01 April 2011

aku jatuh cinta pada Bumi Kenyalang terutamanya UNIMAS

. aku happy + suka + bahagia dok kat unimas .
even jauh dari family . balek kampung hanya 2 kali setahun
aku happy . aku x sedih pon bila berjauhan dengan orang tersayang
malah aku x de sesapa kat sni melainkan kawan
mungkin kesilapan lalu mendewasakan aku
aku penah tinggal di asrama yang jaraknya hanya lebih kurang 60 km dari rumah
tapi aku homesick dan rasa nak balik
tekanan dengan perangai senior-senior aku yang pelik
lepas 2 peraturan yang sangat buat aku tertekan
bila dah kembali ke sekolah lama . aku berulang alik dari rumah
baru aku sedar . aku bukanlah seorang yang betah di control
aku x suka di control . sebab membuatkan mood ak sangat teruk
kat sekolah asrama tu . aku ade kawan-kawan yang baik
tapi disebabkan pelajaran
aku sanggup berpisah dengan kawan-kawan . cikgu2 dan makcik2 DM
aku nak membuktikan pada semua orang yang bersusah payah menukarkan sekolah aku
bahawa aku . mampu berada jauh dari keluarga
dan alhamdulillah masa aku di matrik melaka . sedikit pon ak x homesick
kalo cuti seminggu dan ke atas baru la balik kampung
see . aku telah buktikan
dan sekali lagi aku berjauhan dengan orang tersayang
aku dapat tawaran belajar di Unimas . Sarawak
jauh sangat . kalo xde duit x boleh balik
balik hanya cuti sebulan dan ke atas
kalo setakat seminggu . jangan mimpi la . gigit jari je la tgok sarawakian balik kampung
tapi u know what . bagaimana perasaan setiap kali aku balik kampung ?
x sama dengan orang yang kerap balik
perasaan setiap kali tibanya cuti . memang excited gile
hanya Allah yang tahu . tapi alhamdulillah
di sini . aku ada kawan-kawan yang senasib . berjauhan dengan orang yang tersayang
tapi bernasib baik pada mereka yang bertemu jodoh di sini
masih ada yang sayang
tapi bagi mereka yang x bertemu kasih di sni . x bermakna xde orang yang sayang
kawan-kawan ramai sangat
housemate . rumet . classmate . kawan-kawan kelab . kawan-kawan kolej
semua yang ada di sini
kadang-kadang yang jumpa kat bustop . sesama tggu bas pon jadi kawan
kawan x kkra di mana . yang penting ikhlas
now on . dah 2 tahun kat sini . lagi sebulan je lagi dah nak abes sem 4
dan bermulalah praktikal selama 2 bulan
masuk sem 5 akan busy dengan Final Year Project
dan aku ? masih sibuk dengan subjek-subjek yang aku drop
okies . x pe biar susah2 dahulu . senang-senang kemudian
impian aku kat unimas nie satu jek
aku nak grad ngan kawan-kawan kelas aku . aku nak share kegembiraan dengan diorang . insya Allah mampu menempatkan diri dengan orang-orang yang berjaya dengan cemerlang
memang x dinafikan terlalu banyak kepahitan dari kemanisan dalam tempoh belajar nie
konflik dengan diri sendiri . kawan . pensyarah
banyak sangat-sangat . give up ? x semudah itu . masih jauh perjalanan
kalo tyme belajar nie x boleh handle semua tu
time keje nanti cam ne ? dunia luar sana lebih mencabar i told u
so . apa-apa konflik dalam universiti nie
hanya permulaan
one day . kita akan tau betapa kepahitan lalu mendewasakan kita
ya !
kalo x percaya . cuba tanya orang-orang yang dah berpengalaman
mereka lebih mengerti
orang selalu cakap . kenapa pilih u yang jauh
falsafah ak satu : selagi kita mampu membuat pilihan . pilihlah sesuatu yang kita x akan dapat jika tiada sebab untuk kita dapat
aku memilih untuk belajar jauh sebab aku tau kalo bukan kerana belajar aku x kan sampai sini .
kalo saje-saje nak bercuti . aku x tau bila
tapi dengan adanya sebab aku belajar . aku tau aku boleh sampai sini
kita boleh buat pilihan . dan aku berani katakan
ini pilihan aku
kalo di semenanjung anytime aku akan pegi sebab hanya menaiki kereta dan kos yang x tinggi
tapi ke sini . x semudah dan semurah yang disgka
bagi orang yang loaded . mungkin tiada masalah
tapi bagi aku . ianya satu masalah . sebab aku berasal dari keluarga yang biasa
hanya ilmu dan pengetahuan mengubah hidup kami
alhamdulillah . 2 tahun di bumi kenyalang
terasa bagai mimpi
jika diberi peluang . master aku juga di sini
sebab aku jatuh cinta pada bumi kenyalang .
kepelbagaian etnik dan budaya . betul-betul mengagumkan
hidup dalam suasana yang berbagai kaum
iban . melanau . limbawang . bidayuh . melayu . cina . india
hanya mereka yang berada di sini tau keistimewaannya
dalam rumah aku saja
ada 2 orang iban . dalam kelas ada orang melanau . bidayuh . limbawang . kadazan . macam2 lagi
indah kan . betapa bertuahnya aku

itulah ceritanya . best berada di sini

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan