15 May 2012

tiada manusia yang sempurna, jangan mudah menghukum

Assalamualaikum (",)

there's too much load of work . tapi masih ada banyak perkara yang berlaku di sekeliling aku . so, entry kali ini aku nak berkongsi tentang pendapat dan pengalaman melalui orang sekeliling yang aku padatkan dalam satu entry untuk hari ini . apabila bercerita tentang hati dan perasaan atau lebih jelas lagi CINTA . ramai yang akan tersenyum, dan juga mungkin akan berduka . ya CINTA itu pahit tapi manis jika ianya indah indah belaka . tapi aku memang elakkan CINTA sebelum nikah, maaf , jangan mudah melabel entry aku kali ni . tapi tolonglah baca sampai habis . supaya korang semua dapat tahu apa realitinya sekarang ni .

apabila kita memberi peluang kepada hati kita untuk menerima cinta, kita perlu bersedia untuk kehilangannya bila bila masa . itu lumrah . hati manusia mudah berubah tapi masih ada yang setia pada cinta . aku memang tak setuju dengan CINTA sebelum nikah, in term of ISLAM, memang ISLAM melarangkan kita menghampiri apa apa jua yang membawa ke arah maksiat, tapi CINTA itu mulia, yang mencemarkan kemuliaan itu, manusia jugak pon . so apabila seseorang yang kecewa kerana cinta . pendek kata , clash laa, kena tinggal boifren, jangan leh bersedih . sebab Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26) . jangan sedih sedih yer .



biarlah cinta itu pergi bersama dia, kita nak berubah ke arah kebaikan, teruskan usahamu . biarkan dia pergi . jika dia tertulis untukmu, dia pasti kembali satu hari nanti . itu namanya CINTA SEJATI . bila dengar rintihan kawan kawan yang sedih setelah pasangan diorang tahu yang diorang bukan orang pertama di dalam hati . psangan diorang akan tinggalkan kawan kawan aku . dengan alasan tak dapat terima apa yang terlah berlaku sebelum . ingin aku tegaskan di sini, TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA di dunia ni . setiap manusia itu sentiasa berbuat silap di kala dirinya mudah dipengaruhi dan masih jahil tentang agama . siapa kita nak menghukum orang lain ? siapa kita ? "jika seorang pelacur yang sudah kembali ke pangkal jalan, tak kan kita nak buang dia, sedangkan itu sejarah lama dia yang mungkin ketika itu dia terdesak atau lain lain faktor . jangan mudah menghukum, berilah peluang kepada orang untuk berubah . kalau bukan kita yang menerima . siapa lagi ? mungkin hari ini hari dia, hari kita ? esok lusa tat kala kita diuji ALLAH, kalau kita x membantu, mungkin kita akan terkena karmanya"

kita perlu sedar, manusia ini sifatnya ingin tahu, kenalilah siapa dia sekarang, tapi jangan sesekali bertanya siapa dia dahulu . kalau dulu aku free hair (kononnya la) , lepas 4 tahun aku bertudung labuh, semua orang dekat dengan aku, tetiba kawan kawan aku tau kisah lama aku, patutkah kawan kawan aku tinggalkan aku hanya kerana kesilapan aku dulu ? macam mana kalau terjadi pada diri kalian ? sebagai manusia, apabila kita melihat keadaan orang lain, jangan hanya melihat dan mencemuh, tapi cuba letakkan diri kita dalam situasi tu, itu cara empati, bukan sekadar simpati . bagi aku, kalau orang nak buang aku sebab kisah lama aku, aku tak kisah , sebab untung nasib aku, kebahagiaan, kesedihan dan kegembiraan aku bukan terletak di tangan manusia, tetapi di tangan ALLAH, kalau niat kita betul, ALLAH akan bantu . ALLAH akan bantu . percayalah

susah untuk kita mencari pasangan yang hatinya bebas mencintai manusia lain sebelum kita . paling kurang pon pasti ada perasaan minat pada orang lain . ingat !!

Jangan  kau  damba  wanita  sesuci  Aishah,
Jika  hati  tak  semulia  Muhammad  S.A.W
Jangan  kau  damba  lelaki  sekacak  Yusuf  A.S,
Jika  cintamu  tak  setulus  Zulaikha
Jangan  kau  damba  hadiah  seindah  Taj  Mahal,
Jika  kasih  antara  kamu  tak  seteguh  kasih  Shajehan  kepada  Mumtaz
Jangan  kau  damba  indahnya  syurga,
Jika  hatimu  langsung  tak  memuji  Islam
Jangan  kau  damba  seorang  bidadari,
Jika  bibirmu  langsung  tak  dibasahi  ayat  suci  al-Quran
Jangan  kau  damba  mahalnya  mahar,
Jika  maruahmu  hanya  untuk  ditaja-taja

usah kau impikan yang solehah, jika dirimu sendiri masih merangkak dalam ibadah, jangan diimpikan muslimah indah, jika subuh tak mampu kau kerjakan . sama sama lah ke arah perubahan, apabila disebut tentang perubahan, tak semestinya kita perlu tinggalkan apa yang kita ada sekarang . classmate aku, bercinta daripada umur 14 tahun, sekarang dah 22 tahun, masih kekal dan sama sama mencari redha ALLAH . pointer tip top, pandaiii . masih banyak contoh contoh yang boleh dilihat, as a human salah kita suka melihat sesuatu dengan pandangan yang lurus tanpa melihat sekeliling . mungkin apa yang kita nampak tu satu dalam sejuta, jangan terlalu prejudis . takut nanti tersesat jalan . 

Mencari cinta,
Haluan sempurna,
Mencari cinta,
Namun ku tak ketemunya,
Mencari cinta,
Devosi jiwa,
Mencari cinta,
Belum ku ketemunya

bagi mereka yang kehilangan cinta, kembali lah kepada ALLAH, jangan ditangisi pada yang telah pergi . mungkin itu petanda dari ALLAH, betapa ALLAH ingin menjaga kita daripada perkara perkara yang di larang . dan DIA ingin kita berubah, bagi wanita, jagalah auratmu, maruah mu, solatmu, puasa mu, segala perilakumu, moga ALLAH kurniakan yang SOLEH agar dapat bersama menuju JANNATULFIRDAUS . bagi lelaki, sempurnakanlah solatmu, perilakumu, jadilah pemimpin yang adil , jadilah imam yang dapat membawa anak anak dan isterimu ke syurga ALLAH . pendek kata, sama sama lah kita perbaiki diri, jangan mudah menghukum orang lain tapi berilah peluang, semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan kita . jika kau ingin pergi . pergi lah, semoga ALLAH sentiasa di hati kamu :)





10 comments:

  1. thanks 4 sharing..sangat brerguna untuk diaplikasikn dlm kehidupan..

    ReplyDelete
  2. thanks sis..sangat2 berguna..saya bersyukur sgt dapat seorang kakak macam awak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik i ke ni ? kiki . everything for u dear

      Delete
  3. menarik... cuma aku tetap percaya perkahwinan harus bermula dangan rasa cinta kepada pasangan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya ALLAH, tapi kalau kita berdoa kpd ALLAH, di saat ijab kabul itu 'sah' akan terbit rasa cinta yg mendalam kpd psgan, moga kita dalam golongan yang bertuah itu

      Delete
  4. menarik... alangkah indahnya jika semua berfikir yang masih kapel tu bukan hak milik lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi susah, bila yang dah terbiasa dimata akan jadi ikutan, bila jarang jarang org buat, jadi kejanggalan pulak.

      Delete
  5. Terlalu menyentuh perasaan..... bukan hak kita untuk menghukum org.....

    ReplyDelete

Terima Kasih . Syukran Jazilan