03 March 2017

Mampu ke kita jadi baik?

Assalamualaikum (",)

Suka baca penulisan Ustaz Ebit Lew. Dia punya husnudzon @ bersangka baik pada Allah tu tinggi sangat sangat. Sampai kita sendiri pun kadang- kadang tak mampu nak bersangka baik sampai macam tu sekali.

Mana tidaknya, kita ni baru kena uji sikit dah melenting. Maki sana sini sampai dalam media sosial pun. Habis semua orang tengok. Malunya. Kesian mak ayah kita, dia didik dengan adab sopan, tapi kita mencarut pulak. Maki orang macam tak ada dosa. Marah orang macam esok lusa kita dah tak jumpa orang tu. Macam tak ada apa apa salah. Malunya mak ayah kita.

Susahnya la kan nak didik hati untuk cakap yang baik baik. Untuk fikir yang baik baik. Untuk sangka yang baik baik. Susah kan? Tapi betul ka susah? Susahnya tu sebab kita rasa susah. Kalau kita tetapkan dalam minda jadi baik tu senang, senang ja sebenarnya.

Pokok pangkalnya, kalau hati bersih, apa yang terzahir juga bersih. Tutur kata kita, perilaku kita dan yang utamanya, minda kita juga bersih dan sentiasa bersangka baik walau sebesar mana pun ujian yang Allah bagi. Dah lama kita selesa dengan rezeki Allah, sekali sekala diberi ujian, tanda Dia masih sayang pada kita.

Sangka baik selalu! 😘😉💪👍👌

14 March 2016

Muhasabah diri

Assalamualaikum (",)

Muhasabah diri.

Bukan semata-mata untuk lepaskan bebanan jiwa. Tapi untuk kita jadi lebih baik. Alhamdulillah, Allah pinjamkan lagi usia untuk terus berbakti kepada ummah. Ya, saya minta maaf kerana leka dengan dunia. Lama. Sangat lama. Dan kini saya kembali ke jalan yang sepatutnya. Sesat dalam cahaya. Allah. Hampir putus asa dibuatnya. Semoga kembalinya saya pada kali ini adalah yang terakhir dan terus istiqamah.

Maafkan saya wahai sahabat-sahabat yang dulunya gigih membawa saya ke jalan dakwah. Sebab saya sudah lupa. Dan terima kasih kepada semua ujian Allah. Membawa aku kembali ke jiwa yang aku terlalu rindui. Rindu usrah, rindu halaqah, rindu teguran penuh hikmah, nasihat penuh pedoman. InsyaAllah, aku akan berusaha sedaya ku yang termampu. untuk kekal di jalan dakwah yang aku rindui ini.