Showing posts with label kisah lalu. Show all posts
Showing posts with label kisah lalu. Show all posts

08 April 2012

gambar zaman sekolah :)

Assalamualaikum (",)

elloo . semalamm terlebih rajin . edit gambar masa sekolah dulu . mostly gambar gambar tu di scan . zaman dulu kan tak glemer lagi dengan digital camera . guna filem lagi kan . so tak banyak sangat la . sebab banyak dah hilang . hihi . sekali sekala teringat zaman sekolah dulu . memang tak percaya aku dah sampai tahap ni dah . msa sekolah dulu rasa memang boleh pi takat diploma je . ye lah . memang tak bijak mana pon . especially untuk subjek sains, kimia, bio ngan fizik . asyik fail jek manjang . tup tup sekarang ni dalam major biologi . memang totally biology . sekali sekala ade jugak la kimia . memang BERSYUKUR sangat sangat sebab ALLAH beri aku peluang belajar kat universiti dan sambung degree . insya ALLAH kalau diberi peluang, rasa nak sambung master . insya ALLAH . eh layan gambar ni dulu ok :)

gambar ni masa form 2 . sape bijak kan . cer cari aku yang mana . hihi

ni kawan kawan masa form 2

 
dengan classmate aka besfren masa form 4

yang nii . form 5 . gi lawatan KL . gambar ni memang tak target ade dalam simpanan

form 5 . nak dekat spm dah time ni . semangat belajar dalam kelas dah kurang . macam nak relax2 je . hihi

ini pon form 5 jugak . 

ini memang ambil utk simpanan . 5 science 1

jumaat terakhir sebelum SPM 2007

amacam . comel tak aku masa sekolah ? mau termuntah ade la . hihi . nie la saat saat aku mengenali apa itu hidup . 17 tahun duduk dengan mak ayah . lepas tu masuk matrik kat melaka . dan sekarang berada di sarawak . dah 3 tahun kat sini . lama kan . dan aku semakin mengerti apa itu hidup, kawan dan musuh . erk . aku ade musuh ke ? tak ade . semua orang adalah kawan aku . kawan adalah kawan . musus adalah kawan . kan . yes ! positive thinking . yeayyyhhh !!! love it . rindunya zaman sekolah . rindu serindu rindunya . cuma aku nak pesan dengan kawan kawan, untuk aku jugak . sejauuh mana pon kita pegi . ingat ALLAH ingat ALLAH ingat ALLAH . jga SOLAT . jga SOLAT. jga SOLAT . 

kalau dulu masa sekolah tudung kita labuh tutup dada . moga kekal sebegitu sampai bila bila . kalau masa sekolah dulu , aurat terjaga, baju longgar, ikut syariat, moga terus kekal macam tu sampai bila bila . jangan pernah singkatkan tudung kamu, jangan pamerkan susuk tubuh kamu . jaga aurat kamu . kalau ALLAH ada dalam hati, kita tak akan langgar perintah ALLAH . peringatan utk diri sendiri jugak . Ya ALLAH, semoga kita sentiasa berada dalam rahmat-Nya . tetapkah hati hati kami pada agama-Mu . kukuhkan hati kami dengan keimanan :)

07 April 2012

jom tengok gambar kolej ku :)

Assalamualaikum (",)

hari ini dengan bahagianya aku nak tunjuk gambar apartment kolej kediaman yang aku tinggal selama 3 tahun . yes ! 3 tahun di kolej sakura tapi dah 3 rumah bertukar . ini rumah yang ketuga . tapi kalau duduk rumah yang sama 3 tahun . lagi best kan . hik hik . tengok gambar bawah ni ok . mesti korang yang tengok gambar ni akan jeles dan rasa nak apply masuk UNIMAS dan dengan harapan akan dipilih menghuni KOLEJ SAKURA . tapi perempuan je tau . sebab kolej aku ni memang satu satunya kolej siswi sahaja . SISWA ? nang sik dapat tok .
eh jap . untung lah budak budak MASUM UM dengan UTM . sebab dapat duduk kolej perempuan . even student lelaki unimas yang 5 tahun kat sini pon diorang tak penah stay SAKURA . UNTUNGLAAAHHH atlet lelaki UTM dengan UM . tahniah tahniah .

ni . dapur . tapi tak boleh memasak pun :( sedihhh

ruang makan . meja 4 kerusi je . rumah ni ade 13 orang 

ruang nengok tibi . gosip cik kiah n online ramai ramai

pintu utama 

ni bilik . a214 n a215 

ade tibi tauuu

dari skala yang lebih luasss

welcome to A2.1 ...

amacam . ade rasa macam duduk rumah sewa tak ? kat UNIMAS memang apartment style . kecuali seroja . yang lain semua macam rumah sendirik jek . sebab tu best dan rasa macam duduk rumah sendiri jek . kot . anyway . once again . KOLEJ SAKURA adalah kolej siswi . kitorang sangat lah happy bila ada event kolej sebab semua perempuan . tak perlu nak cover ke . malu malu ke . bila ade atlet MASUM lelaki stay SAKURA . kami rasa takut untuk keluar kolej dan takut dengar diorang ketawa kuat kuat . maaf . kami perempuan yang jarang bertemu lelaki . erk . sangat gementar ok kalau nak ke kafe . jalan tunduk bawah jek ni . aduhai . tawadduk nya . maaf yer . saya malu =;=

22 March 2012

sejarah (',)

Assalamualaikum (",)

tahniah untuk semua calon SPM 2011 sebab dah dapat result . ALHAMDULILLAH . semuanya dari ALLAH . kan . teringin nak kongsi kenangan masa aku upper form . 

aku ni merupakan pelajar lari sekolah . ye la . selalunya lari dari rumah . tapi aku ni lari dari sekolah . lepas PMR . aku apply SMT . and ALHAMDULILLAH dapat kat Taiping . excited sangat sangat sebab dah lama mengidam nak masuk sekolah berasrama . happy sangat dapat kawan baru and cikgu baru . tapi itulah . orang kalau dah biasa bebas . memang lagu ni la keadaannya . pelajaran semua ok . but . kadang kadang tak boleh fokus sebab, jam 12 tdor . jam 4 dh kna bangun . tak cukup tidor kot . so aku tak nak korban kan msa depan aku . dan akhirnya selepas 2 bulan aku melarikan diri dari sekolah . balik hujung minggu lepas tu tak balik dah ke asrama . terbaik lah . masa kat teknik tu aku kos kejuruteraan awam . tak de biology . bila balik ke sekolah lama aku duduk kelas lama yang sains pure . ade kimia, bio dengan fizik . mencabar la jugak mula mula . 

terpaksa catch up yg mana da lepas . lepas tu disebabkan aku ni kembali ke sekolah asal, aku kena buktikan pada semua yang aku akan berjaya sebab dah susahkan ramai orang . but i'm still champion untuk subjek Bahasa Melayu . hehe . balik je sekolah lama . aku seperti dialu alukan . Alhamdulillah . aku wakil sekolah untuk ke Kem Kepimpinan Pengawas (Amir Chalet, Kpg Baru, Setiawan) . setiap sekolah kena hantar 3 orang . lepas tu wakil sekolah ke taklimat salah laku disiplin pelajar dekat IPD Taiping . lepas tu jadi pengurus pasukan bola baling sekolah (SMK Jelai, 2006) . (perasan je lebih yang ni) . haha . anyway banyak la jugak rezeki melimpah ruah . naik form 5 lagi banyak rezeki melimpah ruah . aku jadi penolong ketua pelajar . wakil sekolah untuk Kuiz Agama (SMK Bukit Jana, 2007), Pantun (SMK Redang Panjang, 2007), Forum (SMK Sungai Bayor, 2007), Kuiz Sejarah (SMK Matang), Kem Kesedaran Alam Sekitar (KEKAS, 2007, Nurlembah Lenggong) . ade jugak jawatan lain yang aku pegang like . Naib Pengerusi Pergerakan Puteri Islam, Naib Pengerusi Kelab Alam Sekitar, Bendahari Rumah Sukan (Merah), Pengerusi Kelab Pencegahan Jenayah . itu je yang aku ingat . 

time sekolah menengah memang berderet la jawatan aku . hehe . nak tunjuk hebat la tu . tapi itu la . bila masuk matrik aku terus pasif . sebab ade yang lagi hebat dari aku . so aku jadi low low low profile habesssss . maafkan saya cikgu cikgu yang bertungkus lumus mencungkil segala bakat yang ada . tapi semua bakat yang terpendam ni tak tersimpan camm tu je . still di bahagiakan dengan minat mengarang . Alhamdulillah . eh mana kisah SPM ? 

ooo . SPM . alhamdulillah dapat 4A . aku ni bukan la tergolong dalam mereka yang bijak . selalunya cukup cukup makan je . kalau A tu markah die 80 . aku dapat A dengan markah 80 la . xde hebat mana pon . tapi itu lah . gred yang penting . markah tak heran pon . just like dekat universiti sekarang ni . asal lulus je . entah entah lulus tu pon 50/100 je . kan . aku berusaha sungguh tak nak ade C dalam slip aku . tapi rezeki Allah bagi . ade 2 C . BI dengan SENI . gatai amek seni . hehe . yang lain lain ok . cuma lepas dpt result ni memang target diploma je . Matrik ?? memang dah rasa memang tak akan dapat . ade yang lagi hebat kot . tapi itu lah . REZEKI ALLAH BAGI . dapat gak matrik melaka . itulah permulaannya kehidupan aku sekarang . SETIA dengan BIOLOGY . alhamdulillah . terima kasih khas utk CIKGU ZAITON . dan semua cikgu cikgu SMK TAT BENG .

form 1 :

  • BM- Cikgu Mohd Nazri
  • BI- 
  • Agama - Uztaz Tuan Azman
  • Math - Cikgu Maznah
  • Sains - Cikgu Rajihah
  • Sejarah - Ustaz Razali
  • Seni/Komputer - Cikgu Salmiza
  • KHB - Cikgu Sanisah
  • Geografi - Cikgu Abd Wahab
Form 2 :
  • BM - Cikgu Soffian
  • Bi - Teacher Wan Nor Hanizan
  • Agama - Ustaz Tuan Azman
  • Math - Cikgu Fauzi
  • Sains - Cikgu Corriena
  • Sejarah - Mr Khor Leong Kheng
  • Seni - ??
  • KHB -  Cikgu Sanisah
  • Geografi - Allahayrhamah Miss Noor Marliyana
Form 3 :
  • BM - Ustazah Noora Noordin
  • Bi - Sir Rozaimi
  • Agama - Ustazah Norazahariyah
  • Math - Puan Loh 
  • Sains - Cikgu Rafie
  • Sejarah - Cikgu Abdul Majid
  • Seni - ??
  • KHB - Cikgu Sanisah
  • Geografi - Cikgu Mokhri
Form 4 :
  • BM - Cikgu Norlela
  • Bi - Miss Ushadevi
  • Agama - Ustazah Noorazahariyah
  • Math - Cikgu Norrila
  • Admath - Cikgu Norrila
  • Kimia - Cikgu Suziyana
  • Fizik - Cikgu Salawati
  • Biology - Cikgu Zaiton
  • EST - Cikgu Shanti
  • Pj - tcer Rani
Form 5 :
  • BM -  Cikgu Siti Khadijah
  • Bi - Teacher Shanti
  • Agama - ustazah Norazahariyah
  • Math - Cikgu Norrila
  • Admath - Cikgu Norrila
  • Kimia - Cikgu Suziyana
  • biology - Cikgu Zaiton
  • Fizik - Cikgu Salawati
  • EST - Cikgu Shanti
  • pj - tcer rani
Matrikulasi :
  • Kimia - Encik Eizram / Miss Afrah
  • Bilogy - Miss Norizan / _ /_
  • Matematik - Encik Ismail
  • AGAMA Islam - Ustazah Osmahyanti
  • Sc.Com - ?
  • Bi - Sir Hassan
  • Dinamika - ??

yang mana tanda soal tu aku tak ingat nama diorang . tapi muka cikgu cikgu ni aku kenal lagi . nak update yang sekolah rendah . lagi la aku tak berapa ingat dah . hehe . anyway . ni la cikgu cikgu yang aku agungkan selama ni . just like my MAK and ABAH . oohh panjangnya entry ni . yeah . aku rajin . hehehe

29 June 2010

kemalangan maut di jalan kampung ..?

assalamualaikum..

saban hari..macam2 kisah yang aku dengar..kes dera..bunuh..buang..hilang..semuanya anak2 islam..orang islam..nak salahkan siapa bila semua nie semakin menjadi2..?..baru2 nie..pada 23 Jun 2010..ada satu kemalangan maut yang melibatkan seorang kanak2 yang baru berusia 12 tahun..dan aku adalah diantara saksi utama kejadian..begini kisahnya..

"pada petang 23 jun 2010, jam 3 petang..aku nak kuar ngan kakak aku ke bank di sebuah pekan..tapi sebelum tu aku hantar anak buah aku gi mengaji dulu..lepas kami berpatah balek dan mahu ke jalan besar, sampai di satu jalan..berdepan dgn rumah suhaimi..kwn aku masa sekolah rendah..aku ternampak seorang budak sekolah terbaring di atas jalan..firasat aku, mungkin budak tu jatuh basikal..tapi makin dekat kami bergerak..tetiba aku kenal benar dengan seorang pemuda yang sedang mengangkat budak tu..dengan kai batik di tangannya..dia mengangkat perlahan kanak2 tu dan menutup muka kanak2 tu dengan kain tersebut..Masya Allah..budak tu meninggal dunia..dan aku kenal benar kanak2 tu..pada masa yang sama ada sebuah traktor di hadapan kanak2 itu..Ya Allah..itu anak jiran aku..kenapa..?..dia di langgar sehingga maut..?.oleh seorang remaja lelaki yang berusia 19 tahun..aku kenal jugak dengan remaja terbabit..tapi aku tak terus tunggu kat situ..sebab tak sanggup rasanya..ntah2 boleh pengsan nnt..aku teruskan perjalanan..masa tu tak ramai orang yang ada..tapi aku nampak jelas darah yang milempah di atas jalan..abang kanak2 itu yang memangkunya sehingga polis sampai..setelah selesai urusan di bank...kami terus pulang..ingatkan dah selesai..tapi rupa2nya..polis baru je sampai time tu..ramai giler orang kat tempat kejadian..mak kepada kanak2 tu..yang aku panggil makngah..ada dalam sebuah kereta..mungkin tidak dapat menahan sebak melihat anak bongsunya pergi sebelumnya..tidak lama selepas itu, adik beradik lain knk2 itu sampai..dan terlihat jelas kesedihan mereka..seluruh orang kampung turut tangisi kehilangan itu..tak lama selepas tu polis membawa jenazah ke hospital taiping..malamnya, knk2 itu "ridzuan" dikebumikan di Tanah perkuburan islam kpg Permatang Raja..ramai sangat orang yang mengiringi jenazah..setelah itu mak ngan ayah aku balek..dan ternyata kesedihan masih terasa sebab pada hari sabtu sebelum kejadian rumah ridzuan kenduri sempena perkahwiana abg dan kakaknya..belum sempat penat menguruskan majlis hilang, datang pula episod duka..menurut cerita2 yang diterima, pada waktu kejadian, ridzuan baru pulang dari sekolah selepas menghadiri kelas tambahan bagi menghadapi UPSR hujung tahun nnt..tidak seperti biasa dia akan pulang bersama2 kwnnya..tapi pada hari tu dia nk pegi melawat ayahnya (kubur ayahnya)..ayahnya telah meninggal dunia 6 tahun lalu kerana dihempap pokok balak..akhirnya dia menemui ajal berdekatan tanah perkuburan..waktu ptg 2..ibunya tiba2 tersedak ketika makan nasi..tapi tidak dapat menghabiskan makanan sehingga menerima panggilan dari salah seorang anaknya memaklumkan kejadian..hati ibu mana tidak sedeyh..baru sahaja lega dari kesediahan kehilangan suami tercinta yang selama nie tempat bergantung..kini hilang pula anak yang paling bongsu..yang sangat manja..sehingga sekarang ibunya masih tidak dapat melupakan anaknya itu..walhal mendengar bunyi traktor juga tak mampu..berbagai2 kisah yang didengar..remaja yang melanggar ridzuan tidak ditahan malah abg remaja terbabit yang mengaku..sebab remaja terbabit tak ade lesen memndu traktor..dan kes ini telah menjadi kes polis..dan akan dibawa mahkamah..bukanlah membalas dendam..tetapi bagi menegakkan keadilan..supaya perkara yang sama tak berlaku pada kanak2 lain..menurut sumber yang boleh dipercayai..ridzuan telah digilis sebelah badannya kerana ada kesan tayar pada baju sebela kanannya..tapi sejauh mana kebenarannya..Wallahu'alam..tapi kehilangan dan kemalangan maut itu amat memberi kesan yang mendalam kepada penduduk kpg..apa yang termampu untuk kita lakukan..doakan kesejahteraan adek muhd ridzuan bin che mansur..semoga ditempatkan bersama2 orang yang beriman...

dan ini adalah kenangan terpahit, tersedih yang aku alami sepanjang 2 bulan aku bercuti di kampung...