there's too much load of work . tapi masih ada banyak perkara yang berlaku di sekeliling aku . so, entry kali ini aku nak berkongsi tentang pendapat dan pengalaman melalui orang sekeliling yang aku padatkan dalam satu entry untuk hari ini . apabila bercerita tentang hati dan perasaan atau lebih jelas lagi CINTA . ramai yang akan tersenyum, dan juga mungkin akan berduka . ya CINTA itu pahit tapi manis jika ianya indah indah belaka . tapi aku memang elakkan CINTA sebelum nikah, maaf , jangan mudah melabel entry aku kali ni . tapi tolonglah baca sampai habis . supaya korang semua dapat tahu apa realitinya sekarang ni .
apabila kita memberi peluang kepada hati kita untuk menerima cinta, kita perlu bersedia untuk kehilangannya bila bila masa . itu lumrah . hati manusia mudah berubah tapi masih ada yang setia pada cinta . aku memang tak setuju dengan CINTA sebelum nikah, in term of ISLAM, memang ISLAM melarangkan kita menghampiri apa apa jua yang membawa ke arah maksiat, tapi CINTA itu mulia, yang mencemarkan kemuliaan itu, manusia jugak pon . so apabila seseorang yang kecewa kerana cinta . pendek kata , clash laa, kena tinggal boifren, jangan leh bersedih . sebab Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki
yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang
baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
(an-Nur':26) . jangan sedih sedih yer .
biarlah cinta itu pergi bersama dia, kita nak berubah ke arah kebaikan, teruskan usahamu . biarkan dia pergi . jika dia tertulis untukmu, dia pasti kembali satu hari nanti . itu namanya CINTA SEJATI . bila dengar rintihan kawan kawan yang sedih setelah pasangan diorang tahu yang diorang bukan orang pertama di dalam hati . psangan diorang akan tinggalkan kawan kawan aku . dengan alasan tak dapat terima apa yang terlah berlaku sebelum . ingin aku tegaskan di sini, TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA di dunia ni . setiap manusia itu sentiasa berbuat silap di kala dirinya mudah dipengaruhi dan masih jahil tentang agama . siapa kita nak menghukum orang lain ? siapa kita ? "jika seorang pelacur yang sudah kembali ke pangkal jalan, tak kan kita nak buang dia, sedangkan itu sejarah lama dia yang mungkin ketika itu dia terdesak atau lain lain faktor . jangan mudah menghukum, berilah peluang kepada orang untuk berubah . kalau bukan kita yang menerima . siapa lagi ? mungkin hari ini hari dia, hari kita ? esok lusa tat kala kita diuji ALLAH, kalau kita x membantu, mungkin kita akan terkena karmanya"
kita perlu sedar, manusia ini sifatnya ingin tahu, kenalilah siapa dia sekarang, tapi jangan sesekali bertanya siapa dia dahulu . kalau dulu aku free hair (kononnya la) , lepas 4 tahun aku bertudung labuh, semua orang dekat dengan aku, tetiba kawan kawan aku tau kisah lama aku, patutkah kawan kawan aku tinggalkan aku hanya kerana kesilapan aku dulu ? macam mana kalau terjadi pada diri kalian ? sebagai manusia, apabila kita melihat keadaan orang lain, jangan hanya melihat dan mencemuh, tapi cuba letakkan diri kita dalam situasi tu, itu cara empati, bukan sekadar simpati . bagi aku, kalau orang nak buang aku sebab kisah lama aku, aku tak kisah , sebab untung nasib aku, kebahagiaan, kesedihan dan kegembiraan aku bukan terletak di tangan manusia, tetapi di tangan ALLAH, kalau niat kita betul, ALLAH akan bantu . ALLAH akan bantu . percayalah
susah untuk kita mencari pasangan yang hatinya bebas mencintai manusia lain sebelum kita . paling kurang pon pasti ada perasaan minat pada orang lain . ingat !!
Jangan kau damba
wanita sesuci Aishah,
Jika hati tak
semulia Muhammad S.A.W
Jangan kau damba
lelaki sekacak Yusuf
A.S,
Jika cintamu tak
setulus Zulaikha
Jangan kau damba
hadiah seindah Taj
Mahal,
Jika kasih antara
kamu tak seteguh
kasih Shajehan kepada
Mumtaz
Jangan kau damba
indahnya syurga,
Jika hatimu langsung
tak memuji Islam
Jangan kau damba
seorang bidadari,
Jika bibirmu langsung
tak dibasahi ayat
suci al-Quran
Jangan kau damba
mahalnya mahar,
Jika maruahmu hanya
untuk ditaja-taja
usah kau impikan yang solehah, jika dirimu sendiri masih merangkak dalam ibadah, jangan diimpikan muslimah indah, jika subuh tak mampu kau kerjakan . sama sama lah ke arah perubahan, apabila disebut tentang perubahan, tak semestinya kita perlu tinggalkan apa yang kita ada sekarang . classmate aku, bercinta daripada umur 14 tahun, sekarang dah 22 tahun, masih kekal dan sama sama mencari redha ALLAH . pointer tip top, pandaiii . masih banyak contoh contoh yang boleh dilihat, as a human salah kita suka melihat sesuatu dengan pandangan yang lurus tanpa melihat sekeliling . mungkin apa yang kita nampak tu satu dalam sejuta, jangan terlalu prejudis . takut nanti tersesat jalan .
Mencari cinta,
Haluan sempurna,
Mencari cinta,
Namun ku tak ketemunya,
Mencari cinta,
Devosi jiwa,
Mencari cinta,
Belum ku ketemunya
bagi mereka yang kehilangan cinta, kembali lah kepada ALLAH, jangan ditangisi pada yang telah pergi . mungkin itu petanda dari ALLAH, betapa ALLAH ingin menjaga kita daripada perkara perkara yang di larang . dan DIA ingin kita berubah, bagi wanita, jagalah auratmu, maruah mu, solatmu, puasa mu, segala perilakumu, moga ALLAH kurniakan yang SOLEH agar dapat bersama menuju JANNATULFIRDAUS . bagi lelaki, sempurnakanlah solatmu, perilakumu, jadilah pemimpin yang adil , jadilah imam yang dapat membawa anak anak dan isterimu ke syurga ALLAH . pendek kata, sama sama lah kita perbaiki diri, jangan mudah menghukum orang lain tapi berilah peluang, semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan kita . jika kau ingin pergi . pergi lah, semoga ALLAH sentiasa di hati kamu :)
thanks 4 sharing..sangat brerguna untuk diaplikasikn dlm kehidupan..
ReplyDeleteu r most welcome
Deletethanks sis..sangat2 berguna..saya bersyukur sgt dapat seorang kakak macam awak :)
ReplyDeleteadik i ke ni ? kiki . everything for u dear
Deletemenarik... cuma aku tetap percaya perkahwinan harus bermula dangan rasa cinta kepada pasangan ...
ReplyDeleteinsya ALLAH, tapi kalau kita berdoa kpd ALLAH, di saat ijab kabul itu 'sah' akan terbit rasa cinta yg mendalam kpd psgan, moga kita dalam golongan yang bertuah itu
Deletemenarik... alangkah indahnya jika semua berfikir yang masih kapel tu bukan hak milik lagi.
ReplyDeletetapi susah, bila yang dah terbiasa dimata akan jadi ikutan, bila jarang jarang org buat, jadi kejanggalan pulak.
DeleteTerlalu menyentuh perasaan..... bukan hak kita untuk menghukum org.....
ReplyDeletebetul tu
Delete