26 January 2010

tabahkan hatiku Ya Allah


sehebat dugaan yang aku terima...hebat lagi dugaan hambaNya diluar sana..aku hanya mampu berdoa kepada Allah agar diperkukuhkan imanku dalam agama Mu..jauhkan diri ku daripada segala perkara yang melalaikan..hindarkan aku daripada hasad dengki..Ya Allah..lumrah manusia mempunyai keinginan untuk saling menyayangi..namun Engkau hindarkan lah aku dari pujuk rayu syaitan yang merosakkan anak Adam..

Aku insan lemah yang kadang kala terpedaya dengan keindahan dunia..Ya Allah..jika benar dia adalah untukku..demi duniaku dan akhiratku..Engkau satukanlah kami..Engkau berkatilah hidup kami..Engkau hindarkan lah kami daripada melakukan perkara yang merosakkan..

Ya Allah..jika benar dia bukan untukku..demi duniaku dan akhiratku..Engkau pisahkanlah kami dengan cara yang baik..hanya Mu Ya Allah yang Maha Mengetahui apa jua yang terbaik untuk hamba Mu..kesilapan yang aku lakukan dulu, mungkin ada hikmahnya..aku tahu aku tidak layak untuk disanyangi..kerana bagi aku cinta hakiki aku hanya pada Allah SWT...namun cinta manusia hanya sementara akan ku sambut bila dizinkan Allah..

kini..tumpuan aku hanya pada pelajaran yang sudah tentu dapat menjamin masa depan ku..namun pada masa yang sama..godaan yang aku terima, akan aku tepis dengan redha..hatiku ini kosong tapi tenang kerana Allah..kosong daripada perkara yang melalaikan aku..bantulah hambaMu Ya Allah..kuatkanlah keimananku..janganlah Engkau pesongkan aqidahku..tetapkan aku di jalanMu..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan