Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

04 April 2012

Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Assalamualaikum (",)


Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.


Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.

Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.

Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?


Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.

Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,

Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.

Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali

Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.

02 April 2012

Allahu Rabbi, aku punya pinta

Assalamualaikum (",)

sejak akhir akhir ni kan . macam macam fikir . alangkah bahagianya aku, kalau ade seseorang yang dapat jadi tempat aku mengadu , menangis dan bercerita segala galanya . kan . aku terpaksa laluinya sendiri . menangis sendiri . segalanya sendiri . yes ALLAH ada . tapi fitrah manusia ingin di sayangi dan diberi perhatian . semua tu hanya impian . semoga ALLAH pertemukan aku dengan 'dia'

Allahu Rabbi, aku minta izin
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya engkau

Allahu Rabbi, aku punya pinta
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu Rabbi, izinkanlah
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta-Mu
Dan membuatku semakin mengagumimu

Allahu Rabbi
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pertemukanlah kami

Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allahu Rabbi, pintaku yang terakhir
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta

Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Ya Allah kabulkan Doaku Amiiinnn.......



20 April 2010

Syukran

Ya Allah Ya Tuhanku..Terima kasih ya Allah..disaat aku kesempitan begini..masih ada yang sudi membantu..thanks a lot to my housemate yang prihatin dengan situasi aku sekarang..berkat kesabaran berserah kepada Mu ya Allah..aku dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala walaupun pada hakikatnya aku masih dalam kesedihan..namun sedikit sebanyak ianya telah mengubati separuh kesedihan ini..aku amat berharap situasi begini akan terus kekal sehingga lah aku menjejakkan kaki ke kampung halaman..terasa begitu aman dan tenang dengan ayat-ayat suci Mu..terima kasih ya Allah..disaat ini aku masih mampu bernafas..menghirup udara Mu..moga kesihatan ini akan terus dipelihara..dan aku sedang menghadapi saat yang paling aku gentar dalam hidup aku..peperiksaan..kenapa la ianya perlu ada..?..nowadays my life sangat kucar kacir..makan..tidor..tapi Alhamdulillah tak pernah lupa pada Allah..sebab..semata-mata nak abeskan silibus..rugi rasanya kalau masuk dewan exam semata-mata membawa hati yang kosong tanpa ilmu yang dipelajari sepanjang satu sem..orang tengah exam..tapi hati aku nie da sampai kampungda..hehehe..k la..kt sini saje dulu k..gudluck tok sesapa yg tengah exam sekarang..May Allah bless you :-)

19 April 2010

Doa Seorang Hamba

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yg melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku utk menyintai Mu..Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yg hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yg merindui syahid di jalan Mu..Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indanya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..Ya Allah jika aku jatuh hati apada kekasihmu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...Aminn..

15 April 2010

lost

i'm lost again..Ya Allah..hebatnya dugaan nie..sampai kadang-kadang aku terasa tewas seketika..dan bangun semula..ape lah daya aku sebagai insan yang lemah ini menolak takdir Mu..aku menunggu detik dan ketika itu...menunggu dengan penuh kesabaran..hati aku ini sangat lemah..masih mengharapkan redha Mu untuk teruskan perjuangan yang hanya berbaki 2 tahun nie..setahun..?..satu tempoh yang agak lama..tapi aku..?..Ya Allah..amat teruk sekali pengurusan masa dan kewangan..now ade lagi 3 minggu di sini..tp aku terpaksa berpuasa..sebab xnak menyusahkan mak dan abah..Ya Allah..macam mana la tahun2 yang akan datang..?..mampukah aku teruskan hidup begini..beri aku ketabahan Ya Allah..

13 April 2010

kebahagiaan

"Barangsiapa mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik." (An-Nahl: 97)

07 April 2010

keep thinking

Ya Allah..makin dasyat lak perasaan aku nie..semakin teringatkan pada emi..apa khabar dia sekarang..?..bukan niat aku nak lupakan dia..tapi hati nie dah hancur lebur dengan apa yang dia dah buat..hancur segala harapan aku..segala-galanya..sejak akhir-akhir nie kerap lak mimpi sal emi..apakah makna semua nie..rindu nak dengar dia ketawa..cara dia bagi nasihat..penyayang sangat..terserlah kelembutan dan keihklasan bila dia bagi nasihat..hanya Allah yang tahu betapa aku rasa selamat bersamanya..tapi jodoh tak lama..dia ada pilihan sendiri...dan aku hanyalah sekadar untuk mengisi kekosongan..terima Kasih ya Allah kerana memberi peluang kepada aku untuk merasai disayangi walaupun hanya seketika..Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik utk hmbanya ;-)

05 April 2010

tenangkan hatimu

"Barangsiapa yang Aku butakan kedua matanya,lalu ia bersabar, nescaya akan Aku ganti dengan syurga."(Al-Hadith)

sesungguhnya telah Allah janjikan kepada orang-orang yang sabar akan dugaan Allah, akan mendapat kebahagiaan yang hakiki..maka kenapa harus bersedih..kenapa harus mengeluh..kecewa dan menyesali setiap kejadian..bersyukurlah teman-teman..

"every cloud has a silver lining"

aku bersyukur sangat-sangat..hingga disaat ini aku masih mampu untuk bersabar dan tabah dengan ujian Allah..aku sentiasa berdoa agar ditetapkan keimanan ku..agar tak goyah..agar tetap dengan agama suci ini.. ISLAM..agama AD-DDIN..
terima kasih Ya Allah..

03 April 2010

aku masih di sini

sesekali terasa sekali ingin dikasihi oleh insan yang dicintai..tapi kerap juga terfikir apakah ada cinta sejati selain cinta ILLAHI..tapi sering juga terfikir layak kah aku mendamba cinta NYA..ternyata aku tewas lagi..tewas mencari cinta hakiki..Ya Allah aku berserah kepada MU..disaat ini, tiada apa yang lebeyh utama melainkan mencari ilmu kerna itulah janji yang telah aku taburi kepada kedua ibu bapaku..terasa sangat berdosa sekiranya aku tidak mengotakan janji yang telah aku curahkan secara rela...aku mengharapkan kejayaan yang dapat membahagiakan mereka..tapi mampukah aku..?..aku berserah kepada Mu TuhaN..beri aku kekuatan..ketabahan dan kebahagiaan untuk mengharungi perit getir insan yang bernama pelajar..

05 March 2010

Musibah Tingkat Darjat Mukmin..

DALAM hidup ini Allah sentiasa menguji kita. Ujian Allah pelbagai dan orang yang diuji Allah juga pelbagai. Ada yang diuji Allah dengan musibah seperti kematian orang disayangi, kebakaran, kemalangan, kehilangan, bencana alam dan yang selalu diuji Allah kepada kita ialah dengan mendatangkan sakit.

Tidak seorang pun daripada kita yang hidup di dunia ini terlepas daripada menerima ujian Allah. Yang membezakannya hanya bentuk ujian itu. Ada yang ringan dan ada yang berat ujiannya.

Walau apa saja yang kita alami di dunia ini, ia adalah sunnatullah yang telah ditetapkan menurut hikmah-Nya sebagai cubaan dan ujian. Dalam al-Quran banyak disebut mengenai ujian Allah ini. Dengan kata lain, manusia sentiasa diuji oleh Allah dengan pelbagai bentuk sama ada manusia suka atau tidak Allah tetap mengujinya.


Al-Quran dalam surah Al-Anbiya ayat 35 Allah berfirman yang bermaksud: “Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” Dalam surah Al-A’raf ayat 168 pula Allah berfirman yang bermaksud: “Dan, Kami cuba mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).” Melihat dua firman Allah di atas, jelas bahawa pelbagai penyakit yang menimpa umat Islam itu adalah sebahagian daripada cubaan ataupun ujian Allah yang diberikan kepada hamba-Nya. Sesungguhnya cubaan dan ujian itu adalah sunnatullah yang telah ditetapkan berdasarkan rahmat dan hikmah-Nya, di mana di dalamnya terkandung kebaikan dan rahmat bagi hamba-Nya.


Harus kita ingat bahawa Allah memberikan hidayah dan taufik kepada setiap hamba-Nya dengan jalan yang berbeza-beza. Salah satunya dengan mendatangkan musibah sakit kepada hamba-Nya.


Kita hendaklah sentiasa bersangka baik dengan Allah terutama ketika kita ditimpa musibah sakit atau musibah lain. Ujian sakit yang diberikan-Nya itu tanda kasih sayang-Nya dari Khalik kepada makhluk-Nya. Allah selalu mencintai hamba-Nya yang sabar, ikhlas dan reda. Dan sebagai hamba-Nya yang beriman, kita hendaklah selalu memuji Allah yang tak pernah putus-putus memberi rahmat kepada kita hatta ketika kita sakit.


Sehubungan itu, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya, besarnya pahala sesuai dengan besarnya cubaan. Sesungguhnya, jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barang siapa yang reda dengan musibah itu maka baginya keredaan Allah. Dan barang siapa yang marah (tidak reda) dengan musibah berkenaan, maka baginya kemurkaan Allah.” (Hadis riwayat Tirmidzi) Sabda Rasulullah lagi yang maksudnya: “Setiap sesuatu itu mempunyai hakikat dan tidaklah seorang hamba mencapai hakikat iman sehingga dia menyedari musibah yang menimpanya bukan untuk menyalahkannya dan kesalahan yang dilakukannya bukan sebab untuk ditimpakan musibah kepadanya.” Syuraih rahimahullah berkata: “Aku benar-benar ditimpa musibah. Namun aku memuji kerana empat perkara. Aku memuji kerana musibah itu, bukan yang paling kuat, kerana kau dianugerahkan kesabaran menghadapinya. Kerana aku diberi taufik untuk mengucapkan ‘Ina lillahi wa inna ilaihi raji’un’ sehingga aku boleh memohon pahala, dan kerana musibah itu tidak dijadikan pada agamaku.” Sementara Al Ghazali rahimahullah pula berkata: “Setiap musibah dan penyakit harus digambarkan ada yang lebih besar lagi. Sebab ketetapan Allah tidak boleh dicegah. Sekiranya Allah melipat ganda dan menambahkannya apakah yang boleh menolaknya? Walaupun demikian, dia tetap harus bersyukur kerana hal ini bukan yang paling besar di dunia. Jadi, tidak seorang pun ditimpa musibah, melainkan dia harus melihat hal Allah yang boleh menimpakan musibah yang lebih besar lagi di dunia pun di akhirat.” Sebenarnya ada hikmah bagi orang mukmin bila ditimpa sakit kerana dalam sakit itu terkandung pahala dan keampunan serta sekali gus mengingatkan kepada kita akan kekuasaan dan kebesaran Allah. Dan darjat yang tinggi Allah berikan kepada mereka yang tabah dan sabar dalam menghadapi musibah sakit ini, dengan syarat pesakit tidak melupakan kewajipan solat lima waktu. Betapa pun sakit itu tidak membolehkan kita untuk berdiri atau bersuci, namun kita tidak boleh meninggalkannya hanya atas sebab itu.


Sesungguhnya solat adalah jalan terbaik mendekatkan diri kita dengan Allah, di mana hanya Dia saja tempat untuk kita mohon pertolongan bila ditimpa musibah. Hanya Allah saja yang boleh membantu dan memberikan pertolongan kepada kita.


Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Solatlah di atas tanah selama kamu mampu. Jika tidak, cukup kamu memberi isyarat dengan menggerakkan badan dan lakukanlah sujudmu lebih rendah daripada rukukmu.” (Hadis riwayat Thabrani dan disahihkan oleh Al-Albani).


Sementara Allah berfirman dalam al-Quran yang maksudnya: “Bertakwalah kepada Allah menurut kesanggupanmu.” (Surah At-Taqhaabun ayat 16) Sama ada berat atau ringan sakit yang kita alami, semuanya cubaan dan ujian Allah kepada kita. Tapi kita tidak perlu bersangka buruk terhadap Allah kerana Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit itu tanpa ubatnya. Ertinya setiap penyakit yang ada di dunia ini ada ubatnya disediakan oleh Allah. Hanya mati saja tidak ada ubatnya.


Dari Abu Hurairah r.a. dia berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Allah tidak menurunkan penyakit melainkan pasti menurunkan ubatnya.” (Hadis riwayat Al Bukhari) Selain ubat, doa juga penting untuk cepat menyembuhkan penyakit. Berdoa bererti memohon kepada Allah yang Maha Mengetahui penyakit yang kita deritai dan Dia yang Maha Berkuasa dapat menyembuhkannya. Bersungguh-sungguhlah berdoa kepada Allah. Firman Allah dalam al-Quran surah Al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud: “Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku ini dekat. Aku mengabulkan permintaan orang yang berdoa, jika ia benar-benar memohon pada-Ku.”

(petikan dari harian metro- 5 mac 2010)

20 February 2010

kembara ilmu



kembara ilmu selaut cahaya
milik Tuhan tiada bertepi
diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis

kembara misi lembah nurani
menakung titisan ilmu suluhan budi
resapan dari akal yang murni
untuk diuntai mutiara sufi
menjadi azimat menuju firdausi

lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun

noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar
sesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan

09 February 2010

DIARI CINTA..


"...perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka itu dimulai dari telinga..jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga..tapi apabila kamu cuba menutup mata dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal di hatimu dalam jarak waktu yang cukup lama..."

02 February 2010

perempuan pakai seluar..??

Dari Ibn Abbas ra, Nabi saw bersabda,” Sesiapa yang tidak ada sarung, hendaklah memakai seluar panjang.” [sahih Bukhari (5804)]

Hukum ini umum, bagi perempuan dan lelaki. Tapi seluar perempuan hendaklah berlainan dengan seluar lelaki kerana mereka tidak boleh sama dalam bentuk penampilan diri dalam berseluar. Dalilnya:

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء ، والمتشبهات من النساء بالرجال
Terjemahnya: Dari Ibn Abbas ra: ” Dilaknat RasuluLlah ke atas pria yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai pria.” [Bukhari, 5885]

Seluar perempuan hendaklah berlainan dari lelaki, misalnya designnya, longgar dan ada jilbab (outer garment) yang menutupi figur (bentuk badannya, terutama pinggul dan pahanya. Dalilnya:

ونساء كاسيات عاريات
Dari Abu Hurayrah ra, bahawa Nabi saw pernah melihat ahli Neraka…terdiri dari wanita yang berpakaian tapi (masih) telanjang..”
[sahih Muslim, 2128]

Ini pendapat dalam madzhab Syafi’iy melalui Imam Rafi’iy (syarh alMuhadzaab,5/92).
Tapi madzhab Hanbali, yang diamalkan di KSA mengharamkan terus pemakaian seluar panjang oleh perempuan (jika tidak mengenakan abaya (pakaian luar). Misalnya Fatawa Mar’atil Muslimah (3/851), begitu juga pendapat al-Albani ketika membuat radd (bantahan) kepada pendapat arRafi’iy dalam alJilbab (159).

Rumusan:

1. wanita boleh memakai seluar jika seluar itu berlainan dari fesyen lelaki, tidak ketat, dipakai pakaian luar menutupi pinggulnya

2. Terdapat fatwa yg keras dari KSA bahawa wanita ditegah dari memakai seluar panjang yang ketat dan menampakkan pinggulnya.

Hukum Berkawan Berlainan Jantina


Inilah maksud firman Allah ta’ala”

” dan orang2 beriman lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bg setengah yg lain, mereka menyuruh berbuat makruf dan mencegah mungkar.” AQT 9: 71

Dalam konteks ini, tiada halangan lelaki dan perempuan ajnabi berkawan dan bersahabat serta liqa’ atau pertemuan dalam bekerjasama dalam perkara2 kebaikan: menuntut ilmu, program2 kebajikan dan jihad.

Perincian Dr Abdul Halil Abu Syuqqah (sahabat Dr Qardhawi),
1. Pertemuan dan kerjasama itu hendaklah dalam suasana serius
2. menahan pandangan
3. menghindari berjabat tangan
4. mengenakan pakaian yg menepati syari’at (jilbab)
5. tidak bersesakan dan elok jika ada pemisahan
6. menghindari khulwah (berdua-duaan di tempat sunyi), namun boleh jika:
a. khulwah di kawasan awam yg ada orang ramai
b. beberapa lelaki dengan seorang perempuan
c. seorang lelaki dengan beberapa perempuan..

7. tidak terlalu lama dan berulang
8. menghindari tempat yg mencurigai
9. menjauhi perbuatan dosa

Etika khusus wanita jika keluar mengadakan pertemuan dengan lelaki:
1. jika bercakap tidak menggunakan bahasa yg lunak dan gaya yg menggoda
2. berjalan dengan sopan dan tertib
3. elakkan pergerakan yg manja dan menggoda
4. tidak memakai parfum/pewangi
5. serius dlm berbicara

25 January 2010

iman mu

terima kasih Ya Allah


demimu Ya Allah..seluruh hidupku hanya untuk Mu..kini aku yakin akan setiap kejadian adalah perancangan Allah..yang telah lama tertulis di LUH MAHFUZ sejak azali lagi..namun aku sebagai hambanya kadang kala alpa akan keindahan dan keasyikan dunia yang hanya sementara..

tapi sebelum aku terleka dengan lebih lama..Allah telah mengembalikan aku di dunia nyata yang lebih bermakna..Ya Allah..jika benar ini adalah kenyataan yang perlu aku hadapi..aku menerimanya Ya Allah..aku telah bersedia menghadapi dugaan akan datang..kerana bagi aku itu hanya sebahagian dugaan di dunia..terima kasih Ya Allah..

kerana memberi aku kekuatan untuk menjalani kehidupan sebagai mahasiswi yang penuh dengan tanggugjawab..tanggungjawab kepada Mu..kepada ibu bapa..keluarga..masyarakat dan negara..aku yakin setiap kejadian itu pasti ada hikmah yang menanti..aku tidak perlu leka dengan kemarahan dan kesedihan..aku hanya mampu bersyukur di atas segala apa yang telah ENGKAU kurniakan..kini aku masih daif tentang agama mu..Kau kuatkanlah hatiku untuk terus mencari dan menambahkan ilmu MU ya Allah..jangan lah Engkau pesongkan aqidah ku..jangan lah Engkau lunturkan semangatku untuk terus berjaya dan menegakkan agama Mu..

24 January 2010

me on hikmah..


dalam meniti hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran nie..kadang2 mmbuatkan kita lupa pada-NYA..namun bagi diri aku insan yang lemah ini..ALLAH adalah cinta sejati aku..mendekatkan diri pada NYA membuatkan aku rasa begitu tenang dan selesa dimana jua aku berada..Ya Allah..cinta sejati ku..berikanlah aku hidayah agar aku sentiasa berusaha menjadi yang terbaik dalam agama mu yang AD-DIN..melangkah ke alam yang lebih penuh dugaan ini menjadikan aku lebih berhati-hati dengan dunia yang penuh pancaroba...

sejak aku berada di bumi kenyalang nie..aku lebih mengerti dan mengenali pelbagai ragam manusia..espacially apabila berada di tempat yang hampir majoritinya adalah beragama kristian..pegangan dan fahaman Islam perlu kuat..aku menjadi umat Islam yang hidup dalam iman..dugaan yang dialami begitu hebat...kerenah manusia yang begitu bebas ada di mana-mana..jangan mudah terpengaruh..pergaulan yang bebas tanpa batas agama menjadikan aku kurang selesa..namun bagi aku..itulah dugaannya..terima kasih Ya ALLAH..kukuhkanlah aku dalam agamamu..

disini juga..aku semakin sedar akan tanggungjawab aku sebagai muslimah dan sebagai anak..menjaga perilaku dan maruah diri..menjadi seorang yang benar-benar patuh pada agama..sejak aku berusia 18 tahun sudah terbiasa hidup berjauhan dari keluarga..bagi aku ini adalah peluang untuk aku terokai..menjadi seorang yang berdikari dan sedar tanggungjawab sebagai seorang muslim dan anak..semakin hari semakin aku merasakan aku lebih menyedari hakikat kehidupan..yang tak selalunya indah tapi bermakna..setiap apa yang dijadikan adalah yang terbaik untuk kita..setiap yang berlaku itu telah ALLAH tentukan dan bersesuaian dengan kemampuan kita untuk menghadapinya..

ALLAH maha mengetahui..setelah satu semester aku di UNIMAS..aku semakin dewasa mengharungi hari-hari aku dengan rasa begitu bahagia..mempunyai kawan-kawan yang begitu memahami dan sentiasa membahagiakan aku..mungkin ini adalah hikmah yang aku terima setelah kepahitan yang aku lalui..terima kasih Ya Allah..akan aku sentiasa mensyukuri nikmatMU..seberapa berat dugaan MU..aku tetap tabah mengahadapinya..kehadiran kawan-kawan yang sentiasa memberi kekuatan dan nasihat..menjadikan diri aku begitu dihargai..terima kasih Ya Allah..kerana memberi aku sahabat-sahabat yang amat mengambil berat tentang diri ini..demi Mu Ya Allah..aku bermohon kepada MU..agar diperkukuhkan iman..diberikan hidayah dan petunjuk agar aku sentiasa berada di jalanMU..