Showing posts with label coretan. Show all posts
Showing posts with label coretan. Show all posts

12 May 2012

ERTI HIDUP dengan MEMBERI

Assalamualaikum (",)

dah hampir 3 bulan dekat kampus . dan hampir 2 bulan lagi akan terus berada di sini, inilah pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang perantau . berjauhan dengan orang yang tersayang . kepada sesiapa yang dekat dengan family tu, selalu la jenguk family dekat rumah . nanti menyesal . ape ape pon kena bersyukur selalu dengan apa yang kita ada sekarang . thats the way to make you always happy . 


Terkadang ada kalanya kehadiran kita di samping orang sekeliling tidak dihargai . Hinggalah salah seorang daripadanya terlebih dahulu melangkah pergi . Walau hanya dengan beberapa pemberian yang sangat kecil pernah diperolehi . Namun itulah yang terus dihargai dan diingati . Inilah lumrah sifatnya manusia yang jarang menghargai apa yang ada di sisi . Walau mungkin tampak pada mulanya tidak dihargai . Lambat laun pasti ia akan meninggalkan kesan pada hati, sanubari dan diri seseorang . Ada pepatah pernah menyebut . Jadilah seperti pokok . Walau dilontar dengan tahi . Namun ia tetap memberikan buah dan kebaikan pada hidupan sekeliling . Ramai yang akan mempersoalkan tentang apakah sumbangan kalian pada yang lain. Sama ada sumbangan pada orang perseorangan, kepimpinan atau pun persatuan . Namun acap kali inilah yang menjadi persoalan dan bualan orang . Sedarkah kita?? . Sebelum kita melontarkan persoalan sedemikian..

Cubalah lontarkan :

"APAKAH SUMBANGAN TELAH AKU BERIKAN PADA ORANG YANG LAIN?"

"jangan asyik menuding jari untuk membilang sumbangan orang pada kita, tapi hitunglah dengan jari sendiri apakah sumbangan kita pada orang?"

ERTI HIDUP dengan memberi harus diteladani . Walaupun mungkin pada mulanya ia tidak dihargai

"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga."
[Al-Israa' 17: 7]

Sabda Rasulallah SAW yang bermaksud :

"Tangan yang menghulur adalah lebih baik daripada tangan yang menerima"

Sedarlah bahawa tiada apa yang akan kekal abadi . Sebelum kita semua melangkah pergi . Persiapkanlah segala bekalan untuk diri . Kelak kita jangan menyesal di kemudian hari

Firman Allah swt yang bermaksud :

"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang berterusan adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan"
(Al-Kahfi :46)

Sabda Rasulallah saw yang bermaksud :

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)

Semoga ERTI HIDUP dengan MEMBERI ini dapat menjadi antara salah satu sumbangan kita yang berterusan selepas kita mati . Biarlah jasad kita mati pada hari ini, namun segala kebaikan yang kita tinggalkan akan terus memberi kurniaan pahala pada diri kita hingga hari qiamat nanti. . Semoga segala pemberian yang pernah diberi akan menjadi salah satu amal jariah kita yang akan berterusan buat diri sendiri lebih-lebih lagi.

26 March 2012

kehidupan DEGREE sekali je (",)

Assalamualaikum (",)

amboihhh . lama aih tinggai blog nieyhhhh . berhabuk 5 inci . jenuh gabuihhhh .. ffuuuhhhhh . ok ! dah begheseh dah . back to johor riau . !!

dah lame kot tak letih macam ni . bizi macam ni . dan 2 hari lepas dapat satu tanggungjawab untuk menjadi PENGARAH PROJEK lawatan adik adik STPM dari SMK Alang Iskandar, Bagan Serai, Perak ke UNIMAS hujung bulan April ni . dan kami sebagai mahasiswa Perak kena layan orang kampung . buat macam rumah sendiri . memang debor la nak jalankan tugas ni . tapi this is GREAT opportunity untuk menyerlahkan bakat kepimpinan yang ada and a GREAT experience sebagai persediaan masuk alam pekerjaan nanti . sepanjang 3 tahun kat UNIMAS ni tak pernah lagi jadi PENGARAH . selalunya SETIAUSAHA, AJK AKTIVITI . paling koman pon emcee majlis . 

kawan kawan tengah discussion . aku tak de sebab aku yang snap gambar ni . ehhe

nak tegaskan kat sini kan . kalau kat universiti ke, politeknik ke, matrikulasi ke, kolej ke, kalau ade peluang untuk teamwork . jangan sia siakan . just like me . kehidupan pelajar degree adalah kehidupan yang paling indah dan berwarna . kita akan menjadi seorang pelajar . at the same time, kita aktif dengan aktiviti universiti dan kolej . dan mungkin juga mewakili fakulti atau universiti dalam sukan atau aktiviti persatuan . kehidupan ini kalau kita sia siakan . memang tak dapat dah . alangkah MALANGNYA mereka yang TAK AKTIF *hidupdenganbukuje . alangkah MALANGNYA mereka yang hidupnya, kelas <--> bilik <--> kafe <--> makmal . tak best langsung . pointer tinggi tak menjamin untuk dapat keje kalau pengalaman kurang . softskill tak de . sedihkan . kejam sikit . MALANG kan .

meeting . Sekretariat Mahasiswa Perak UNIMAS

so warnai kehidupan degree anda sebaiknya . sebab bila masuk MASTER or PHD semuanya dah tak sama . tak sama lagi dah . peluang tu datang SEKALI je . SEKALI sahaja . so gunakan sebaik baiknya . biar susah susah dahulu . nanti nati di masa depan . SENANGGGGG ~ anyway walaupun kadang kadang aku merungut stress semuanya . actually saje nak lepaskan . seronok sebenarnya bila banyak keja . rasa masa tu lebih terisi .

ok ! nak bubuk dah ..

20 March 2012

sukahati kau nak label aku tak beradab

Assalamualaikum (",)

marah sangat sangat bila orang yang kenal kita tak sampai 5 tahun lepas tu dah 3 tahun tak jumpa nak label kita ni macam macam hanya melalui komen . Ya Allah sedihnya . mak abah aku didik aku dengan penuh adab . lepas tu ko tetiba datang entah dari mana . nak kata aku tak beradab . memang patut la orang tak suka kawan dengan ko . memang patut la orang menyampah borak borak dengan ko . aku selama ni sabar je dengan perangai BAJET BAGUS ko tu . tapi disebabkan kita ni kawan . aku layan kan saje . tapi bila sampai satu tahap ko label aku walhal ko tak kenal aku sangat pon . memang aku panas . sape yang boleh sabar ? KESABARAN pon ade hadnyer tau .

aku rasa aku nak buat surat layang kat ko . aku tak sanggup nak simpan simpan cerita cerita bohong ko bila aku kena khianat macam ni . bagi orang lain maybe die akan cakap supaya aku buat tak tahu . jangan layan dan sebagainya . tapi bagi aku, aku dah tak sanggup . tak sanggup nak bela orang yang tak tahu menghargai orang lain . maafkan aku kawan . bukan niat aku nak wujudkan perbalahan . tapi cukup la sampai kat sini ja . lepas ni anggap la kita hanya satu matrik . sebab tu aku masih simpan ko sebagai kawan dalam facebook . lupakan semuanya . anggap la kita tak kenal sangat . kenal biasa biasa je . lagi pon ko lelaki . lebih baik ko kawan dengan sama jantina ko je .

aku tak nak la buruk kan sesapa . tetapi PEDIH dikhianati tu akan aku ingat dan rasa sampai bila bila ....

21 May 2010

selamanya..aku tetap aku

setelah sekian lama mendiamkan diri..akhirnya aku muncul jua dengan satu harapan yang aku dapat lupakan semua kisah2 sedih yang selama ini menghantui hidup aku..ffuuuhhh..alhamdulillah..everything dah ok..cumanya kadang-kadang aku teringatkan insan-insan yang selama ini pernah membahagiakan aku..walau hanya seketika..tapi bagi aku, ianya cukup bermakna..cukuplah sekali aku dikecewa dan dikhianati..mungkin satu hari nanti semua ini kembali seperti sedia kala..tiada apa yang aku harapkan selain doa dan ingatan kepada aku..aku tahu x selamanya kita akan bahagia..kadang kala kita perlu akur bahawa dunia ini ada putarannya..kadang2 kita di bawah..kadang2 kita di atas..jadi segalanya adalah lumrah kehidupan..dan kita sebagai manusia perlu sentiasa bersipa sedia menerima apa jua rintangan dan keadaan yang akan datang..jangan hanya berserah..tapi cuba untuk mengubah yang brurk menjadi baik..makanya wajarlah kita sentiasa bersikap positif walau apa jua keadaannya..inilah kehidupan..yang tak dapat dijangka apa yang akan berlaku pada detik seterusnya..berdoalah pada Allah..agar kita sentiasa tabah hadapi apa jua dugaan dan cabaran mendatang..semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini..

24 April 2010

keliru.
serabut.
runsing.
risau.

14 April 2010

hari nie punya cerita

kehidupan sebagai seorang pelajar universiti..dah hampir setahun rupanya aku dibumi kenyalang nieyh..dan kenangan, kisah, tragedi suka dan duka yang aku alami..dari yang kecik sampai la sebesar-besar alam..lumrah dunia..tak boleh lari dari masalah..tapi tu bukan la alasan nak give up..take it for granted untuk lebeyh sukses..waa..cayalah baiaah...nak bercerita kisah suka dan duka nie memang banyak..tak terkata..tapi duka aku tak semua orang tahu..ku pendamkan dalam hati..lama-lama hilang dibawa angin ke tanah kalimantan..hahaha..tapi yang sukanya..aku hebahkan biar orang tahu yang aku sedang hepi..nak kongsi ngan member-member semua..dan di sini jugak aku belajar mengenali pelbagai lagat manusia..memang sekali difikir agak tak logik..tapi bila difikir balek..indahnya ciptaan Allah..setiap manusia itu diciptaNYA dengan lain-lain perangai..rupa..wajah..SUBHANALLAH..Allah Maha Kaya..
kat sini jugak aku dapat bezakan yang mana kawan..yang mana lawan..yang kawan 2 bila kita susah..senang..dia ada ngan kita..tak pernah nak pinggirkan kita..yang lawan 2..bila kita senang..ada la dia..bila kita susah..hilang...tak tau p mana..nak p cari..?tak kuasa aku..banyak lagi yang boleyh aku wat..dan aku tak sangka dalam level macam nie aka student u, ada gak perangai macam budak sekolah rendah..nak gaduh-gaduh..pastu sampai tak nak tengok muka..sanggup tukar kumpulan..ya Allah...ingatkan bila masuk u semuanya profesional..rupa-rupanya..kadang-kadang sangat lucu..sebab rasanya masalah yang diorang nie hadapi..benda kecik jek..tak payah la nak merajuk..buang kawan semua..cuba la fikir positif..adat la bila da hidup berkomuniti..kena la memahami antara satu sama lain..bila dah jadi cam nie..dah wujud berpuak-puak..sangat lah tidak best..aku nie jenis kawan ngan semua orang..tapi dalam menceritakan ape-ape aku lebeyh suka bercerita dengan my beloved fren.. kak nad..rasanya cam kak nad yang memahami aku..mungkin kak nad lebeyh berfikiran terbuka..yang lain..?..ntah..x berapa nak percaya..baru lagi kan..
kita berkawan bukanlah semata-mata nak tambah koleksi kawan..tapi yang lebih penting sebagai teman dapat share everything..supaya hidup nie tak sunyi..dan perkara yang aku tak leyh lupa..bila kawan-kawan aku wat surprise party time besday aku dlu..memang tak disangka..special thanks to kak nad..rina..fiza..zainab n nadia..diorang wat kat kfc lak 2..my feveret fastfood..huhu..terharu sangat..dats we call fren yang sentiasa ada dalam keadaan suka dan duka..sangat hepi..banyak gak la srprise party yang kami wat..wat kat fiza..nadia ngan rina..insya Allah sem depan nak wat kat kak nad ngan zainab lak..
sekarang nie minggu study week..tapi rasanya cam week je yang study..student..?..study jugak..sampai stress..tak bleyh tidor lena..ape punya penyakit la nie..dalam otak ade exam..exam..exam..memang cuak gile..at the same time keep on study..n solat jgn tinggal..dan tambah-tambahkan lagi yang sunat..mga dipermudahlan urusan exam nanti..insya Allah..
ok la..kat sini je la kot untuk hari nie..nanti aku sambung g bila aku boring..hahaha...tatatititutu :-)

13 April 2010

jangan libatkan aku okeyh

always begini..please la..jangan masukkan aku sekali dalam masalah peribadi atau lebih kejam masalah "cintun" korang..bukan aku ada kaitan pon..that is why aku x suka orang yang bercintun..sometime la..macam nie ni le gamaknyer..teman yang tau tau mende pon kena gak..adus2..susah la macam nie..jgn la libatkan member ok..tension aku dibuatnya..cam aku pulak yang salah..tau la tertekan..tapi tak kan member sendiri pon nak marah..bukan nya wat salah apa pon..tanya jek..kalo tak nak jawab..cakap la elok..aku jua ada hati dan perasaan..huhu..semoga Allah beri aku kekuatan untuk hadapi orang yang berperangai sebegini..maafkan aku yer kawan-kawan :-(

11 April 2010

bored

assalamualaikum..
..rasa nak cepat abes jek exam nie..
nak balek umah..
nak tolong mak ngan ayah..rasa rindu sesangat ngan diorang semua..huhu

08 April 2010

friends are friends forever


aku sangat concern tentang kawan..sahabat dan teman..aku tak mengharapkan apa-apa..cuma perhatian sebagai kawan..kawan selamanya tetap kawan..

06 April 2010

maafkan saye

garang..?..garangkah aku..?atau tegas atau singa..atau ape-ape jek yang sewaktu dengannya..sekarang aku dah sedar silap aku..dan aku dah sakitkan hati ramai orang..aku dah wat ramai orang marah..aku berjaya wat ramai orang benci aku..huhu..aku minta maaf pada semua student smk tat beng dari tahun 2003 sampai 2007..sepanjang tahun nie..aku jadi pengawas..dari pengawas biasa sampai la penolong ketua pelajar..dalam tempoh nie jugak..banyak orang yang aku marah..banyak hati yang aku sakitkan..banyak sangat-sangat..rasa sangat bersalah..cam ne nak mntak maaf yer..sebab kebanyakkannya da abes sekolah..if not leyh gak gi sekolah tu then wat special ucapan..mntak maaf secara terbuka..Ya Allah kejamnya aku dulu..marah orang tak bertempat..aku tak pernah kisah..budak tu malu ker..ape ker..lemah jantung ke..yang aku tau..aku nak lepas geram...kenapa la aku macam tu..mungkin salah satunya sebab tanggungjawab nak betolkan kesilapan diorang..tapi cara aku salah..yang keduanya..aku nak diorang respect aku..memang diorang respect..kat depan la..belakang aku x tau kan..Wallahu'alam..hanya Allah yg tau semua tu..tapi sekarang aku sedar..aku tak sepatotnya berkelakuan macam tu.,,entah-entah diorang semua berdendam ngan aku..Ya Allah..banyaknya salah aku apada manusia..x terkira..aku sedar ya Allah..aku dah berubah..tak nak marah-marah lagi..kalo nak tegur..secara berhemah...baru la orang sayang..aku berjanji pada diri aku..supaya aku dah tak garang-garang lagi..senyum ;-)

final vs mood

lebih kurang 2 minggu lagi dah nak final exam..tapi aku rasa preparation aku x sampai 50% pon lagi..cam ne nie..kadang-kadang tak de mood nak study..bila la mood tu nak datang..penat tunggu..but at the same time, bila rasa stress macam nie aku mula la teringat kisah lama..ingat kat orang yang banyak bantu aku dulu..bantu kembalikan keceriaan aku bila aku sedeyh..bagi aku ketawa..tersenyum..tapi sekarang nie..semua tu hanya tinggal kenangan..tak mungkin akan kembali..mulai sekarang aku kena kuat..tabahkan hati..belajar ceriakan diri sendiri..tak leyh bergantung pada orang lain lagi..everything kena wat sendiri..tapi sometime nak macam dulu..ada kawan yang leyh share everything..ketawa sama-sama...nangis sama-sama..senyum sama-sama..dapat ker aku ulang semua tu..?...sedeyh sangat-sangat bila teringatkan sahabat aku tu..ape khabar dia sekarang yer..sihat ke tak..apa pon aku doakan dia bahagia la ngan life sekarang..entah ingat aku ke tak..hidup perlu diteruskan..miss u kawan..dimana kamu..?..aku perlukan semangat dari kamu..nasihat dari kamu..

04 April 2010

aku akan merinduimu

sejak akhir-akhir nie, mudah sekali air mata nie mengalir...terlalu sedih kah..? atau aku hanya ingin keluarkan segala beban dijiwa..?..tapi apa yang pasti, sekali lagi aku akan menangis kerana perpisahan..setiap pertemuan pasti ada perpisahan..tapi aku juga kecewa sebab belum sempat aku menyayangi dia sepenuh hati..menjadi sahabat sejati..kami terpisah..Ya Allah..aku redha dengan perpisahan ini..walaupun luar aku nampak ganas..kuat..keras..tapi hatiku sebenarnya lembut dan mudah tersentuh..tak sanggup rasanya aku menangis lagi..tapi itulah yang akn berlaku..kehilangan seorang kawan yang benar0benar berhati mulia..tabah..cantik..segal-galanya bagi aku...teruskan perjuanganmu KHAIRUL BADRIYAH bt KAMARIZA.. aku akan merindui mu diya ;-(

hanya aku

perjalanan yang sudah hampir dipertengahan..tapi aku masih kabur atau bak kata remaja sekarang "blur"..dengan arah tujuan aku..kemana aku sebenarnya..?..aku cuba sedaya upaya untuk mencari dan terus mencari..ilmu Allah yang tak pernah habis untuk diteroka..tapi aku insan lemah yang mudah terpedaya dengan masa dan keseronokan dunia..hingga aku terlupa apa sebenarnya matlamat aku..Ya Allah..berilah aku ruang untuk membetulkan kesilapan ku..aku ada kawan-kawan yang memahami..sentiasa di sisi..terima kasih ya Allah..kerana adanya mereka..aku sedar siapa aku..hambaMU yang lemah yang sentiasa mengharapkan pertolongan MU..

03 April 2010

aku masih di sini

sesekali terasa sekali ingin dikasihi oleh insan yang dicintai..tapi kerap juga terfikir apakah ada cinta sejati selain cinta ILLAHI..tapi sering juga terfikir layak kah aku mendamba cinta NYA..ternyata aku tewas lagi..tewas mencari cinta hakiki..Ya Allah aku berserah kepada MU..disaat ini, tiada apa yang lebeyh utama melainkan mencari ilmu kerna itulah janji yang telah aku taburi kepada kedua ibu bapaku..terasa sangat berdosa sekiranya aku tidak mengotakan janji yang telah aku curahkan secara rela...aku mengharapkan kejayaan yang dapat membahagiakan mereka..tapi mampukah aku..?..aku berserah kepada Mu TuhaN..beri aku kekuatan..ketabahan dan kebahagiaan untuk mengharungi perit getir insan yang bernama pelajar..

23 March 2010

coretan...

syahdu di pagi hari...
bertungkus lumus menyiapkan log book yang perlu dihantar hari nie..
begitu menyiksakan..
dibulan2 terakhir semester..amat lah memenatkan..
kesibukan yang tak terduga..
maafkan ku teman2 andai mesej tak terbalas..call tak terangkat..masih ada yang lebeyh penting perlu diselesaikan..
adakalanya..ku terleka sementara..melihat gelagat manusia..
begitu aneh..
ada yang terlalu baik sampai dipijak2..
ada yang tegas sehingga tak tergoyah prinsipnya..
tapi ada juga yang seperti lalang..jika ditiup ke kanan..ke kanan lah lentoknya..
jika di tiup ke kiri..ke kiri lah lentoknya..
bagaimana pula aku..?
Maha Suci Allah yang menciptakan setiap kejadian...
aku tetap aku..
yang berpegang pada agama Allah..
insan yang lemah dan sentiasa mengharapkan redha Allah..
memperbaiki diri agar lebih baik..
itu yang termampu aku lakukan..demi diriku..agamaku..keluargaku..

18 March 2010

muhasabah

dah lama aku tak berkunjung ke blog nie..maaf la yer..busy sangat2..cuma nya ari nie terasa begitu tertekan..sebab tak sihat..so tak boleh wat any keje pon..masya Allah...DIA sedang menguji aku sebenarnya..dan Alhamdulillah dah semakin baik..tapi aku sangat tertekan..
astaghfirullah hal'azim..
beri aku masa untuk berfikir...

05 March 2010

Musibah Tingkat Darjat Mukmin..

DALAM hidup ini Allah sentiasa menguji kita. Ujian Allah pelbagai dan orang yang diuji Allah juga pelbagai. Ada yang diuji Allah dengan musibah seperti kematian orang disayangi, kebakaran, kemalangan, kehilangan, bencana alam dan yang selalu diuji Allah kepada kita ialah dengan mendatangkan sakit.

Tidak seorang pun daripada kita yang hidup di dunia ini terlepas daripada menerima ujian Allah. Yang membezakannya hanya bentuk ujian itu. Ada yang ringan dan ada yang berat ujiannya.

Walau apa saja yang kita alami di dunia ini, ia adalah sunnatullah yang telah ditetapkan menurut hikmah-Nya sebagai cubaan dan ujian. Dalam al-Quran banyak disebut mengenai ujian Allah ini. Dengan kata lain, manusia sentiasa diuji oleh Allah dengan pelbagai bentuk sama ada manusia suka atau tidak Allah tetap mengujinya.


Al-Quran dalam surah Al-Anbiya ayat 35 Allah berfirman yang bermaksud: “Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” Dalam surah Al-A’raf ayat 168 pula Allah berfirman yang bermaksud: “Dan, Kami cuba mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).” Melihat dua firman Allah di atas, jelas bahawa pelbagai penyakit yang menimpa umat Islam itu adalah sebahagian daripada cubaan ataupun ujian Allah yang diberikan kepada hamba-Nya. Sesungguhnya cubaan dan ujian itu adalah sunnatullah yang telah ditetapkan berdasarkan rahmat dan hikmah-Nya, di mana di dalamnya terkandung kebaikan dan rahmat bagi hamba-Nya.


Harus kita ingat bahawa Allah memberikan hidayah dan taufik kepada setiap hamba-Nya dengan jalan yang berbeza-beza. Salah satunya dengan mendatangkan musibah sakit kepada hamba-Nya.


Kita hendaklah sentiasa bersangka baik dengan Allah terutama ketika kita ditimpa musibah sakit atau musibah lain. Ujian sakit yang diberikan-Nya itu tanda kasih sayang-Nya dari Khalik kepada makhluk-Nya. Allah selalu mencintai hamba-Nya yang sabar, ikhlas dan reda. Dan sebagai hamba-Nya yang beriman, kita hendaklah selalu memuji Allah yang tak pernah putus-putus memberi rahmat kepada kita hatta ketika kita sakit.


Sehubungan itu, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya, besarnya pahala sesuai dengan besarnya cubaan. Sesungguhnya, jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barang siapa yang reda dengan musibah itu maka baginya keredaan Allah. Dan barang siapa yang marah (tidak reda) dengan musibah berkenaan, maka baginya kemurkaan Allah.” (Hadis riwayat Tirmidzi) Sabda Rasulullah lagi yang maksudnya: “Setiap sesuatu itu mempunyai hakikat dan tidaklah seorang hamba mencapai hakikat iman sehingga dia menyedari musibah yang menimpanya bukan untuk menyalahkannya dan kesalahan yang dilakukannya bukan sebab untuk ditimpakan musibah kepadanya.” Syuraih rahimahullah berkata: “Aku benar-benar ditimpa musibah. Namun aku memuji kerana empat perkara. Aku memuji kerana musibah itu, bukan yang paling kuat, kerana kau dianugerahkan kesabaran menghadapinya. Kerana aku diberi taufik untuk mengucapkan ‘Ina lillahi wa inna ilaihi raji’un’ sehingga aku boleh memohon pahala, dan kerana musibah itu tidak dijadikan pada agamaku.” Sementara Al Ghazali rahimahullah pula berkata: “Setiap musibah dan penyakit harus digambarkan ada yang lebih besar lagi. Sebab ketetapan Allah tidak boleh dicegah. Sekiranya Allah melipat ganda dan menambahkannya apakah yang boleh menolaknya? Walaupun demikian, dia tetap harus bersyukur kerana hal ini bukan yang paling besar di dunia. Jadi, tidak seorang pun ditimpa musibah, melainkan dia harus melihat hal Allah yang boleh menimpakan musibah yang lebih besar lagi di dunia pun di akhirat.” Sebenarnya ada hikmah bagi orang mukmin bila ditimpa sakit kerana dalam sakit itu terkandung pahala dan keampunan serta sekali gus mengingatkan kepada kita akan kekuasaan dan kebesaran Allah. Dan darjat yang tinggi Allah berikan kepada mereka yang tabah dan sabar dalam menghadapi musibah sakit ini, dengan syarat pesakit tidak melupakan kewajipan solat lima waktu. Betapa pun sakit itu tidak membolehkan kita untuk berdiri atau bersuci, namun kita tidak boleh meninggalkannya hanya atas sebab itu.


Sesungguhnya solat adalah jalan terbaik mendekatkan diri kita dengan Allah, di mana hanya Dia saja tempat untuk kita mohon pertolongan bila ditimpa musibah. Hanya Allah saja yang boleh membantu dan memberikan pertolongan kepada kita.


Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Solatlah di atas tanah selama kamu mampu. Jika tidak, cukup kamu memberi isyarat dengan menggerakkan badan dan lakukanlah sujudmu lebih rendah daripada rukukmu.” (Hadis riwayat Thabrani dan disahihkan oleh Al-Albani).


Sementara Allah berfirman dalam al-Quran yang maksudnya: “Bertakwalah kepada Allah menurut kesanggupanmu.” (Surah At-Taqhaabun ayat 16) Sama ada berat atau ringan sakit yang kita alami, semuanya cubaan dan ujian Allah kepada kita. Tapi kita tidak perlu bersangka buruk terhadap Allah kerana Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit itu tanpa ubatnya. Ertinya setiap penyakit yang ada di dunia ini ada ubatnya disediakan oleh Allah. Hanya mati saja tidak ada ubatnya.


Dari Abu Hurairah r.a. dia berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Allah tidak menurunkan penyakit melainkan pasti menurunkan ubatnya.” (Hadis riwayat Al Bukhari) Selain ubat, doa juga penting untuk cepat menyembuhkan penyakit. Berdoa bererti memohon kepada Allah yang Maha Mengetahui penyakit yang kita deritai dan Dia yang Maha Berkuasa dapat menyembuhkannya. Bersungguh-sungguhlah berdoa kepada Allah. Firman Allah dalam al-Quran surah Al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud: “Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku ini dekat. Aku mengabulkan permintaan orang yang berdoa, jika ia benar-benar memohon pada-Ku.”

(petikan dari harian metro- 5 mac 2010)

20 February 2010

KISAH AKU

malam nie aku tak boleh tidor lagi..memang sah dah insomnia..tapi kan..masih ada satu perkara yang nak sangat aku luahkan pada seseorang..bukan pasal cinta tapi lebih bermakna dan istimewa dari itu..aku tau kisah dan perkara tu dah hampir 3 bulan berlaku..lama la jugak..tapi bak kata orang yg putus cinta " luka da sembuh..tapi parut tetap ada sampai bila2.."..sama macam aku..sentiasa teringat-ingat walaupun da ok semula..aku tau yang aku tak sepatotnya kenangkan kembali peristiwa yang paling sedeyh dalam hidup aku tu..tapi satu saja yang belum terluah..aku nak sangat-sangat bagi tau dia yang semua mesej dia aku dah delete..semua gambar-gambar dia juga aku dah delete..malah nombor telefon dia pon aku dah delete..sebab tyme tu apa yang kaitan ngan dia aku nak buang dan lenyapkan dari hidup aku..sebab setiap detik bila aku ingat kat dia aku sedeyh sangat-sangat..

aku akan menangis..menangis dan menangis..sebijik macam orang putus cinta..walaupun aku tak pernah bercinta..dan sure la aku tak de pengalaman putus cinta..tapi kekecewaan yang alami sungguh lah dasyat..sampaikan nak makan pon tak de selera..badan tak sihat..kejap-kejap demam..sakit gigi..sakit perut..memang menderita gila-gila..aku pon pelik kenapa aku leyh jadi sampai cam tu sekali..hebatkan..hebat sungguh penangan ini..aku memang tak henti berdoa agar Allah melembutkan hati dia..dan dia explain kat aku segala apa yang berlaku..minta maaf kat aku..sebabnya..bila dia tak minta maaf..seolah-olah aku pulak yang bersalah..tentu la tak..bukan salah aku..dia yang khianati aku..

khianati persahabatan kami..mungkin semua nie bermula dari hati..bila kita terlalu percayakan seseorang and once dia tipu kita..memang dasyat..memang rasa begitu bodoh sekali..bukan sekali la..aku rasa maybe dua or tiga kali gak la..tapi itu kisah 2 bulan lepas..tyme peristiwa tu tengah hot..siang malam ingatkan dia..tapi bila aku dah balik unimas..dengan harapan aku dapat lupakan dia terus..hilang dan lenyap dari hidup aku..dan Alhamdulillah..aku dapat lakukan semua tu...Allah beri aku kekuatan untuk membuang segala apa yang berkaitan dengan dia..tapi kadang-kadang tu teringat la jugak..menangis sekadar untuk hilangkan kesedihan..sebab bagi aku bila aku menangis, air mata yang mengalir itu membawa bersama kesedihan dan kedukaan yang kita alami..try la..insya Allah mujarab..hahahha..da macam jual minyak ubat..

lama-kelamaan aku dah boleh hidup tanpa dia..dengan berkat nasihat dan dorongan yang diberikan oleh kawan aku "NOOR LIYANA OSMAN"..begitu besar pengorbanan yana pada aku..banyak bagi nasihat..thanks yana..ni la kawan..sentiasa bersama-sama dalam susah dan senang..semakin hari aku semakin lupa kat dia..tapi tanggal 19 january 2010..besday aku tuh..tetiba dia bagi mesej kat myspace..mintak maaf..aku gembira + sedeyh + terharu + geram + marah = da macam ABC..macam2 ada..aku tak tau nak reply ke tak..dan akhirnya aku kuatkan hati aku..aku reply gak..sebab aku nie jenis yang mudah memaafkan orang lain..aku tak suka berdendam...biar la aku hidup dengan aman damai..tenang..

tak de marah kat sapa-sapa..dan aku cakap kat dia yg kita jadi kawan..memang mendalam maksud tu..aku redha dengan apa yang berlaku..aku lupakan semuanya..walaupun kekecewaan yang aku alami bukan calang-calang..kami dah baik sekarang nie..cumanya..aku dah tak nak berhubung dengan dia melalui telefon..bukan serik tapi not in mood..aku sekarang selalu ym ngan dia..ym saja..no fon anymore..dan aku dapat rasakan yang kami dah baik macam dulu..cuma sekarang nie aku dah semakin berhati-hati dan berjaga-jaga..tak nak dah ajak dia keluar..juz cakap yang biasa-biasa saja..ye lah kalau aku cerita lebeyh-lebeyh dia amek kisah ker..?..

so wat per nak cerita lebeyh..kan..so life must go on..yang berlalu tetap berlalu..dah tak boleh patah balik..yang penting sekarang..aku tak de sedeyh-sedeyh lagi..aku mulakan segalanya yang baru..dan senang cakap la kat sini kan..jangan la terlalu percaya dengan orang..once kita dikhianati..konfem kecewa tak sudah..betol aku cakap..aku dah rasa..cumanya di sini..aku bersyukur sangat-sangat..sebabnya..Allah dah kembalikan kawan aku..kawan yang aku sayang sangat-sangat..no one yang macam dia..sekarang nie happy sangat..aku rasa lega..so aku nak kongsi kat sini yang setiap kesedihan yang dihadapi mesti ada kebahagiaannya..dan tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan..dan tak salah jugak kalo kita mengalah..hati tak sakit..hidup tak susah..masalah pon selesai..yang pentingnya di sini jangan ego..tak kemana perginya kalo ego tu tinggi melangit..okeyh..aku rasa lega sangat-sangat dapat share kat sini..hhmmm..tak tau la sapa yang akan baca nanti..akhir kata..aku redha dengan apa yang telah dan akan berlaku.. ;-)

10 February 2010

kembali normal..


..salam..hari nie ak langsung tak rasa mengantuk dalam kelas..Alhamdulillah..dari pg samapai petang aku rasa tenang jek..mungkin mood aku da epi semula..ang da best thing is ari nie aku sangat kuat makan..kelas aku berjalan seperti biasa..
biokem => masuk lambat..dok kat belakang la..
ecology =>kelas 1 hour jek..xde pa pe yang menarik..cam biasa..
statistics =>wat latihan jek..
aquatic =>cam biase kalo kelas 5 jam pon ..5 jam la die cakap tanpa henti..huhu
...abes je kelas aku g kafe jap..cam biase r beli makanan..lapor la..ingat balik bilik nak makan..tapi tertidor..hahaha..time malam jek aku da start study + online..gilak la..online tanpa henti..ari nie aku ada something yang bermain difikiran aku nie..tapi tak terluah oleh kata-kata...xper-xper enjoy jek..tadi tetiba syue ym..g tau yang ari nie besday pidos..ya Allah aku baru teringat..macam mana la leh lupa..aku pon dengan pantasnya mencapai henpon aku..dengan niat nak kol dia..tapi tak angkat lak..sedih sangat2..mungkin dia da tdor kot..sabar jek..then teringat lak kat ASLAM..my secret admirer..ari nie pon besday die gak..10 feb 2010..aku pon terus kol aslam..wahh..!!!..hepi sesangat..dapat borak ngan dia..lama gak la..ye la da lama x dengar berita..rindu pulak rasanya..huhu...thanks aslam...layan aku yang pelik nie..by the way.persahabatan kami dah kembali terjalin..hope everything is settle..yang berlalu tu tetap berlalu.."let bygone be bygone"..k..da nak out da..moga hari nie lebye ceria :-)

09 February 2010

DIARI CINTA..


"...perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka itu dimulai dari telinga..jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga..tapi apabila kamu cuba menutup mata dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal di hatimu dalam jarak waktu yang cukup lama..."