12 May 2012

ERTI HIDUP dengan MEMBERI

Assalamualaikum (",)

dah hampir 3 bulan dekat kampus . dan hampir 2 bulan lagi akan terus berada di sini, inilah pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang perantau . berjauhan dengan orang yang tersayang . kepada sesiapa yang dekat dengan family tu, selalu la jenguk family dekat rumah . nanti menyesal . ape ape pon kena bersyukur selalu dengan apa yang kita ada sekarang . thats the way to make you always happy . 


Terkadang ada kalanya kehadiran kita di samping orang sekeliling tidak dihargai . Hinggalah salah seorang daripadanya terlebih dahulu melangkah pergi . Walau hanya dengan beberapa pemberian yang sangat kecil pernah diperolehi . Namun itulah yang terus dihargai dan diingati . Inilah lumrah sifatnya manusia yang jarang menghargai apa yang ada di sisi . Walau mungkin tampak pada mulanya tidak dihargai . Lambat laun pasti ia akan meninggalkan kesan pada hati, sanubari dan diri seseorang . Ada pepatah pernah menyebut . Jadilah seperti pokok . Walau dilontar dengan tahi . Namun ia tetap memberikan buah dan kebaikan pada hidupan sekeliling . Ramai yang akan mempersoalkan tentang apakah sumbangan kalian pada yang lain. Sama ada sumbangan pada orang perseorangan, kepimpinan atau pun persatuan . Namun acap kali inilah yang menjadi persoalan dan bualan orang . Sedarkah kita?? . Sebelum kita melontarkan persoalan sedemikian..

Cubalah lontarkan :

"APAKAH SUMBANGAN TELAH AKU BERIKAN PADA ORANG YANG LAIN?"

"jangan asyik menuding jari untuk membilang sumbangan orang pada kita, tapi hitunglah dengan jari sendiri apakah sumbangan kita pada orang?"

ERTI HIDUP dengan memberi harus diteladani . Walaupun mungkin pada mulanya ia tidak dihargai

"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga."
[Al-Israa' 17: 7]

Sabda Rasulallah SAW yang bermaksud :

"Tangan yang menghulur adalah lebih baik daripada tangan yang menerima"

Sedarlah bahawa tiada apa yang akan kekal abadi . Sebelum kita semua melangkah pergi . Persiapkanlah segala bekalan untuk diri . Kelak kita jangan menyesal di kemudian hari

Firman Allah swt yang bermaksud :

"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang berterusan adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan"
(Al-Kahfi :46)

Sabda Rasulallah saw yang bermaksud :

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)

Semoga ERTI HIDUP dengan MEMBERI ini dapat menjadi antara salah satu sumbangan kita yang berterusan selepas kita mati . Biarlah jasad kita mati pada hari ini, namun segala kebaikan yang kita tinggalkan akan terus memberi kurniaan pahala pada diri kita hingga hari qiamat nanti. . Semoga segala pemberian yang pernah diberi akan menjadi salah satu amal jariah kita yang akan berterusan buat diri sendiri lebih-lebih lagi.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan