25 August 2009

DAHAGAKAN KASIH AYAH...

(KISAH INI DITULIS UNTUK SESIAPA YANG MASIH ADA PERASAAN KASIH SAYANG)



Amin terjaga daripada tidurnya apabila menyedari tombol pintu rumah diputar. Jelas kelihatan wajah ayahnya yang lesu dan letih kerana bekerja seharian. Sudah hampir 3 jam dia terlena di atas sofa ruang tamu kerana menunggu kepulangan insan yang amat dirinduinya itu. Setelah meletakkan kasut di dalam rak, Encik Rasyid menyedari dirinya diperhatikan. Dia agak terkejut kerana mendpati Amin msih belum tidur. Dia menghampiri tubuh kecil anaknya yang baru berusia 7 tahun itu dan melabuhkan punggungnya di sebelah Amin sambil mengusap lembut rambut anaknya.



“kenapa anak ayah tak tidur lagi ni? Esokkan nak sekolah.” Pertanyaan Encik Rasyid memecah kesunyian malam itu. Amin menatap wajah ayahnya. Raut sayu wajahnya sedikit menyentuh hati si ayah. “Kenapa anak ayah ni? Ada masalah ke?” Amin hanya dia membatu dan mencebik. “Dah la. Pergi masuk tidur. Esok nak bangun awal.” Amin bangun dan berjalan perlahan menuju kea rah biliknya. Walaupun Encik Rasyid menyedari anaknya seperti mempunyai masalah, dia tidak terus bertanya kerana dia sendiri pun letih. Langkah Amin terhenti tiba-tiba dan terus menoleh ke arah ayahnya. “ Ayah, Amin tanya sikit boleh?” Encik Rasyid tersenyum dengan tingkah anaknya. “Ada apa sayang ayah?” tanya Encik Rasyid dengan lembut. “Berapa pendapatan ayah sejam?”. Tiba-tiba dahi Encik Rasyid berkerut.
Dia agak terkejut dengan pertanyaan anaknya itu.

“Kenapa nak tahu? Dah pergi masuk tidur.” Suara si ayah sedikit menengking. “Ala ayah, bagitahu la Amin berapa gaji ayah sejam bekerja di pejabat.” Amin maish merayu ingin mendapatkan jawapan. “RM20 sejam, kenapa nak tahu?” Amin hanya terdiam memandang lantai. Dia kmeblai menatap wajah ayahnya dan bertanya. “Ayah, boleh Amin pinjam RM10?” Pertanyaan Amin membuatkan Encik rasyid mengeluh. “Oh, itu yang sebenarnya nak dari ayah. Nak buat apa dengan RM10? Nak beli barang mainan lagi? Jangan membazir. Ayah cari duit penat-penat. Bukan nak membazir sebarangan. Dah, sekarang pergi masuk tidur.” Kanak-kanak berusia 7 tahun itu terdiam dan perlahan melangkah menuju ke bilik tidurnya semula. Si ayah pula mula memikirkan mengapa si anak kecil meminta wang sebanyak itu daripadanya. Dengan perasaan serba salah, Encik Rasyid melangkah menuju ke bilik anaknya. Pintu bilik dibuka dan dia mendapati yang anaknya masih belum tidur. Dia menghampiri anaknya yang sedang menarik selimut menutup badan.



“Kalau kamu betul-betul memerlukan wang, nah ambil ni.” Encik Rasyid menyerahkan wang RM10 kepada Amin. Amin tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Sebelum sempat Encik Rasyid melangkah keluar, Amin memanggilnya kembali. Dia menoleh dan memandang wajah anaknya dengan perasaan sedikit geram. “Nak apa lagi?” tengking Encik Rasyid. Amin terkejut dengan suara ayahnya. Kemudian si anak tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan not RM10 yang sudah renyuk. Si ayah kembali berang dengan sikap anaknya.
“Dah ada kenapa minta lagi? Dan dari mana kamu dapat duit tu?” lenting Encik Rasyid kepada anaknya yang sedang menuju ke arahnya. Amin memandang ayahnya.



“Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi setiap hari. Amin minta lagi sebab duit ni masih tak cukup.” Si anak menerangkan kepada ayahnya. Encik Rasyid masih tidak berpuas hati.



“Tak cukup nak beli apa? Amin jangan nak beli benda yang bukan-bukan.” Suara Encik Rasyid lebih tinggi kali ini. Amin hanya tunduk kerana tidak berani memandang wajah ayahnya. “Sekarang Amin ada RM20. Ayah ambillah duit ni. Amin nak beli sejam masa daripada ayah. Amin nak ayah balik awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.”

(kisah ini di diberi oleh sahabatku NURUL JANNAH pada 24 ogos 2009 kepada aku ketika kuliah statistics for biology I sebagai teladan..dan aku kongsikan di sini sebagai teladan kepada bakal2 bapa...dan seluruh umat manusia...komen yer)

2 comments:

  1. hemm... bagus btol narrative essay kawanko tu.
    ape2 pon, family first(macam kempen plak!)
    yg penting, rajin2 lah contact parent
    ye....
    slamat ramadhan, and slamat study!!!

    ReplyDelete
  2. bai,,,
    sedihnye aku baca,
    abah aku pun bz gak weih
    dalam sbulan tu, dapat bkumpul ngan die dalam 10 kali je kot dulu

    tapi kita sebagai anak, mesti rela buat ape je untuk mak ayah kita ekekeke... walaupun die jarang balik, bizi ke ape ke, tapi... dihati mereka tetap kita.

    ReplyDelete

Terima Kasih . Syukran Jazilan