Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

12 May 2012

ERTI HIDUP dengan MEMBERI

Assalamualaikum (",)

dah hampir 3 bulan dekat kampus . dan hampir 2 bulan lagi akan terus berada di sini, inilah pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang perantau . berjauhan dengan orang yang tersayang . kepada sesiapa yang dekat dengan family tu, selalu la jenguk family dekat rumah . nanti menyesal . ape ape pon kena bersyukur selalu dengan apa yang kita ada sekarang . thats the way to make you always happy . 


Terkadang ada kalanya kehadiran kita di samping orang sekeliling tidak dihargai . Hinggalah salah seorang daripadanya terlebih dahulu melangkah pergi . Walau hanya dengan beberapa pemberian yang sangat kecil pernah diperolehi . Namun itulah yang terus dihargai dan diingati . Inilah lumrah sifatnya manusia yang jarang menghargai apa yang ada di sisi . Walau mungkin tampak pada mulanya tidak dihargai . Lambat laun pasti ia akan meninggalkan kesan pada hati, sanubari dan diri seseorang . Ada pepatah pernah menyebut . Jadilah seperti pokok . Walau dilontar dengan tahi . Namun ia tetap memberikan buah dan kebaikan pada hidupan sekeliling . Ramai yang akan mempersoalkan tentang apakah sumbangan kalian pada yang lain. Sama ada sumbangan pada orang perseorangan, kepimpinan atau pun persatuan . Namun acap kali inilah yang menjadi persoalan dan bualan orang . Sedarkah kita?? . Sebelum kita melontarkan persoalan sedemikian..

Cubalah lontarkan :

"APAKAH SUMBANGAN TELAH AKU BERIKAN PADA ORANG YANG LAIN?"

"jangan asyik menuding jari untuk membilang sumbangan orang pada kita, tapi hitunglah dengan jari sendiri apakah sumbangan kita pada orang?"

ERTI HIDUP dengan memberi harus diteladani . Walaupun mungkin pada mulanya ia tidak dihargai

"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga."
[Al-Israa' 17: 7]

Sabda Rasulallah SAW yang bermaksud :

"Tangan yang menghulur adalah lebih baik daripada tangan yang menerima"

Sedarlah bahawa tiada apa yang akan kekal abadi . Sebelum kita semua melangkah pergi . Persiapkanlah segala bekalan untuk diri . Kelak kita jangan menyesal di kemudian hari

Firman Allah swt yang bermaksud :

"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang berterusan adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan"
(Al-Kahfi :46)

Sabda Rasulallah saw yang bermaksud :

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)

Semoga ERTI HIDUP dengan MEMBERI ini dapat menjadi antara salah satu sumbangan kita yang berterusan selepas kita mati . Biarlah jasad kita mati pada hari ini, namun segala kebaikan yang kita tinggalkan akan terus memberi kurniaan pahala pada diri kita hingga hari qiamat nanti. . Semoga segala pemberian yang pernah diberi akan menjadi salah satu amal jariah kita yang akan berterusan buat diri sendiri lebih-lebih lagi.

06 April 2012

dialah sahabat yang benar benar sahabat !!

Assalamualaikum (",)

tetiba teringatkan sahabat lama yang dulunya pernah menjadi raja di hati . apa khabar mu di sana ? sudah lama tak berjumpa . susah payah untuk mencari di mana dia berada sekarang . pernah juga terfikir . untuk apa aku cari dia ? opppss . kami penah kawan baik . jadi . ikatan persahabatan itu lebih kuat daripada percintaan yang kami bina tak sampai sebulan . sekejap je kan . sudah aku katakan . sahabat mana mungkin menjadi kekasih . tetapi kekasih boleh menjadi sahabat di waktu yang sama . maaf andai ada yang terluka dengan entry kali ini . tahun 2009 mengubah segalanya . aku hilang kawan teman dan sahabat . sekkali gus . tak semudah yang di sangka untuk melupakan semua ni .

jauh aku membawa diri . hingga ke SARAWAK . dan alhamdulillah . dan 3 tahun . ramai yang bertanya dan mungkin dia juga pernah bertanya . kenapa sejauh ini . jawapan aku . "membawa hati yang kecewa kerana takdir ALLAH melebihi segalanya" . aku bukan kecewa dengan takdir ALLAH . tapi aku cuba mencari sedikit ruang untuk aku mencari kekuatan hidup tanpa dia . 4 tahun aku keseorangan tanpa teman yang istimewa . dan aku nekad . no love before akad !!

semoga aku sempat bertemu dia . ya ALLAH . Kau pulangkanlah sahabat aku Muhammad Zulhilmi b. Yusoff . aku mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dia dari jauh . kerana jauh di sudut hati ini . dialah sahabat yang benar benar sahabat !!


03 April 2012

bila hati berkata kata

Assalamualaikum (",)
ini adalah cabaran paling besar dalam hidup . berusaha untuk gembira dengan kehidupan sekarang . walaupun hakikatnya hanya ALLAH sahaja yang tahu . tak tau nak luahkan macam mana . tapi dalam hati ada satu perasaan yang sangat sangat sukar ditafsir dengan kata kata . selagi masih mampu bertahan . simpan dan pendamkan . aku akan sedaya upaya mencuba untuk kelihatan bahagia di mata mereka . 


ooohhh tak . bukan ini masalahnya . kan da cakap tadi . aku sendiri tak dapat nak cakap apa masalanya . aku cuba selesaikan dulu ok . bercakap tentang impian . harapan dan cita cita . masih jauh nak ke arah itu . masih banyak jalan yang berliku . masih samar samar . TAPI . itu bukan alasan untuk putus asa . tak salah untuk berhenti seketika dan  mempersiapkan kembali strategi perjalanan hidup . tapi cukup lah sekadar sementara . kemudian . teruskan perjalanan menuju kejayaan :)


seperti gambar di atas :) YAKIN DENGAN JANJI ALLAH . barulah hidup sentiasa happy dan bahagia selamanya . sebab segalanya datang dari DIA . minta lah pada DIA . merayulah pada DIA . semoga hari hari kita akan lebih bermakna . just enjoy your life dengan berpandukan Al-Quran dan Sunnah . everything gonna be fine .


02 April 2012

Allahu Rabbi, aku punya pinta

Assalamualaikum (",)

sejak akhir akhir ni kan . macam macam fikir . alangkah bahagianya aku, kalau ade seseorang yang dapat jadi tempat aku mengadu , menangis dan bercerita segala galanya . kan . aku terpaksa laluinya sendiri . menangis sendiri . segalanya sendiri . yes ALLAH ada . tapi fitrah manusia ingin di sayangi dan diberi perhatian . semua tu hanya impian . semoga ALLAH pertemukan aku dengan 'dia'

Allahu Rabbi, aku minta izin
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya engkau

Allahu Rabbi, aku punya pinta
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu Rabbi, izinkanlah
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta-Mu
Dan membuatku semakin mengagumimu

Allahu Rabbi
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pertemukanlah kami

Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allahu Rabbi, pintaku yang terakhir
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta

Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Ya Allah kabulkan Doaku Amiiinnn.......



20 March 2012

sukahati kau nak label aku tak beradab

Assalamualaikum (",)

marah sangat sangat bila orang yang kenal kita tak sampai 5 tahun lepas tu dah 3 tahun tak jumpa nak label kita ni macam macam hanya melalui komen . Ya Allah sedihnya . mak abah aku didik aku dengan penuh adab . lepas tu ko tetiba datang entah dari mana . nak kata aku tak beradab . memang patut la orang tak suka kawan dengan ko . memang patut la orang menyampah borak borak dengan ko . aku selama ni sabar je dengan perangai BAJET BAGUS ko tu . tapi disebabkan kita ni kawan . aku layan kan saje . tapi bila sampai satu tahap ko label aku walhal ko tak kenal aku sangat pon . memang aku panas . sape yang boleh sabar ? KESABARAN pon ade hadnyer tau .

aku rasa aku nak buat surat layang kat ko . aku tak sanggup nak simpan simpan cerita cerita bohong ko bila aku kena khianat macam ni . bagi orang lain maybe die akan cakap supaya aku buat tak tahu . jangan layan dan sebagainya . tapi bagi aku, aku dah tak sanggup . tak sanggup nak bela orang yang tak tahu menghargai orang lain . maafkan aku kawan . bukan niat aku nak wujudkan perbalahan . tapi cukup la sampai kat sini ja . lepas ni anggap la kita hanya satu matrik . sebab tu aku masih simpan ko sebagai kawan dalam facebook . lupakan semuanya . anggap la kita tak kenal sangat . kenal biasa biasa je . lagi pon ko lelaki . lebih baik ko kawan dengan sama jantina ko je .

aku tak nak la buruk kan sesapa . tetapi PEDIH dikhianati tu akan aku ingat dan rasa sampai bila bila ....

21 May 2010

selamanya..aku tetap aku

setelah sekian lama mendiamkan diri..akhirnya aku muncul jua dengan satu harapan yang aku dapat lupakan semua kisah2 sedih yang selama ini menghantui hidup aku..ffuuuhhh..alhamdulillah..everything dah ok..cumanya kadang-kadang aku teringatkan insan-insan yang selama ini pernah membahagiakan aku..walau hanya seketika..tapi bagi aku, ianya cukup bermakna..cukuplah sekali aku dikecewa dan dikhianati..mungkin satu hari nanti semua ini kembali seperti sedia kala..tiada apa yang aku harapkan selain doa dan ingatan kepada aku..aku tahu x selamanya kita akan bahagia..kadang kala kita perlu akur bahawa dunia ini ada putarannya..kadang2 kita di bawah..kadang2 kita di atas..jadi segalanya adalah lumrah kehidupan..dan kita sebagai manusia perlu sentiasa bersipa sedia menerima apa jua rintangan dan keadaan yang akan datang..jangan hanya berserah..tapi cuba untuk mengubah yang brurk menjadi baik..makanya wajarlah kita sentiasa bersikap positif walau apa jua keadaannya..inilah kehidupan..yang tak dapat dijangka apa yang akan berlaku pada detik seterusnya..berdoalah pada Allah..agar kita sentiasa tabah hadapi apa jua dugaan dan cabaran mendatang..semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini..

19 April 2010

Doa Seorang Hamba

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yg melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku utk menyintai Mu..Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yg hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yg merindui syahid di jalan Mu..Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indanya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..Ya Allah jika aku jatuh hati apada kekasihmu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...Aminn..

13 April 2010

jangan libatkan aku okeyh

always begini..please la..jangan masukkan aku sekali dalam masalah peribadi atau lebih kejam masalah "cintun" korang..bukan aku ada kaitan pon..that is why aku x suka orang yang bercintun..sometime la..macam nie ni le gamaknyer..teman yang tau tau mende pon kena gak..adus2..susah la macam nie..jgn la libatkan member ok..tension aku dibuatnya..cam aku pulak yang salah..tau la tertekan..tapi tak kan member sendiri pon nak marah..bukan nya wat salah apa pon..tanya jek..kalo tak nak jawab..cakap la elok..aku jua ada hati dan perasaan..huhu..semoga Allah beri aku kekuatan untuk hadapi orang yang berperangai sebegini..maafkan aku yer kawan-kawan :-(

11 April 2010

lost

murung..pada siapa yang harus aku luahkan semua kekusutan nie..?..who..?aku terasa sangat depressed..sedeyh..kacau..kusut..keliru..macam2 lagi..kenapa la aku begini..?..

bored

assalamualaikum..
..rasa nak cepat abes jek exam nie..
nak balek umah..
nak tolong mak ngan ayah..rasa rindu sesangat ngan diorang semua..huhu

08 April 2010

friends are friends forever


aku sangat concern tentang kawan..sahabat dan teman..aku tak mengharapkan apa-apa..cuma perhatian sebagai kawan..kawan selamanya tetap kawan..

07 April 2010

keep thinking

Ya Allah..makin dasyat lak perasaan aku nie..semakin teringatkan pada emi..apa khabar dia sekarang..?..bukan niat aku nak lupakan dia..tapi hati nie dah hancur lebur dengan apa yang dia dah buat..hancur segala harapan aku..segala-galanya..sejak akhir-akhir nie kerap lak mimpi sal emi..apakah makna semua nie..rindu nak dengar dia ketawa..cara dia bagi nasihat..penyayang sangat..terserlah kelembutan dan keihklasan bila dia bagi nasihat..hanya Allah yang tahu betapa aku rasa selamat bersamanya..tapi jodoh tak lama..dia ada pilihan sendiri...dan aku hanyalah sekadar untuk mengisi kekosongan..terima Kasih ya Allah kerana memberi peluang kepada aku untuk merasai disayangi walaupun hanya seketika..Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik utk hmbanya ;-)

04 April 2010

aku akan merinduimu

sejak akhir-akhir nie, mudah sekali air mata nie mengalir...terlalu sedih kah..? atau aku hanya ingin keluarkan segala beban dijiwa..?..tapi apa yang pasti, sekali lagi aku akan menangis kerana perpisahan..setiap pertemuan pasti ada perpisahan..tapi aku juga kecewa sebab belum sempat aku menyayangi dia sepenuh hati..menjadi sahabat sejati..kami terpisah..Ya Allah..aku redha dengan perpisahan ini..walaupun luar aku nampak ganas..kuat..keras..tapi hatiku sebenarnya lembut dan mudah tersentuh..tak sanggup rasanya aku menangis lagi..tapi itulah yang akn berlaku..kehilangan seorang kawan yang benar0benar berhati mulia..tabah..cantik..segal-galanya bagi aku...teruskan perjuanganmu KHAIRUL BADRIYAH bt KAMARIZA.. aku akan merindui mu diya ;-(

23 March 2010

coretan...

syahdu di pagi hari...
bertungkus lumus menyiapkan log book yang perlu dihantar hari nie..
begitu menyiksakan..
dibulan2 terakhir semester..amat lah memenatkan..
kesibukan yang tak terduga..
maafkan ku teman2 andai mesej tak terbalas..call tak terangkat..masih ada yang lebeyh penting perlu diselesaikan..
adakalanya..ku terleka sementara..melihat gelagat manusia..
begitu aneh..
ada yang terlalu baik sampai dipijak2..
ada yang tegas sehingga tak tergoyah prinsipnya..
tapi ada juga yang seperti lalang..jika ditiup ke kanan..ke kanan lah lentoknya..
jika di tiup ke kiri..ke kiri lah lentoknya..
bagaimana pula aku..?
Maha Suci Allah yang menciptakan setiap kejadian...
aku tetap aku..
yang berpegang pada agama Allah..
insan yang lemah dan sentiasa mengharapkan redha Allah..
memperbaiki diri agar lebih baik..
itu yang termampu aku lakukan..demi diriku..agamaku..keluargaku..

05 March 2010

Musibah Tingkat Darjat Mukmin..

DALAM hidup ini Allah sentiasa menguji kita. Ujian Allah pelbagai dan orang yang diuji Allah juga pelbagai. Ada yang diuji Allah dengan musibah seperti kematian orang disayangi, kebakaran, kemalangan, kehilangan, bencana alam dan yang selalu diuji Allah kepada kita ialah dengan mendatangkan sakit.

Tidak seorang pun daripada kita yang hidup di dunia ini terlepas daripada menerima ujian Allah. Yang membezakannya hanya bentuk ujian itu. Ada yang ringan dan ada yang berat ujiannya.

Walau apa saja yang kita alami di dunia ini, ia adalah sunnatullah yang telah ditetapkan menurut hikmah-Nya sebagai cubaan dan ujian. Dalam al-Quran banyak disebut mengenai ujian Allah ini. Dengan kata lain, manusia sentiasa diuji oleh Allah dengan pelbagai bentuk sama ada manusia suka atau tidak Allah tetap mengujinya.


Al-Quran dalam surah Al-Anbiya ayat 35 Allah berfirman yang bermaksud: “Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” Dalam surah Al-A’raf ayat 168 pula Allah berfirman yang bermaksud: “Dan, Kami cuba mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).” Melihat dua firman Allah di atas, jelas bahawa pelbagai penyakit yang menimpa umat Islam itu adalah sebahagian daripada cubaan ataupun ujian Allah yang diberikan kepada hamba-Nya. Sesungguhnya cubaan dan ujian itu adalah sunnatullah yang telah ditetapkan berdasarkan rahmat dan hikmah-Nya, di mana di dalamnya terkandung kebaikan dan rahmat bagi hamba-Nya.


Harus kita ingat bahawa Allah memberikan hidayah dan taufik kepada setiap hamba-Nya dengan jalan yang berbeza-beza. Salah satunya dengan mendatangkan musibah sakit kepada hamba-Nya.


Kita hendaklah sentiasa bersangka baik dengan Allah terutama ketika kita ditimpa musibah sakit atau musibah lain. Ujian sakit yang diberikan-Nya itu tanda kasih sayang-Nya dari Khalik kepada makhluk-Nya. Allah selalu mencintai hamba-Nya yang sabar, ikhlas dan reda. Dan sebagai hamba-Nya yang beriman, kita hendaklah selalu memuji Allah yang tak pernah putus-putus memberi rahmat kepada kita hatta ketika kita sakit.


Sehubungan itu, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya, besarnya pahala sesuai dengan besarnya cubaan. Sesungguhnya, jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barang siapa yang reda dengan musibah itu maka baginya keredaan Allah. Dan barang siapa yang marah (tidak reda) dengan musibah berkenaan, maka baginya kemurkaan Allah.” (Hadis riwayat Tirmidzi) Sabda Rasulullah lagi yang maksudnya: “Setiap sesuatu itu mempunyai hakikat dan tidaklah seorang hamba mencapai hakikat iman sehingga dia menyedari musibah yang menimpanya bukan untuk menyalahkannya dan kesalahan yang dilakukannya bukan sebab untuk ditimpakan musibah kepadanya.” Syuraih rahimahullah berkata: “Aku benar-benar ditimpa musibah. Namun aku memuji kerana empat perkara. Aku memuji kerana musibah itu, bukan yang paling kuat, kerana kau dianugerahkan kesabaran menghadapinya. Kerana aku diberi taufik untuk mengucapkan ‘Ina lillahi wa inna ilaihi raji’un’ sehingga aku boleh memohon pahala, dan kerana musibah itu tidak dijadikan pada agamaku.” Sementara Al Ghazali rahimahullah pula berkata: “Setiap musibah dan penyakit harus digambarkan ada yang lebih besar lagi. Sebab ketetapan Allah tidak boleh dicegah. Sekiranya Allah melipat ganda dan menambahkannya apakah yang boleh menolaknya? Walaupun demikian, dia tetap harus bersyukur kerana hal ini bukan yang paling besar di dunia. Jadi, tidak seorang pun ditimpa musibah, melainkan dia harus melihat hal Allah yang boleh menimpakan musibah yang lebih besar lagi di dunia pun di akhirat.” Sebenarnya ada hikmah bagi orang mukmin bila ditimpa sakit kerana dalam sakit itu terkandung pahala dan keampunan serta sekali gus mengingatkan kepada kita akan kekuasaan dan kebesaran Allah. Dan darjat yang tinggi Allah berikan kepada mereka yang tabah dan sabar dalam menghadapi musibah sakit ini, dengan syarat pesakit tidak melupakan kewajipan solat lima waktu. Betapa pun sakit itu tidak membolehkan kita untuk berdiri atau bersuci, namun kita tidak boleh meninggalkannya hanya atas sebab itu.


Sesungguhnya solat adalah jalan terbaik mendekatkan diri kita dengan Allah, di mana hanya Dia saja tempat untuk kita mohon pertolongan bila ditimpa musibah. Hanya Allah saja yang boleh membantu dan memberikan pertolongan kepada kita.


Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Solatlah di atas tanah selama kamu mampu. Jika tidak, cukup kamu memberi isyarat dengan menggerakkan badan dan lakukanlah sujudmu lebih rendah daripada rukukmu.” (Hadis riwayat Thabrani dan disahihkan oleh Al-Albani).


Sementara Allah berfirman dalam al-Quran yang maksudnya: “Bertakwalah kepada Allah menurut kesanggupanmu.” (Surah At-Taqhaabun ayat 16) Sama ada berat atau ringan sakit yang kita alami, semuanya cubaan dan ujian Allah kepada kita. Tapi kita tidak perlu bersangka buruk terhadap Allah kerana Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit itu tanpa ubatnya. Ertinya setiap penyakit yang ada di dunia ini ada ubatnya disediakan oleh Allah. Hanya mati saja tidak ada ubatnya.


Dari Abu Hurairah r.a. dia berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Allah tidak menurunkan penyakit melainkan pasti menurunkan ubatnya.” (Hadis riwayat Al Bukhari) Selain ubat, doa juga penting untuk cepat menyembuhkan penyakit. Berdoa bererti memohon kepada Allah yang Maha Mengetahui penyakit yang kita deritai dan Dia yang Maha Berkuasa dapat menyembuhkannya. Bersungguh-sungguhlah berdoa kepada Allah. Firman Allah dalam al-Quran surah Al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud: “Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku ini dekat. Aku mengabulkan permintaan orang yang berdoa, jika ia benar-benar memohon pada-Ku.”

(petikan dari harian metro- 5 mac 2010)

12 February 2010

lab mikrob pulak yer...


today : 11 feb 2010..
ari nie ada lab gak..tapi lab mikrob..aku sangat suka ari nie..da macam profesor..aku tak suka observed organism melalui mikroskop..paling aku tak suka...maaf yer..tapi hari nie kami belajar dan praktik "aseptic technique"..satu perkara yang sangat baru bagi aku..amali tadi tak lama pon..lebih kuran satu jam 30 minit..padahal tempoh masa sebenar 3 jam..dasyat tak..cepat giler kan..itu la student zaman sekarang..semua nak cepat..hahaha..termasuk la aku..hebat-hebat..banyak gak la benda yang kami belajar time amali tu..sangat-sangat la banyak..bljr guna inoculating loop ngan inoculating wire...terasa begitu educated..hari nie kelas tak banyak..ada 2 jek...

1- ecology => lecture cam biasa..belajar wat life table..
2- lab mikrob => yang aku citer kat atas tu..

abes je lab mikrob..aku balik bilik..online..nk hilangkan tekanan jiwa..aku tak gila lagi..then tetiba aakram online..aku pon tegur la dia..nak arapkan dia tegur aku..??berkurun la..tak tau bila..aku bukannya apa..nak pastikan persahabatan kami nie tak tergantung cam 2 ja...kan..kan..haa...ni lagi satu yang wat aku iri hati sangat..ramai yang sibuk packing barang nak balik kampung..cuti seminggu...tapi aku..??..tak balik pon..dok kat kampus jek..best gak dok sini..hehehe..tak percaya..mai la sini..baru tau..kih..kih..k la ak rase sampai sini je kot..esok aku storymory lagi k...

02 February 2010

Hukum Berkawan Berlainan Jantina


Inilah maksud firman Allah ta’ala”

” dan orang2 beriman lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bg setengah yg lain, mereka menyuruh berbuat makruf dan mencegah mungkar.” AQT 9: 71

Dalam konteks ini, tiada halangan lelaki dan perempuan ajnabi berkawan dan bersahabat serta liqa’ atau pertemuan dalam bekerjasama dalam perkara2 kebaikan: menuntut ilmu, program2 kebajikan dan jihad.

Perincian Dr Abdul Halil Abu Syuqqah (sahabat Dr Qardhawi),
1. Pertemuan dan kerjasama itu hendaklah dalam suasana serius
2. menahan pandangan
3. menghindari berjabat tangan
4. mengenakan pakaian yg menepati syari’at (jilbab)
5. tidak bersesakan dan elok jika ada pemisahan
6. menghindari khulwah (berdua-duaan di tempat sunyi), namun boleh jika:
a. khulwah di kawasan awam yg ada orang ramai
b. beberapa lelaki dengan seorang perempuan
c. seorang lelaki dengan beberapa perempuan..

7. tidak terlalu lama dan berulang
8. menghindari tempat yg mencurigai
9. menjauhi perbuatan dosa

Etika khusus wanita jika keluar mengadakan pertemuan dengan lelaki:
1. jika bercakap tidak menggunakan bahasa yg lunak dan gaya yg menggoda
2. berjalan dengan sopan dan tertib
3. elakkan pergerakan yg manja dan menggoda
4. tidak memakai parfum/pewangi
5. serius dlm berbicara

30 January 2010

air mata..??


setiap kesedihan pasti akan ada kebahagiaan..mungkin bukan sekarang tapi ianya pasti akan berlaku..setiap apa yang terjadi tentu ada hikmahnya..jangan mudah melenting..tapi teruskan bersabar dan berdoa agar akan ada sinar di hari esok..aku redha dangan apa yang telah berlaku..mungkin ini takdir yang perlu aku terima..bahagia..ceria..kemudian sedih dan kecew..dan kini..aku dapat rasakan yang bahagia dan sinar ceria itu muncul semula..

aku bersyukur pada MU ya Allah..segala rintihan dan doa yang aku panjatkan Engkau tunaikan..terima kasih Ya Allah..tapi aku sedar tak semua yang kita inginkan..kita akan dapat..walaupun ianya tak sama macam dulu..tapi setidak-tidaknya aku tak lagi kecewa..hilang ditemani bahagia..kini..no more tears..aku perlu pandang ka hadapan..dan terus ke hadapan..tapi masih perlu melihat ke belakang agar sentiasa berjaga-jaga supaya perkara yang sama tidak berulang..

lumrah kehidupan..ada masanya kita perlu menangis agar kita sedar hidup ini bukan sekadar ketawa..namun adakalnya kita perlu ketawa tapi berpada..agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk mengalirkan air mata..tidak salah untuk berduka..tapi biarlah ada limitnya...agar ianya tidak memudaratkan diri dan sentiasa menjadi pelindung untuk kita terus bahagia..tidak salah untyk bergembira..tapi biarlah ada batasnya..supaya kita sedar tak sepanjang masa kita gembira..dan masih ada orang yang berduka..sebagai manusia..kita perlu sentiasa berjaga-jaga..agar diri kita tidak hanyut dan terus hanyut dengan ketawa..bukan tidak bahagia..

tapi cukuplah sekadar tersenyum dan ketenangan dalam hati yang didambakan menjadi kenyataan..jangan malu untuk menangis..jika itu dapat meluahkan rasa sedih yang bersarang dilubuk hati..tapi kita perlu tahu..air mata hanya peneman bukan penyelesai masalah..yakinlah pada diri sendiri..setiap kejadian itu..ada sebabnya..disebalik kejadian itu..ada hikmahnya..yakin lah pada yang ESA..hanya DIA yang Maha Mengethui segalanya..

29 January 2010

tinggalkan aku


Ya Allah..tabahkan hatiku Ya Allah..tetapkan iman ku Ya Allah..jangan lah Engkau pesongkan aqidahku..tetapkan aku dijalan yang Kau redhai..aku sendiri tak faham kenapa semua rubbish nie still ada dalam kepala otak aku...aku cuba untuk lupakan semuanya..tapi bila nak lupa..that's come again..remind me all the rubbish..aku tak tau nak share ngan sapa...

apa yang ada dalam hati aku sekarang..kadang-kadang aku berasa begitu sedih..mengenangkan peristiwa-peristiwa yang begitu melukakan hati aku..aku terlalu lemah untuk hadapi semua nie..aku kehilangan orang-orang yang aku sayang sepenuh hati aku..walau seribu kali kemaafan telah aku beri..tapi tak mungkin dapat mengembalikan nostalgia dulu..saat kami semua bahagia..

setelah apa yang berlaku..tak mungkin semua tu akan kembalik macam dulu..hati aku kecewa..mana mungkin diubati..hati aku terluka..mana mungkin disembuhi..hati aku hancur..mana mungkin dapat dibaiki..yang pasti aku masih seperti dulu..mengharapkan memori indah tika dulu dapat diulang..kenapa asyik aku yang mengalah..memaafkan orang lain..sebab sayang..aku terlalu sayangkan orang-orang yang istimewa..tapi tak semua orang sedar tentang tu..yang pastinya..hanya aku yang bersungguh-sungguh..amatlah kecewa..

Mak..Abah..banyak beri aku semangat untuk teruskan hidup..mungkin ada hikmah dengan apa yang telah pun berlaku..apa yang aku harapkan..aku nak orang-orang yang dah buat aku sedih dan kecewa..pergi tinggalkan aku..jangan sesekali cari aku..setiap kali mereka ada..rasa kecewa ini tak kan pernah hilang..rasa sedih ini tak kan pernah kurang..tapi tiada dendam..hanya ingatan..pergila tinggalkan aku dengan hidup aku..tinggalkan aku untuk bina hidup baru..dengan insan-insan yang baru aku kenali..tinggalkan aku..please..please..please..

26 January 2010

tabahkan hatiku Ya Allah


sehebat dugaan yang aku terima...hebat lagi dugaan hambaNya diluar sana..aku hanya mampu berdoa kepada Allah agar diperkukuhkan imanku dalam agama Mu..jauhkan diri ku daripada segala perkara yang melalaikan..hindarkan aku daripada hasad dengki..Ya Allah..lumrah manusia mempunyai keinginan untuk saling menyayangi..namun Engkau hindarkan lah aku dari pujuk rayu syaitan yang merosakkan anak Adam..

Aku insan lemah yang kadang kala terpedaya dengan keindahan dunia..Ya Allah..jika benar dia adalah untukku..demi duniaku dan akhiratku..Engkau satukanlah kami..Engkau berkatilah hidup kami..Engkau hindarkan lah kami daripada melakukan perkara yang merosakkan..

Ya Allah..jika benar dia bukan untukku..demi duniaku dan akhiratku..Engkau pisahkanlah kami dengan cara yang baik..hanya Mu Ya Allah yang Maha Mengetahui apa jua yang terbaik untuk hamba Mu..kesilapan yang aku lakukan dulu, mungkin ada hikmahnya..aku tahu aku tidak layak untuk disanyangi..kerana bagi aku cinta hakiki aku hanya pada Allah SWT...namun cinta manusia hanya sementara akan ku sambut bila dizinkan Allah..

kini..tumpuan aku hanya pada pelajaran yang sudah tentu dapat menjamin masa depan ku..namun pada masa yang sama..godaan yang aku terima, akan aku tepis dengan redha..hatiku ini kosong tapi tenang kerana Allah..kosong daripada perkara yang melalaikan aku..bantulah hambaMu Ya Allah..kuatkanlah keimananku..janganlah Engkau pesongkan aqidahku..tetapkan aku di jalanMu..