29 June 2010

kemalangan maut di jalan kampung ..?

assalamualaikum..

saban hari..macam2 kisah yang aku dengar..kes dera..bunuh..buang..hilang..semuanya anak2 islam..orang islam..nak salahkan siapa bila semua nie semakin menjadi2..?..baru2 nie..pada 23 Jun 2010..ada satu kemalangan maut yang melibatkan seorang kanak2 yang baru berusia 12 tahun..dan aku adalah diantara saksi utama kejadian..begini kisahnya..

"pada petang 23 jun 2010, jam 3 petang..aku nak kuar ngan kakak aku ke bank di sebuah pekan..tapi sebelum tu aku hantar anak buah aku gi mengaji dulu..lepas kami berpatah balek dan mahu ke jalan besar, sampai di satu jalan..berdepan dgn rumah suhaimi..kwn aku masa sekolah rendah..aku ternampak seorang budak sekolah terbaring di atas jalan..firasat aku, mungkin budak tu jatuh basikal..tapi makin dekat kami bergerak..tetiba aku kenal benar dengan seorang pemuda yang sedang mengangkat budak tu..dengan kai batik di tangannya..dia mengangkat perlahan kanak2 tu dan menutup muka kanak2 tu dengan kain tersebut..Masya Allah..budak tu meninggal dunia..dan aku kenal benar kanak2 tu..pada masa yang sama ada sebuah traktor di hadapan kanak2 itu..Ya Allah..itu anak jiran aku..kenapa..?..dia di langgar sehingga maut..?.oleh seorang remaja lelaki yang berusia 19 tahun..aku kenal jugak dengan remaja terbabit..tapi aku tak terus tunggu kat situ..sebab tak sanggup rasanya..ntah2 boleh pengsan nnt..aku teruskan perjalanan..masa tu tak ramai orang yang ada..tapi aku nampak jelas darah yang milempah di atas jalan..abang kanak2 itu yang memangkunya sehingga polis sampai..setelah selesai urusan di bank...kami terus pulang..ingatkan dah selesai..tapi rupa2nya..polis baru je sampai time tu..ramai giler orang kat tempat kejadian..mak kepada kanak2 tu..yang aku panggil makngah..ada dalam sebuah kereta..mungkin tidak dapat menahan sebak melihat anak bongsunya pergi sebelumnya..tidak lama selepas itu, adik beradik lain knk2 itu sampai..dan terlihat jelas kesedihan mereka..seluruh orang kampung turut tangisi kehilangan itu..tak lama selepas tu polis membawa jenazah ke hospital taiping..malamnya, knk2 itu "ridzuan" dikebumikan di Tanah perkuburan islam kpg Permatang Raja..ramai sangat orang yang mengiringi jenazah..setelah itu mak ngan ayah aku balek..dan ternyata kesedihan masih terasa sebab pada hari sabtu sebelum kejadian rumah ridzuan kenduri sempena perkahwiana abg dan kakaknya..belum sempat penat menguruskan majlis hilang, datang pula episod duka..menurut cerita2 yang diterima, pada waktu kejadian, ridzuan baru pulang dari sekolah selepas menghadiri kelas tambahan bagi menghadapi UPSR hujung tahun nnt..tidak seperti biasa dia akan pulang bersama2 kwnnya..tapi pada hari tu dia nk pegi melawat ayahnya (kubur ayahnya)..ayahnya telah meninggal dunia 6 tahun lalu kerana dihempap pokok balak..akhirnya dia menemui ajal berdekatan tanah perkuburan..waktu ptg 2..ibunya tiba2 tersedak ketika makan nasi..tapi tidak dapat menghabiskan makanan sehingga menerima panggilan dari salah seorang anaknya memaklumkan kejadian..hati ibu mana tidak sedeyh..baru sahaja lega dari kesediahan kehilangan suami tercinta yang selama nie tempat bergantung..kini hilang pula anak yang paling bongsu..yang sangat manja..sehingga sekarang ibunya masih tidak dapat melupakan anaknya itu..walhal mendengar bunyi traktor juga tak mampu..berbagai2 kisah yang didengar..remaja yang melanggar ridzuan tidak ditahan malah abg remaja terbabit yang mengaku..sebab remaja terbabit tak ade lesen memndu traktor..dan kes ini telah menjadi kes polis..dan akan dibawa mahkamah..bukanlah membalas dendam..tetapi bagi menegakkan keadilan..supaya perkara yang sama tak berlaku pada kanak2 lain..menurut sumber yang boleh dipercayai..ridzuan telah digilis sebelah badannya kerana ada kesan tayar pada baju sebela kanannya..tapi sejauh mana kebenarannya..Wallahu'alam..tapi kehilangan dan kemalangan maut itu amat memberi kesan yang mendalam kepada penduduk kpg..apa yang termampu untuk kita lakukan..doakan kesejahteraan adek muhd ridzuan bin che mansur..semoga ditempatkan bersama2 orang yang beriman...

dan ini adalah kenangan terpahit, tersedih yang aku alami sepanjang 2 bulan aku bercuti di kampung...

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan