Showing posts with label memori. Show all posts
Showing posts with label memori. Show all posts

30 March 2012

ikan + pizza

Assalamualaikum (",)

alhamdulillah . tadi keluar cari ikan untuk mini projek ecotox . lepas da dapat ikan semua . terus pegi popular untuk habiskan boucher buku . tinggal rm50 je pon . dapat la beli 3 buku . wahhh . best2 . dan lepas hantar ikan tu masuk lab letak dalam akuarium semua . kitorang berlima keluar semula pegi makan pizza . tengok gambar bawah ni ok . tu je nak kaborkan :)

 time ni baru balik dr makmal . hantar ikan


 makan pizza together . !!!

 erk !!! sape tu ???

 banyak tak ? banyak tak ?


27 March 2012

(kegembiraan + letih) berganda

Assalamualaikum (",)

kegembiraan berganda dan letih juga berganda . tak mo cakap banyak . just want to share some picture of me with some of my classmate during walimah adik kepada nadia (classmate) . kitorang pegi konvoi dua kete . penuh . 10 orang . amek berkat orang kawen . mana tau . next turn . hehe 

with pengantin . semua pakat amek berkat . especially yang sebelah ngantin pompuan tu . hehe

here !! 10 +1 ... my classmate . 1/4 je niii 

so . after !! sape nak kawen . tak sabar nak makan nasi minyak . yeah !! maybe ni la kali pertama dan terakhir pegi kenduri kawen kat sini . kot . pasal letih berganda tu . banyaaakkkkk sangat keje nak kena siapkan . dan makin bertambah tanggungjawab . macam ni nak kawen time study ? moga ALLAH permudahkan :)

okeyh to all my fren !! 3 years we were together . hope this friendship will last forever n ever ...

24 July 2010











pada 17 ngan 18 july yang lalu..jabatan sains akuatik ade wat orentasi pelajar junior kat kem permai..sangat happening samapi penat pon tak terasa..dan yang paling penting junior2 kami enjoy..nie ade la sedikit foto2 yang di snap masa sepanjang aktiviti 2 berlangsung..

29 June 2010

kemalangan maut di jalan kampung ..?

assalamualaikum..

saban hari..macam2 kisah yang aku dengar..kes dera..bunuh..buang..hilang..semuanya anak2 islam..orang islam..nak salahkan siapa bila semua nie semakin menjadi2..?..baru2 nie..pada 23 Jun 2010..ada satu kemalangan maut yang melibatkan seorang kanak2 yang baru berusia 12 tahun..dan aku adalah diantara saksi utama kejadian..begini kisahnya..

"pada petang 23 jun 2010, jam 3 petang..aku nak kuar ngan kakak aku ke bank di sebuah pekan..tapi sebelum tu aku hantar anak buah aku gi mengaji dulu..lepas kami berpatah balek dan mahu ke jalan besar, sampai di satu jalan..berdepan dgn rumah suhaimi..kwn aku masa sekolah rendah..aku ternampak seorang budak sekolah terbaring di atas jalan..firasat aku, mungkin budak tu jatuh basikal..tapi makin dekat kami bergerak..tetiba aku kenal benar dengan seorang pemuda yang sedang mengangkat budak tu..dengan kai batik di tangannya..dia mengangkat perlahan kanak2 tu dan menutup muka kanak2 tu dengan kain tersebut..Masya Allah..budak tu meninggal dunia..dan aku kenal benar kanak2 tu..pada masa yang sama ada sebuah traktor di hadapan kanak2 itu..Ya Allah..itu anak jiran aku..kenapa..?..dia di langgar sehingga maut..?.oleh seorang remaja lelaki yang berusia 19 tahun..aku kenal jugak dengan remaja terbabit..tapi aku tak terus tunggu kat situ..sebab tak sanggup rasanya..ntah2 boleh pengsan nnt..aku teruskan perjalanan..masa tu tak ramai orang yang ada..tapi aku nampak jelas darah yang milempah di atas jalan..abang kanak2 itu yang memangkunya sehingga polis sampai..setelah selesai urusan di bank...kami terus pulang..ingatkan dah selesai..tapi rupa2nya..polis baru je sampai time tu..ramai giler orang kat tempat kejadian..mak kepada kanak2 tu..yang aku panggil makngah..ada dalam sebuah kereta..mungkin tidak dapat menahan sebak melihat anak bongsunya pergi sebelumnya..tidak lama selepas itu, adik beradik lain knk2 itu sampai..dan terlihat jelas kesedihan mereka..seluruh orang kampung turut tangisi kehilangan itu..tak lama selepas tu polis membawa jenazah ke hospital taiping..malamnya, knk2 itu "ridzuan" dikebumikan di Tanah perkuburan islam kpg Permatang Raja..ramai sangat orang yang mengiringi jenazah..setelah itu mak ngan ayah aku balek..dan ternyata kesedihan masih terasa sebab pada hari sabtu sebelum kejadian rumah ridzuan kenduri sempena perkahwiana abg dan kakaknya..belum sempat penat menguruskan majlis hilang, datang pula episod duka..menurut cerita2 yang diterima, pada waktu kejadian, ridzuan baru pulang dari sekolah selepas menghadiri kelas tambahan bagi menghadapi UPSR hujung tahun nnt..tidak seperti biasa dia akan pulang bersama2 kwnnya..tapi pada hari tu dia nk pegi melawat ayahnya (kubur ayahnya)..ayahnya telah meninggal dunia 6 tahun lalu kerana dihempap pokok balak..akhirnya dia menemui ajal berdekatan tanah perkuburan..waktu ptg 2..ibunya tiba2 tersedak ketika makan nasi..tapi tidak dapat menghabiskan makanan sehingga menerima panggilan dari salah seorang anaknya memaklumkan kejadian..hati ibu mana tidak sedeyh..baru sahaja lega dari kesediahan kehilangan suami tercinta yang selama nie tempat bergantung..kini hilang pula anak yang paling bongsu..yang sangat manja..sehingga sekarang ibunya masih tidak dapat melupakan anaknya itu..walhal mendengar bunyi traktor juga tak mampu..berbagai2 kisah yang didengar..remaja yang melanggar ridzuan tidak ditahan malah abg remaja terbabit yang mengaku..sebab remaja terbabit tak ade lesen memndu traktor..dan kes ini telah menjadi kes polis..dan akan dibawa mahkamah..bukanlah membalas dendam..tetapi bagi menegakkan keadilan..supaya perkara yang sama tak berlaku pada kanak2 lain..menurut sumber yang boleh dipercayai..ridzuan telah digilis sebelah badannya kerana ada kesan tayar pada baju sebela kanannya..tapi sejauh mana kebenarannya..Wallahu'alam..tapi kehilangan dan kemalangan maut itu amat memberi kesan yang mendalam kepada penduduk kpg..apa yang termampu untuk kita lakukan..doakan kesejahteraan adek muhd ridzuan bin che mansur..semoga ditempatkan bersama2 orang yang beriman...

dan ini adalah kenangan terpahit, tersedih yang aku alami sepanjang 2 bulan aku bercuti di kampung...

21 April 2010

4 PKA 1



nie la gambar kelas aku masa tingkatan 4 pengajian kejuruteraan awam 1..pnjg sgt kan..pendeknya 4 PKA 1..tapi gambar aku xde..sebab gambar nie diambil masa ari isnin..aku blah dr sekolah tu ari jumaat sebelom tu..dats y xde..sweet kan..really miss them so much..

Sahabat

bahagianya hidup aku sekarang..?..bertemu cinta hati..?..bukan la..tapi aku da jumpe balek semua kawan-kawan masa sekolah teknik dulu..hanya tuhan yang tahu perasaan nie..gembiranya..especially khairul azhar...my besfren..die la yang banyak bantu dan bagi aku nasihat masa aku tengah lost kat sekolah tu..tapi aku jugak yang wat die kehilangan sebab aku blah dari sekolah tu..tak g tau dia..maaf kan aku azhar..tapi sekarang da jumpe balek kan..ak tak nak kehilangan kawan macam dia..mungkin ini la hikmah disebalik kekecewaan yang ak alami akibat perbuatan special fren aku..mungkin la..aku dapat kawan yang lebih ikhlas berkawan ngan aku..aku akan ingat kata-kata azhar hari ni kat aku.."aku akan kawan ngan ang sampai ang tak mau kawan ngan aku"..ini lah janji yang diluahkan pada aku..insya Allah azhar setakat ni akau tak pernah lukakan dan buang kawan aku..tapi sebaliknya..ada la..n the next one is hisham..aku mula rapat ngan dia selepas aku kuar dari smtt..itu pon sebab kitorang jumpa mula time gi kem fizik ngan admath kat SERATAS..hisham wakil SMTT..aku wakil SMKTB..dah jodoh..pas 2 terputus hubungan lepas masing-masing gi matrik..sampai la sekarang jumpe balek kat facebook..hebat-hebat..hope our frenship last forever..so kenapa aku perlu fikir lagi kisah lama..?kawan yang lupa kawan..?lupa janji..aku ada segalanya sekarang..ada kawan-kawan yang lebih menyayangi aku..rugi la aku kalo aku abaikan diorang..n kepada insan-insan yang x kesah sal aku..was-was nak anggap aku sebagai kawan..its ok..i dont mind..kenapa perlu abaikan yang depan mata..syukur sangat..spesel thanks to azhar..coz jd kwn baek aku dunis akhirat..semoga Allah memberkati kehidupan kita.. :-)

20 April 2010

Syukran

Ya Allah Ya Tuhanku..Terima kasih ya Allah..disaat aku kesempitan begini..masih ada yang sudi membantu..thanks a lot to my housemate yang prihatin dengan situasi aku sekarang..berkat kesabaran berserah kepada Mu ya Allah..aku dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala walaupun pada hakikatnya aku masih dalam kesedihan..namun sedikit sebanyak ianya telah mengubati separuh kesedihan ini..aku amat berharap situasi begini akan terus kekal sehingga lah aku menjejakkan kaki ke kampung halaman..terasa begitu aman dan tenang dengan ayat-ayat suci Mu..terima kasih ya Allah..disaat ini aku masih mampu bernafas..menghirup udara Mu..moga kesihatan ini akan terus dipelihara..dan aku sedang menghadapi saat yang paling aku gentar dalam hidup aku..peperiksaan..kenapa la ianya perlu ada..?..nowadays my life sangat kucar kacir..makan..tidor..tapi Alhamdulillah tak pernah lupa pada Allah..sebab..semata-mata nak abeskan silibus..rugi rasanya kalau masuk dewan exam semata-mata membawa hati yang kosong tanpa ilmu yang dipelajari sepanjang satu sem..orang tengah exam..tapi hati aku nie da sampai kampungda..hehehe..k la..kt sini saje dulu k..gudluck tok sesapa yg tengah exam sekarang..May Allah bless you :-)

15 April 2010

lost

i'm lost again..Ya Allah..hebatnya dugaan nie..sampai kadang-kadang aku terasa tewas seketika..dan bangun semula..ape lah daya aku sebagai insan yang lemah ini menolak takdir Mu..aku menunggu detik dan ketika itu...menunggu dengan penuh kesabaran..hati aku ini sangat lemah..masih mengharapkan redha Mu untuk teruskan perjuangan yang hanya berbaki 2 tahun nie..setahun..?..satu tempoh yang agak lama..tapi aku..?..Ya Allah..amat teruk sekali pengurusan masa dan kewangan..now ade lagi 3 minggu di sini..tp aku terpaksa berpuasa..sebab xnak menyusahkan mak dan abah..Ya Allah..macam mana la tahun2 yang akan datang..?..mampukah aku teruskan hidup begini..beri aku ketabahan Ya Allah..

18 March 2010

abang dan kakak dah kawen



indahnya hidup dalam iman

03 March 2010

kena tahan ngan polis..?

today=> 02 mac 2010

hari nie xde exam..ada 2 kelas..tapi gi satu saja..biokima..attendance..daripada ramai student..hanya separuh je yang datang..entah la..merajuk ngan biokimia kot..hahaha..pas je abes kelas biokimia aku kena gi saberkas..bawak laptop aku..huhu..nak kena install windows 7 yang baru..tapi tak sangka lak kejap jek..ingatkan sampai 2 3 hari..tapi kami tak leyh tunggu sebab jam 2 ada kelas kena balik gak..dah la petang nyer ade game bola jaring..lawan ngan dak kimia..malu nak cerita..aku nie dah lama tak main..memang la cam lost sket kat court tuh..lawak2..mula-mula bangga sebab kami shoot dulu..pastu bila da start kimia shoot..kami da gelabah..dan dak kimia makin excited lak..dan yang lucunya..kami punya GD..da masukkan shoot pihak lawan..hahaha..free-free jek kimia dapat 1..memang aku rasa macam nak berguling je..tapi tak sempat nak main samapai abes game..sebab nak kena gi amek laptop kat kedai..takot lak simpan lama-lama..masa kami balik tuh ingat nak singgah KFC..menjamu selera la..apa lagi kan..tapi samapi kat tengah jalan..tiba-tiba..(wat suspen sket)...kami kena tahan ngan trafik..tyme tu memang ada roadblock..kat tempat biasa tu..dak unimas tau la kat mana..punya la gabra..tapi dalam hati aku dah agak dah..mesti polis-polis nie saja..sebab dia tengok kami semua perempuan..yang drive pon perempuan..ape lagi..diorang amek kesempatan r..mula-mula mintak lesen..dah tu panggil kawa aku keluar..lama gak la kami tunggu dalam kereta..bila kawan aku datang..kami pon start perjalanan balik..kawan aku cakap ape..?..diorang saja..pegawai tu cakap saja nak tengok orangnya..siap mintak alamat lagi..hahaha..rasa nak pecah perut aku gelak..ish2..sabar je la...kami wat tak tau jek..tapi tyme tu takut gak..kot2 la kena saman..meleyang duit aku kot..dah la tengah miskin..huhu..kami makan KFC kat Samarahan saja..dekat ngan unimas dah..makan punya makan..sampai terlupa nak balik..sedar-sedar dah jam 8.30..hahaha..dasyatkan..bila sampai umah..penat sangat..ngan aku kasut sport tak tukar2..hehehehe..penat..mandi..makan..minum..tidor sampai jam 12..bangun study sampai jam 4.00 pg..sambung tidor sampai jam 7..bangun siap..g kelas..sebab exam..yang tu cerita esoknyer k..tata ;-)

killer subject bah..

today=> 01 mac 2010

hari yang paling mendebarkan..sebabnya..exam ada 2 paper..yang memang killer..statistics dengan biokimia..memang gi la dibuatnya..makan tak kenyang..mandi tak basah..tidor..?..memang tak lena..dok terfikir-fikir..teringat-ingat..hebatkan..anyway..xde paper sangat..sebab tak de mood nk menulis blog..hanya ada mood exam..stdy..bubbye ;-)

20 February 2010

KISAH AKU

malam nie aku tak boleh tidor lagi..memang sah dah insomnia..tapi kan..masih ada satu perkara yang nak sangat aku luahkan pada seseorang..bukan pasal cinta tapi lebih bermakna dan istimewa dari itu..aku tau kisah dan perkara tu dah hampir 3 bulan berlaku..lama la jugak..tapi bak kata orang yg putus cinta " luka da sembuh..tapi parut tetap ada sampai bila2.."..sama macam aku..sentiasa teringat-ingat walaupun da ok semula..aku tau yang aku tak sepatotnya kenangkan kembali peristiwa yang paling sedeyh dalam hidup aku tu..tapi satu saja yang belum terluah..aku nak sangat-sangat bagi tau dia yang semua mesej dia aku dah delete..semua gambar-gambar dia juga aku dah delete..malah nombor telefon dia pon aku dah delete..sebab tyme tu apa yang kaitan ngan dia aku nak buang dan lenyapkan dari hidup aku..sebab setiap detik bila aku ingat kat dia aku sedeyh sangat-sangat..

aku akan menangis..menangis dan menangis..sebijik macam orang putus cinta..walaupun aku tak pernah bercinta..dan sure la aku tak de pengalaman putus cinta..tapi kekecewaan yang alami sungguh lah dasyat..sampaikan nak makan pon tak de selera..badan tak sihat..kejap-kejap demam..sakit gigi..sakit perut..memang menderita gila-gila..aku pon pelik kenapa aku leyh jadi sampai cam tu sekali..hebatkan..hebat sungguh penangan ini..aku memang tak henti berdoa agar Allah melembutkan hati dia..dan dia explain kat aku segala apa yang berlaku..minta maaf kat aku..sebabnya..bila dia tak minta maaf..seolah-olah aku pulak yang bersalah..tentu la tak..bukan salah aku..dia yang khianati aku..

khianati persahabatan kami..mungkin semua nie bermula dari hati..bila kita terlalu percayakan seseorang and once dia tipu kita..memang dasyat..memang rasa begitu bodoh sekali..bukan sekali la..aku rasa maybe dua or tiga kali gak la..tapi itu kisah 2 bulan lepas..tyme peristiwa tu tengah hot..siang malam ingatkan dia..tapi bila aku dah balik unimas..dengan harapan aku dapat lupakan dia terus..hilang dan lenyap dari hidup aku..dan Alhamdulillah..aku dapat lakukan semua tu...Allah beri aku kekuatan untuk membuang segala apa yang berkaitan dengan dia..tapi kadang-kadang tu teringat la jugak..menangis sekadar untuk hilangkan kesedihan..sebab bagi aku bila aku menangis, air mata yang mengalir itu membawa bersama kesedihan dan kedukaan yang kita alami..try la..insya Allah mujarab..hahahha..da macam jual minyak ubat..

lama-kelamaan aku dah boleh hidup tanpa dia..dengan berkat nasihat dan dorongan yang diberikan oleh kawan aku "NOOR LIYANA OSMAN"..begitu besar pengorbanan yana pada aku..banyak bagi nasihat..thanks yana..ni la kawan..sentiasa bersama-sama dalam susah dan senang..semakin hari aku semakin lupa kat dia..tapi tanggal 19 january 2010..besday aku tuh..tetiba dia bagi mesej kat myspace..mintak maaf..aku gembira + sedeyh + terharu + geram + marah = da macam ABC..macam2 ada..aku tak tau nak reply ke tak..dan akhirnya aku kuatkan hati aku..aku reply gak..sebab aku nie jenis yang mudah memaafkan orang lain..aku tak suka berdendam...biar la aku hidup dengan aman damai..tenang..

tak de marah kat sapa-sapa..dan aku cakap kat dia yg kita jadi kawan..memang mendalam maksud tu..aku redha dengan apa yang berlaku..aku lupakan semuanya..walaupun kekecewaan yang aku alami bukan calang-calang..kami dah baik sekarang nie..cumanya..aku dah tak nak berhubung dengan dia melalui telefon..bukan serik tapi not in mood..aku sekarang selalu ym ngan dia..ym saja..no fon anymore..dan aku dapat rasakan yang kami dah baik macam dulu..cuma sekarang nie aku dah semakin berhati-hati dan berjaga-jaga..tak nak dah ajak dia keluar..juz cakap yang biasa-biasa saja..ye lah kalau aku cerita lebeyh-lebeyh dia amek kisah ker..?..

so wat per nak cerita lebeyh..kan..so life must go on..yang berlalu tetap berlalu..dah tak boleh patah balik..yang penting sekarang..aku tak de sedeyh-sedeyh lagi..aku mulakan segalanya yang baru..dan senang cakap la kat sini kan..jangan la terlalu percaya dengan orang..once kita dikhianati..konfem kecewa tak sudah..betol aku cakap..aku dah rasa..cumanya di sini..aku bersyukur sangat-sangat..sebabnya..Allah dah kembalikan kawan aku..kawan yang aku sayang sangat-sangat..no one yang macam dia..sekarang nie happy sangat..aku rasa lega..so aku nak kongsi kat sini yang setiap kesedihan yang dihadapi mesti ada kebahagiaannya..dan tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan..dan tak salah jugak kalo kita mengalah..hati tak sakit..hidup tak susah..masalah pon selesai..yang pentingnya di sini jangan ego..tak kemana perginya kalo ego tu tinggi melangit..okeyh..aku rasa lega sangat-sangat dapat share kat sini..hhmmm..tak tau la sapa yang akan baca nanti..akhir kata..aku redha dengan apa yang telah dan akan berlaku.. ;-)

19 February 2010

peringatan untuk diri..


today => 18 february 2010..

nothing yang best..cumanya cam biase2 jek..aku luangkan masa aku dengan membaca buku yang bertajuk "motivasi menjadi wanita paling bahagia"..hati aku amat tersentuh bila baca isi-isi nya...aku tekad untuk berubah..tapi aku xde sesapa yang dapat membantu..yang membantutkan niat aku ada la..tetiba aku teringat pada seorang kenalan aku tyme kat matrik melaka dulu..aku kuatkan hati untuk hantar mesej via facebook..alhamdulillah..dia reply..aku luahkan semua masalah aku kat dia..dan syukur kapada Allah..dia bagi banyak nasihat pendapat yang aku rasa sangat-sangat berguna pada aku..dan aku tertarik dengan kisah LUQMAN yang diceritakannya..

"ada 1 kisah..tentang luqmanul hakim dan anaknya..satu hari,luqman n anaknya berjalan dgn seekor himar..anaknya ddk diatas himar tersebut dan luqman menarik himar..berjln hingga berjumpe dgn seseorg..org tu pun marah kepada anak luqman kerana tidak hormat kat ayahnya..die duduk sdg ayahnye berjalan..jadi,mereka pun tukar..ayah diatas,anak dibawah..berjalanlah diorg sampai jumpe org lain..org tu pulak kate kat luqman,ape punye ayah la kamu ni seksa anak..suh anak jalan..jadi luqman pun turun dan berjalan dgn anaknye sambil menarik himar..selepas itu jumpe org lain pulak..die kate,apelah bodoh kamu nie,ade kenderaan tak nak naik..jadi kedua beranak nie pun naik la dua2 skali atas himar..selepas itu,jumpe org lain pulak..org tu pulak kate,ape la kamu nie kejam,seksa binatang..naik dua2 skali..lalu luqman dan anaknye pun turun dan angkat himar tue..selepas tu,jumpe lagi org lain..org nie pulak ckp,ape la bengongnye kamu nie..org tunggang kenderaan,ni kenderaan yg tunggang die..

lalu luqman pun kate kat anak die,"wahai anakku,apapun yg kite buat,orang akan mengata dan tak puas hati..jadi buatlah apa yg betul dan kite pasti benda tu sesuai".."

aku betul2 terpikat dengan kisah ini..dan akhirnya aku faham realitinya..insya Allah..aku akan cuba berubah..hhmmm..

ada lagi satu kisah sal aku nie..aku rasa happy sangat-sangat..kawan2 sekolah aku da jumpa balik..rindu sangat tyme sekolah dlu..especially tyme form 3..dont know why..aslam..ammar..ika..ekin..ijah..amy..izza..huhu..semua aku sayang..semua da ada life sendiri..semoga berjaya...keyh..ok la kat sni je kot..jumpe lagi..tata ;-)

12 February 2010

lab mikrob pulak yer...


today : 11 feb 2010..
ari nie ada lab gak..tapi lab mikrob..aku sangat suka ari nie..da macam profesor..aku tak suka observed organism melalui mikroskop..paling aku tak suka...maaf yer..tapi hari nie kami belajar dan praktik "aseptic technique"..satu perkara yang sangat baru bagi aku..amali tadi tak lama pon..lebih kuran satu jam 30 minit..padahal tempoh masa sebenar 3 jam..dasyat tak..cepat giler kan..itu la student zaman sekarang..semua nak cepat..hahaha..termasuk la aku..hebat-hebat..banyak gak la benda yang kami belajar time amali tu..sangat-sangat la banyak..bljr guna inoculating loop ngan inoculating wire...terasa begitu educated..hari nie kelas tak banyak..ada 2 jek...

1- ecology => lecture cam biasa..belajar wat life table..
2- lab mikrob => yang aku citer kat atas tu..

abes je lab mikrob..aku balik bilik..online..nk hilangkan tekanan jiwa..aku tak gila lagi..then tetiba aakram online..aku pon tegur la dia..nak arapkan dia tegur aku..??berkurun la..tak tau bila..aku bukannya apa..nak pastikan persahabatan kami nie tak tergantung cam 2 ja...kan..kan..haa...ni lagi satu yang wat aku iri hati sangat..ramai yang sibuk packing barang nak balik kampung..cuti seminggu...tapi aku..??..tak balik pon..dok kat kampus jek..best gak dok sini..hehehe..tak percaya..mai la sini..baru tau..kih..kih..k la ak rase sampai sini je kot..esok aku storymory lagi k...

10 February 2010

matrix life yang best sangat..






aku suke sangat2 gambar nie..dont know y..???..enjoy k..coz aku pon rasa enjoy sangat bila tatap gambar2 nie..huhu

07 February 2010

masalah aku ker..??


gambar aku ngan my cousin...

salam..rase cam da 5 hari x post pa pe..ntah la..rasa begitu stress..tak tau kenapa..aku akui lately ak memang tak happy..rase cam ada something yang bermain-main difikiran nie..tapi ape yer..??..kekonfiusan melanda diriku...maafkan aku teman-teman..aku memang tak de mood..aku rasa begitu sedih..kecewa..tentang sesuatu yang begitu bermakna dalam hidup aku..jiwa aku begitu kosong..tapi penuh dengan iman..insya Allah..disaat aku macam nie..aku perlukan seseorang yang dapat aku share everything..tapi aku tak jumpe lagi seseorang yang boleh ganti tempat "sf" aku..dats y aku terlalu depress gilak..aku alone..no one yang jd pendengar setia aku..luaran aku memang nampak ok..tapi dalaman aku..??..aku terlalu sensitif..and by time..aku masih perlukan seseorang untuk bercerita..berkongsi segala suka duka yang aku alami..aku rindu sangat-sangat kat wani..she's the only one yang tak pernah boring ngan aku..walaupun aku "panas"..tapi die la "cooler" aku..u know what i mean...kadang aku nie tak boleh stand sendiri..i need someone to talk..everytime..not just only today or tomorrow..i really-really one that..tapi..dalam keadaan yang macam sekarang nie..i dont have any choice..aku terpaksa bersendiri..dulu ade je member yang aku share everything..but after that case...rasa dah hilang kepercayaan..lepas tu..sorang-sorang orang yang aku eprcaya..pergi tinggalkan aku..dan aku..??..terus merelakannya..aku terpaksa kerana tuntutan jiwa dan perasaan..dan Alhamdulillah..aku masih terpelihara daripada gejala "love" yang melanda remaja sekarang..thanks to Allah..insya Allah..akan aku kekalkan status dan jiwa ini..kerana bagi aku..cinta yang sejati dan diredhai adalah cinta selepas pernikahan.."ijab dan qabul"..aku cuba mencari cinta itu..walaupun terpaksa menunggu 10 tahun lagi..dan aku amat mengharapkan itu...the point here is..jangan terlalu mengejar cinta hingga terabai cita-cita..bukan mengkritik..tapi itu lah hakikatnya..aku doakan kawan-kawan aku yang sedang dilamun "cinta"..akan berjaya di dunia dan akhirat.."one is better than two"..

29 January 2010

tinggalkan aku


Ya Allah..tabahkan hatiku Ya Allah..tetapkan iman ku Ya Allah..jangan lah Engkau pesongkan aqidahku..tetapkan aku dijalan yang Kau redhai..aku sendiri tak faham kenapa semua rubbish nie still ada dalam kepala otak aku...aku cuba untuk lupakan semuanya..tapi bila nak lupa..that's come again..remind me all the rubbish..aku tak tau nak share ngan sapa...

apa yang ada dalam hati aku sekarang..kadang-kadang aku berasa begitu sedih..mengenangkan peristiwa-peristiwa yang begitu melukakan hati aku..aku terlalu lemah untuk hadapi semua nie..aku kehilangan orang-orang yang aku sayang sepenuh hati aku..walau seribu kali kemaafan telah aku beri..tapi tak mungkin dapat mengembalikan nostalgia dulu..saat kami semua bahagia..

setelah apa yang berlaku..tak mungkin semua tu akan kembalik macam dulu..hati aku kecewa..mana mungkin diubati..hati aku terluka..mana mungkin disembuhi..hati aku hancur..mana mungkin dapat dibaiki..yang pasti aku masih seperti dulu..mengharapkan memori indah tika dulu dapat diulang..kenapa asyik aku yang mengalah..memaafkan orang lain..sebab sayang..aku terlalu sayangkan orang-orang yang istimewa..tapi tak semua orang sedar tentang tu..yang pastinya..hanya aku yang bersungguh-sungguh..amatlah kecewa..

Mak..Abah..banyak beri aku semangat untuk teruskan hidup..mungkin ada hikmah dengan apa yang telah pun berlaku..apa yang aku harapkan..aku nak orang-orang yang dah buat aku sedih dan kecewa..pergi tinggalkan aku..jangan sesekali cari aku..setiap kali mereka ada..rasa kecewa ini tak kan pernah hilang..rasa sedih ini tak kan pernah kurang..tapi tiada dendam..hanya ingatan..pergila tinggalkan aku dengan hidup aku..tinggalkan aku untuk bina hidup baru..dengan insan-insan yang baru aku kenali..tinggalkan aku..please..please..please..

21 January 2010

Sahabatku..selamanya..

sama-sama..mengejar mimpi..
sama-sama..turun ke lembah sepi..
suka duka..
bersama dirasai...