangan I : Datuk Seri Najib Tun Razak
  • Timb. Perdana Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
  • Jabatan Perdana Menteri:
    • Menteri:
      • Yb Dato’ Seri Jamil Khir Bin Baharom (Umno)
      • Yb Dato’ Sri Abdul Wahid Bin Omar (Senator -Berkuatkuasa 5 Jun 2013)
      • Yb Senator Dato’ Sri Idris Jala (Senator)
      • Yb Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup (Pbrs)
      • Yb Dato’ Seri Shahidan Bin Kassim (Umno)
      • Yb Puan Hajah Nancy Binti Shukri (Pbb)
      • Yb Datuk Joseph Entulu Anak Belaun (Prs) 
      • Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)
    • Timbalan Menteri:
      • Yb Datuk Razali Bin Ibrahim (Umno)
      • Waytha Moorthy Ponnusamy (Senator)

  • Menteri Kewangan:
    • Menteri Kewangan I: Yab Dato’ Sri Haji Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak (Umno)
    • Menteri Kewangan Ii: Yb Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah (Umno)
    • Timbalan Menteri: Yb Datuk Ahmad Bin Maslan (Umno)
  • Menteri Pelajaran:
    • Menteri I: Yab Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Yassin (Umno)
    • Menteri Ii: Yb Dato’ Seri Idris Bin Jusoh (Umno)
    • Timbalan Menteri:
      • Timbalan Menteri I: Yb Datuk Mary Yap Kain Ching (Pbs)
      • Timbalan Menteri Ii: Yb Tuan P. Kamalanathan A/L P.Panchanathan (Mic)
  • Menteri Pertahanan:
    • Menteri : Yb Dato’ Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (Umno)
    • Timbalan Menteri : Yb Dato’ Abdul Rahim Bakri (Umno)
  • Menteri Pengangkutan:
    • Menteri : Yb Dato’ Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (Umno) (Memangku)
    • Timbalan Menteri : Yb. Datuk Ab. Aziz Kaprawi (Umno)
  • Menteri Dalam Negeri:
    • Menteri : Yb Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi (Umno)
    • Timbalan Menteri : Yb Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar (Pbb)
  • Menteri Kerja Raya:
    • Menteri : Yb Dato’ Fadilllah Yusof (Pbb)
    • Timbalan Menteri : Yb Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin (Umno)
  • Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri:
    • Menteri : Yb Dato’ Seri Mustapa Bin Mohamed (Umno)
    • Timbalan Menteri : Yb. Hamim Bin Samuri (Umno)
  • Menteri Luar Negeri:
    • Menteri : Yb Dato’ Seri Anifah Bin Haji Aman (Umno)
    • Timbalan Menteri : Yb Dato’ Hamzah Bin Zainuddin (Umno)
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan:
    • Menteri : Yb Dato’ Hasan Bin Malek (Umno)
    • Timbalan Menteri : Yb Dato’ Paduka Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah (Senator) (Umno)
  • Menteri Komunikasi Dan Multimedia:
    • Menteri : Yb Dato’ Seri Ahmad Shabery Bin Cheek (Umno)
    • Timbalan Menteri : Yb Dato’ Jailani Bin Johari (Umno)
  • Menteri Sumber Manusia:
    • Menteri : Yb Datuk Richard Riot Anak Jaem (Supp)
    • Timbalan Menteri : Yb Dato’ Ismail Bin Abd. Muttalib (Umno)
  • Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah:
    • Menteri : Yb Dato’ Seri Shafie Bin Haji Apdal (Umno)
    • Timbalan Menteri : Yb Datuk Alexander Nanta Linggi (Pbb)
  • Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan:
    • Menteri : Yb Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Dahlan (Umno)
    • Timbalan Menteri : Yb Dato’ Halimah Binti Mohd Saddique (Umno)
  • Menteri Belia Dan Sukan:
    • Menteri : Yb Tuan Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar (Umno)
    • Timbalan Menteri : Yb Dato’ Saravanan A/L Murugan (Mic)
  • Menteri Kesihatan:
    • Menteri : Yb Dato’ Seri Subramaniam (Mic)
    • Timbalan Menteri : Yb Dato’ Seri Hilmi Bin Yahaya (Umno)
  • Menteri Wilayah Persekutuan:
    • Menteri : Yb Dato’ Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor (Umno)
    • Timbalan Menteri : Yb Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Senator)
  • Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi:
    • Menteri : Yb Dato’ Seri Douglas Uggah Embas (Pbb)
    • Timbalan Menteri : Yb Dato’ Noriah Binti Kasnon (Umno)
  • Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air:
    • Menteri : Yb Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili (Pbs)
    • Timbalan Menteri : Yb Dato’ Sri Mahdzir Bin Khalid (Umno)
  • Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani:
    • Menteri : Yb Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob (Umno)
    • Timbalan Menteri : Yb Dato’ Tajuddin Bin Abdul Rahman (Umno)
  • Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan:
    • Menteri : Yb Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz (Umno)
    • Timbalan Menteri : Yb Dato’ Joseph Salang Anak Gandum (Prs)
  • Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi:
    • Menteri : Yb Datuk Dr. Ewon Ebin (Upko)
    • Timbalan Menteri : Yb Dato’ Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah (Umno)
  • Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar:
    • Menteri : Yb Datuk Seri G. Palanivel (Mic)
    • Timbalan Menteri : Yb Dato’ Dr. James Dawos Mamit (Pbb)
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat:
    • Menteri : Yb Datuk Rohani Binti Abdul Karim (Pbb)
    • Timbalan Menteri : Yb Datuk Azizah Binti Mohd. Dun (Umno)

Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi digabungkan menjadi Kementerian Pelajaran yang akan diterajui dua orang menteri.

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar diselaraskan menjadi Kementerian Wilayah Persekutuan, manakala portfolio kesejahteraan bandar di bawah kementerian itu digabungkan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan diselaraskan menjadi Kementerian Komunikasi dan Multimedia, manakala elemen kebudayaan dicantumkan dengan Kementerian Pelancongan.

apa apa pun, semua portfolio dan jawatan ini sah selepas angkat sumpah setia dan angkat sumpah menyimpan rahsia dihadapan Yang Dipertuan Agong . 

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum (",)

semangat ni . 16 mei tiba lagi ~~ semua orang tahu rasanya apa yang berlaku pada 16 mei setiap tahun . kalau tak tahu tu . tak tahu lah nak cakap apa . hang pi sekolah ka dak ? gittewww . apa apa pun ketibaan 16 mei memang dinanti-nantikan oleh saya dan semua orang . maybe . bagi saya jasa cikgu cikgu ni memang tiada tandingan ibarat ibu ayah kita jugak . kalau tanpa diorang ni . memang tak de la kita dekat tempat kita sekarang ni .

untuk itu . saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU untuk semua guru di MALAYSIA ~~ jasamu dikenang hingga ke akhir hayat saya . terima kasih yang tak terhingga atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan . terima kasih atas segala didikan dan tunjuk ajar yang diberikan . segalanya begitu bermakna walaupun pada masa tu kami rasa semuanya sangat annoying ~~ sekarang ni bila dah besar baru tahu betapa pentingnya seorang guru dalam kehidupan kita . segala nasihat cikgu . marah cikgu . teguran cikgu . kata-kata cikgu sangat berguna . seorang cikgu tak pernah membezakan pelajarnya . terima kasih cikgu .

jadi semua cikgu di .

  • UTAMA : mak dan abah (Feridah Md Zain dan Sanapi Saad)
  • Tadika Permatang Raja
  • SK Sungai Tinggi
  • SK Permatang Raja
  • SMK Tat Beng
  • SMT Taiping
  • Kolej Matrikulasi Melaka
  • Universiti Malaysia Sarawak
dan semua pendidik tanpa sedar dan secara sedar . sesungguhnya pengalaman itu juga guru dalam kehidupan  . satu perasaan yang ada dalam hati saya . saya sayang semua cikgu saya sama seperti sayang sayang mak abah saya . walaupun masa sekolah dulu saya ni nakal lah jugak tapi satu benda yang saya belajar . setiap apa yang cikgu buat adalah kebaikan pelajar itu sendiri .

SELAMAT HARI GURU !!


14 May 2013

Serius ! takde U-Turn

Assalamualaikum (",)

serius . ini saya tak main main . letih . penat dan fed up . bosan dan sakit hati bila kasih yang kita cuba berikan . perhatian yang cuba kita tunjukkan . tak dihargai . eh . tak dihargai ker memang tak diendahkan langsung . ohhh sebelum tu . entry ni tak de kena mengena dengan sesiapa . biar je saya luahkan setelah apa yang saya lihat . ya ! pengalaman juga tu kan . well . seperti awal tadi . letih . letih sangat . tapi disebabkan rasa sayang ni ada . baaaaanyyyyaaaakkkk . semua rasa yang negatif tu hilang . sebab sayang ni mampu atasi . walau terpaksa telan tuba . pijak duri . pegang kaca . ouuchhh . everything . sakit . tapi apakan daya . diri dia lebih penting . tak kan lah sebab semua ni , nak undur diri pulak kan .

so, nasihat saya hanya satu . jangan sampai saya LETIH . PENAT . FED UP dan BOSAN untuk melayan benda ni . sebab once saya dah LETIH . PENAT . FED UP dan BOSAN . there is no any u turn will be happened . yeah ! no u turn ! or gear reverse pun . orang selalu cakap . sabar sabar sabar . saya pun selalu cakap . tapi apakan daya . we are human . normal person yang ada ups and down . maaf kalau saya terpaksa lepaskan apa yang saya lihat . yeah lihat . saya tak mampu tipu diri sendiri untuk OK dengan semua ni . saya pernah kena tipu . ditipu dan tertipu . saya pernah dipermainkan dan diPERBODOHKAN . dan sebab itu saya jadi keras . saya jadi memilih dan saya sangat sangat sangat MEMILIH . especially berkaitan dengan hati . sorry to say . pengalaman mendewasakan . 

saya dipermainkan dan dipergunakan oleh kawan saya sendiri . DUSHHHH !! saya marah . saya menangis . meraung tapi tak kuat lah . saya sakit hati dan marah dengan diri sendiri , berkali kali dipergunakan pun saya masih percaya dengan mereka . dan cukuplah TIGA KALI . hanya TIGA KALI . life ! ups and down yang buat saya lebih kuat . maaf pada mereka yang pernah yang singgung perasaan . maaf berkali kali maaf . itu saja . untuk hari ini . saya punya satu pesanan :

jangan sampai saya PENAT . LETIH . FED UP dan BOSAN . coz there is no any u-turn :)

13 May 2013

Pengalaman . Perubahan . Lillahita'ala

Assalamualaikum (",)


Asalnya, aku hanya gadis biasa yang tidak tahu apa apa. Hanya menuruti apa sahaja yang orang kata. Aku tidak punya pendirian tetap, aku tidak punya impian melainkan impian aku untuk melangkah ke universiti. Aku bukan pelajar Maahad, aku juga bukan pelajar SMKA, apatah lagi pelajar aliran agama. Aku hanya pelajar yang belajar subjek Pendidikan Islam daripada Tahun 1 sehingga Tingkatan 5. Tidak pernah langsung terlintas dibenak hati aku untuk menjadi seperti ustazah aku. Jauh sekali. Fikiran remaja belasan tahun yang ingin berfesyen dan bergaya. Aku pernah ditegur seorang lelaki kerana tudung yang aku kenakan itu jarang dan tidak memakai anak tudung. Malu. Sangat malu. Sejak dari itu aku memakai anak tudung walaupun hanya ke kafe. Ohh, kisah itu ketika aku di matrikulasi, tahun 2008. Melangkah ke alam universiti, ternyata pilihan aku sangat teppat untuk merantau di Bumi Kenyalang. Jauh, sangat jauh. Itulah pengorbanan dan aku sangat bersyukur kerana dikelilingi sahabat-sahabat yang baik akhlaknya. Aku meneruskan pengajian ijazah sarjana muda ku dengan bahagianya dah sampai satu ketikanya aku jatuh, tersungkur dan hampir terleka dengan kegalalan. Aku mencari-cari silap aku dimana, ternyata Allah mahu menguji, aku mula muhasabah diri dengan bantuan sahabat lama di matrikulasi. Ternyata, banyak yang perlu aku perbetulkan.

Alhamdulillah, hari demi hari, semangat ku kembali bangkit. Walaupun terpaksa menelan pelbagai kata-kata. Langkah demi langkah, sahabat yang sentiasa ada, masih ada di sisi. Awalnya aku cuma ingin memperbaiki luaran, tetapi tanpa aku sedar, aku sangat tertarik dengan keayuan seorang wanita yang bertudung labuh. Tetapi, mustahil bagi aku ketika itu, yang bertudung bawal 45', shawl dan pashmina untuk terus bertudung bulat sebegitu. Hati memang kuat berkata-kata.

September 2011, tatkala aku masih di semester 5 pengajian sarjana muda. Itu lah titik pemula perubahan yang aku lalui. Pada mulanya aku hanya ingin menjadi lebih baik, tetapi artikel “tip awal bertudung labuh” sememangnya memberi lembaran baru buat jiwa yang selama ini terlalu keliru dalam mencari identiti. Allahuakbar. Aku menganggap pertemuan aku dengan artikel yang begitu bermakna itu adalah sesuatu yang telah ditentukan oleh-Nya dan sememangnya itu adalah satu petanda. Lantas hatiku berkata, “jika aku tak mulakan, mana mungkin segalanya akan berlaku”. Subhanallah Walhamdulillah. Semenjak semester 1 pengajian aku sememangnya berkenalan dan bersahabat dengan muslimah yang ikhlas dalam beragama. Terdetik juga dihati kecilku, “bila lagi lah aku akan jadi seperti mereka”. Benarlah satu kata kata “jika kita ingin berubah menjadi lebih baik, Allah akan hantarkan orang yang baik bersama kita”.

Setiap malam aku berdoa agar Allah membuka pintu hati aku untuk aku terus mencari kebenaran. Pada mulanya aku hanya bertudung bawal seperti biasa, cumanya tiada lagi silang rama-rama yang menonjolkan dada. Ketika itu pun, sudah ada suara sumbang yang mengatakan aku mahu menukar profesion menjadi seorang ustazah. Pahit ku telan jua. Perlahan aku melangkah mencari cahaya yang aku yakin ada di hadapan sana. Kemudian aku mula mencari t-shirt muslimah yang labuh, berstokin dan sarung tangan. Awalnya memang kelihatan serabut, mana tidaknya, setiap kali keluar dari rumah perlu pakai itu dan ini. Tapi lama kelamaan sudah menjadi satu kebiasaan. Dan akhirnya aku mengambil langkah seterusnya untuk bertudung bidang 50’. Rasa tenang sangat-sangat, malah aku lebih selesa dan selamat. Aku juga mula mengumpul jubah-jubah. Baju kurung pun aku akan pastikan bersaiz besar dan longgar. Suatu hari aku meminta sahabat aku membeli tudung, aku katakan padanya belikan tudung saiz besar bidang 50. Tetapi dia telah tersilap beli dengan membeli tudung bersaiz bidang 60. Hampa hatiku, kerana aku belum bersedia untuk memakai tudung sebesar itu. Apatah lagi dengan saiz ku yang pendek ni. Lantas aku simpan tudung tu dan aku katakan pada sahabatku, “nanti lepas kahwin, aku pakai tudung ni k, besar sangat”.

Selama satu tahun aku bersama tudung bidang 50’. Dan aku masih diberi kekuatan untuk terus melangkah ke langkah seterusnya, aku mula bertudung bidang 60’. Ketika di semester 7, disaat itulah aku berkenalan dengan sahabat-sahabat yang baik, Kak Jannah, Yanie, Damia, Mieza dan Aza. Dan turut bersama dengan aku selama ini adalah Athirah dan Adinda Izzati. Merekalah yang menginspirasikan aku, untuk aku terus mencari kebenaran. Allahuakbar, sesungguhnya wanita itu diciptakan sebaik-baik kejadian. Sejak dari itu, aku mula mengenakan tudung bidang 60’, malah aku lebih selesa. Terasa begitu selamat dan tenang. Aku juga sentiasa bersama mereka menghadiri majlis-majlis ilmu di sekitar Kuching. Jiwa nurani aku terisi, sangat terisi. Aku terlalu yakin, pilihan aku untuk berubah hanya kerana Allah.

Disamping aku berusaha menjadi solehah secara luaran, aku juga tidak akan pernah lupa untuk menjadi solehah secara dalaman. Aku perbaiki solat aku, aku memperbanyakkan solat sunat, mengamalkan membaca Al-Quran selepas solat fardhu dan juga menambah amalan-amalan sunat yang lain seperti berpuasa dan sebagainya. Hanya dengan cara itu aku akan rasa lebih dekat dengan Allah dan untuk aku terus istiqamah dengan perubahan ini. Dan kini, tudung yang bidang 60’ yang aku simpan, telah aku keluarkan dan aku gunakan seharian. Alhamdulillah, tiada apa yang dibazirkan sebenarnya. Kini saya di semester akhir, semester 8, satu lagi langkah paling besar yang telah saya laksanakan. Dengan dorongan dan sokongan Adinda Izzati, aku mula bertudung bulat. Pada awalnya aku agak keberatan, kerana aku pernah mengatakan bahawa, aku akan bertudung bulat sekiranya aku telah berkahwin. Ternyata Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. 19 hari berlalu dengan perubahan ini, masih baru bermula dan aku masih cuba untuk menyesuaikan diri. Dan aku juga masih mengenakan tudung segitiga bidang 60’ jenis akel dan rozello mengikut keadaan dan suasana ketika itu.

Perubahan inilah yang paling berat untuk aku, kerana aku perlu lebih istiqamah. Aku perlu perbaiki segala yang ada dalam diri aku. aku tidak mahu di’lable’ berubah kerana sesuatu yang lain selain daripada Allah. Aku takut. Tapi aku terlalu yakin Allah sentiasa ada bersama aku. Allah ada untuk aku setiap ketika, susah senang suka dan duka. Aku mengharapkan perubahan ini akan berterusan. Aku gembira yang teramat sangat kerana aku adalah insane terpilih untuk menjadi lebih baik dalam tempoh 2 tahun. Inilah yang aku cari selama ini. Inilah ketenangan yang aku impikan sejak dahulu. Terima kasih ya Allah. Aku bersyukur kerana membuka pintu hatiku agar aku sedar akan kesilapan yang pernah aku lakukan dulu. Di bumi kenyalang ini, aku semakin dekat dengan Allah. Di bumi tarbiah ini, aku semakin kenal akan diriku yang selama ni sesat dalam cahaya. Tiada paksaan dari sesiapa, malah dorongan dan sokongan sentiasa ada. Tiada apa yang lebih aku harapkan ketika ini melainkan semoga aku terus istiqamah dalam mencari keredhaan Allah. Kepada mak, abah dan adik beradik, terima kasih kerana selalu mendoakan.

Buat saudaraku di luar sana, jangan pernah mengalah dalam mencari kebenaran, jangan pernah putus melakukan kebaikan, kerana ujian yang mendatang itu adalah tanda Allah masih bersama kita, Allah ingin menguji tahap keimanan kita. Ikhlaskan diri dalam melakukan apa sahaja kerana Allah SWT. “Ya Allah yang memutarbalikan hati, tetapkan kami pada jalan agama-Mu”. Bagi mereka yang baru bermula, teruskan langkahmu J apa yang hanya ingin saya sampaikan hanya satu, pastikan seimbang perubahan luaran dan dalaman.

Coretan ikhlas,
Saffiyah Al-Husna
-11 mei 2013-
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

10 May 2013

Malindo . again :)

Assalamualaikum (",)

9 may hari tu . balik sarawak naik malindo lagi . untuk kali kedua . u know what . servis kali ni is better than previous one . yang entry sebelum ni tu . maybe naik dekat KLIA kot . tapi apa apa pun . memang terbaik .. sebab saya hentam tidur dari saya duduk sampai landing dekat Kuching . hik hik . orang lain semua dah sudah makan . dah kutip sampah semua . saya baru nak makan . sebab tak perasan cabin crew hantar makanan . malunya la hai .

so for those yang nak tahu cemana pengalaman naik malindo . wajib try ok . confirm tak rugi punya :) 

08 May 2013

pengalaman bersama Malindo Air

Assalamualaikum (",)


Hoolaaa ~~

Lama betul cuti berblogging . ye la dah ada kat rumah . haruslah spent a quality time with the love one . kan kan . Alhamdulillah dah selesai pun musim PRU13 . now dah sampai musim protes keputusan pulak #eh . ok . sebenarnya entry ni nak cerita pengalaman pertama la menggunakan malindo air J

Secara total nya . GOOD . maybe masih baru . kalau naik dari Kuching International Airport, kaunter Malindo Air sama dengan Air Asia, maknanya dekat hujung lah tapi yang sebelah kiri . dia punya sign board . kecik je . kena pegi dekat baru perasan . staf die pun biasa biasa je la . dapat beza la dengan airlines yang lain especially MAS . tapi as usual . memang peramah . masa aya pegi boarding gate . ada 4 orang je . sedangkan masa tu dah pukul 8.15 . ye lah selalunya satu jam sebelum memang dah full orang kat situ . masa tu flight pun tak sampai dari KL lagi . masa flight sampai . ramai jugak lah penumpang . dan yang bestnya . disebabkan Malindo Air ni macam MAS . so tak perlulah jalan kaki turun tangga naik tangga . sebab pintu flight memang terus sampai dekat jejantas . lega .

Kali pertama lah saya tengok . yelah dah berpuluh kali ulang alik dari KL ke Kuching . nil ah kali pertama pilot keluar dari flight untuk ke tandas . terkejut jugak lah, dah jadi macam . eh . flight ni dah tak nak terbang ke ? hihihi . dan bila dah start panggilan terakhir . masa beratur nak masuk tu . tetiba ramai orang . fuuuhhh . mana datang ni ? dan terserempak dengan 2 orang kawan . classmate dengan junior . tak sangka pulak sama flight . bila dah masuk dalam . as always . sama je macam airlines yang lain . sempit . tapi head compartment dia tak sama macam Airasia atau MAS . memang lain . lebih praktikal . sebab bila dah sampai, masa nak buka head compartment tu . tak perlu risau kalau kalau ada beg yang akan jatuh . sebab ni memang tak . nak tahu macam mana kena pegi tengok sendiri lah . bunyi enjin dia kuat . lepas tu masa ketua cabin crew cakap pun tak semerdu Airasia atau MAS . mungkin masih baru dan semua orang orang baru . cakap pun sekat sekat . yang bestnya ada TV . bila tengok lah apa apa pun . ada kategori kanak kanak, hiburan , movie . saya tengok ice age .. tapi disebabkan tak ada earphone . saya tengok gambar je . tu pun rasa dah tak bosan dah .

Yang penting ada makan . just a breakfast sebab pagi kan . sandwich dengan air kosong . Alhamdulillah . kenyang jugak lah . selain tu . Malindo Air memang sediakan free luggage 15kg . macam MAS jugak . makan free . turun KLIA . secara keseluruhannya . GOOD . masih baru . dan saya yakin masa akan datang servis dia boleh jadi lebih baik daripada airlines yang lain . FYI . pramugari die pakai kebaya putih dengan kain batik warna ungu belah sampai peha . #eh . pramugara tak tau lah macam mana . ada ke tak . insyaAllah akan naik Malindo Air lagi balik ke Kuching esok . boleh lalui pengalamannya lagi lah . insyaAllah . boleh lawat laman web Malindo Air untuk booking tiket online www.malindoair.com . best best dan best ! jom merasai sendiri pengalaman menggunakan Malindo Air . 

dan untuk yang tak tahu . Malindo Air hanya terbang dari :

Kuala Lumpurßà Kuching
Kuala Lumpur ßà Kota Kinabalu

02 May 2013

Freelance Motivator :)

Assalamualaikum (",)

tajuk tu nampak tak ? alhamdulillah, that is my passion daripada dulu sampai lah sekarang . and the biggest hope @ wish , saya nak berkhidmat dan berbakti kepada sekolah sekolah saya . setakat ini semuanya diterima baik . dan sudah 3 kali saya memberi ceramah kepada budak sekolah yang melibatkan sekolah rendah dan sekolah menengah . semuanya kerana rasa sayang kepada sekolah tu . sukarelawan gitewww .

kali pertama masa tahun 2011 . di SK Permatang Raja, sekolah lama saya, bagi ceramah ringkas untuk adik adik yang akan menghadapi UPSR masa tu . the best part is . saya dah terbiasa menggunakan ayat yang agak kompleks dan hanya sesuai untuk mereka yang di skeolah menengah atau universiti . bila dah kena bagi ceramah dekat budak sekolah rendah . lama jugak yang saya fikir . saya buat research jugak , study, apa yang sesuai digunakan untuk umur seperti mereka . Alhamdulillah . semuanya ok . saya pun dah jadi budak budak . nak kena switch mode . tapi percubaan kali pertama . GOOD !

percubaan kali kedua, baru baru ni . 2 feb 2013 . kem motivasi pelajar SPM dan STPM . khas dari anak anak perak di UNIMAS . geng geng saya la tu . program tu kami buat sehari je . di SMK Tat Beng . sekolah lama saya . setelah sekian lama saya tak bercakap macam tu . memula memang wajib buat research . belajar dan cari bahan . saya bercakap tentang komunikasi . buat awal ni . saya cuma sentuh tentang peribadi . ye lah apa apa nak buat pun . perlu betulkan peribadi dan hati dulu . pendek kata, secara dalamannya . barulah terzahir diluaran . Alhamdulillah tempoh masa selama 1 jam 15 min saya rasa sangat memuaskan . saya biasakan mereka, dimana saya bercakap tanpa slide show . sebab saya nak diorang fokus dan catat apa yang saya cakap . itu pendekatan yang saya buat . boring jugak sebenarnya kan kalau tengok slide jer . dan saya happy sangat bila semua yang mendengar tu bagi feedback pada saya . rasa macam dihargai .

dan kali ketiga nya, saya dapat tawaran untuk bagi ceramah berkenaan tanggungjawab dan peranan seorang pengawas sekolah pada 23 feb 2013 . walaupun pengalaman selama 10 tahun sebagai seorang pengawas sekolah . but still buat research jugak . cari isi isi penting dan terkini . best ! tapi ujian hari tu ialah saya tak berapa sihat . suara saya tak berapa clear . dan rock ala ala ramli sarip . ye lah bercakap tanpa henti . selesai je ceramah suara terus hilang . Allah bagi rehat jap . tapi seksa jugak lah . so selepas yang ketiga tu lah perjuangan saya bermula . semangat untuk menjadi seorang motivator meluap luap . sangat bersemangat . komen daripada cikgu kaunseling sekolah tu . saya ada bakat, boleh bercakap cuma perlu ada lebih unsur kecindan . maybe saya terlalu serius . insyaAllah akan diperbaiki yer cikgu . best sangat ! adik adik yang sporting . 30 min before habis ceramah . saya buat LDK . supaay diorang ingat sampai bila bila . semoga saya ada peluang lagi macam ni .




saya post gambar saya bagi ceramah di facebook . tetiba cikgu sekolah rendah saya . SK Sungai Tinggi . komen cakap, 'boleh la bagi ceramah di skst pulak' . insyaAllah cikgu . kalau diberi peluang . saya sanggup . saya buat semua ni bukan sebab apa apa janji material tapi sebab saya minat . u know how it feels . kalau orang buat kerana duit atau ganjaran . lain . tapi kalau orang buat sesuatu benda sebab minat, lain rasanya . insyaAllah, dah buat perancangan dangan sahabat saya, satu hari nanti nak buka syarikat sendiri untuk khidmat motivasi dan kem kem motivasi . semoga dipermudahkan ! ini lah perancangan jangka masa panjang saya . saya nak buka syarikat yang menawarkan khidmat motivasi dan ceramah . selain tu nak buat kem kem motivasi untuk semua lapisan masyarakat . sebab saya tak nak selamanya kerja makan gaji ...

semoga ini adalah jalan yang terbaik yang saya pilih . walaupun saya belajar dalam bidang sains biology, tapi passion saya masih dalam bidang psikologi dan kaunseling . insyaAllah saya akan ambl diploma eksekutif untuk ini . supaya saya layak berdiri dalam bidang ini . proses pembelajaran tak akan pernah tamat kan ? so kengkawan . doakan saya k .

01 May 2013

Jom Balik Mengundi

Assalamualaikum (",)

semangat ! as i said in my previous entry . balik kampung bukan untuk mengundi semata mata . orang kata sambil menyelam minum air lah kan . insyaAllah akan bertolak dari kampus jam 7.00 pagi 3 may . flight jam 9.00pagi ke KLIA . dalam jam 10.40pagi sampai sana . perjalanan dari KLIA ke Perak belum diputuskan lagi . sebab saya ada banyak plan . mungkin dari KLIA akan ke Setiawan @ Taiping terus . atau pun KLIA ke Pudu ke Taiping . saya impikan ada lah tiket dari KLIA ke Taiping . hihihi . sekali lalu je .


apa apa pun semangat tu perlu . untuk first timer seperti saya . haruslah berkorbar korbar dan bersemangat . setelah puas menelaah , meneliti dan membuat kajian terperinci . insyaAllah saya tahu siapa yang patut saya pilih . so ayuh balik mengundi

marilah mari pergi mengundi
tunaikan kewajipan pada negara ~~