08 October 2011

PERJALANAN part i

Assalamualaikum :)

pertama sekali nak minta maaf kepada semua silent readers . sebab kali ni aku nak tulis tentang peribadi sikit . tapi still ade something yang boleh dimanfaatkan . moral of the story la katakan :)

entry perjalanan part 1 kali ni mengisahkan perjalanan kehidupan aku sejak bergelar mahasiswa universiti bermula 1 julai 2009 . tarikh ape tu ? tarikh aku dan kawan-kawan intake julai 2009 angkat sumpah menjadi pelajar UNIMAS . ingat tau . penting sangat-sangat tarikh tu . so memorable . dan kali kedua untum kumpul ramai2 majlis formal macam tu masa konvokesyen nanti . insya Allah :)

perjalanan aku sebagai seorang pelajar U tak semudah yang disangka . walaupun pada awalnya semuanya berjalan dengan lancar . tapi kita hanya mampu merancang . tapi Allah yang menentukan . aku tak genius . nak dapat apa2 pon kena usaha yang tinggi . sebab ade sesetengah orang tu macam senang je dapat dean list . aku nak lepas 3 pon tercungap-cungap sepanjang jalan . tapi aku tak penah putus asa . walaupun kadang-kadang rasa malu dengan kawan-kawan yang dapat 3 pointer . tapi aku tak minta la nak dapat pointer macam tu :)

aku tetap teruskan perjalanan aku walaupun agak berliku dan berduri . belum lagi problem dengan kawan-kawan . housemate semua . itulah bayaran yang perlu dilunaskan oleh seorang pelajar . nak pulak hidup jauh dari family . tapi bukan aku je . ramai lagi yang macam tu . so jangan la sedih-sedih sebab jauh dari family . sebab itukan pengorbanan . kalau rasa kita ni rindu sangat dengan family . cuba fikir kawan2 kita yang kat kuar negara tu . lagi extreme tau . jadi bersyukurlah :)

pendek kata . setiap kali kita rasa 'kenapa macam ni . kenapa macam tu' .. cepat-cepat la istighfar . ada yang lebih teruk dari kita . kira macam macam kita ni masih di tahap biasa biasa ja :)

masalah kewangan adalah yang paling kronik . duit pinjaman yang ada memang tak cukup walau dah berikat perut sekali pun . dugaan kan . kalau yang family loaded tu . ni bukan la satu masalah . tapi bagi orang macam aku ni . hanya Allah yang tau :)

sebab tu lah aku selalu motivasi diri aku sendiri *xde orang nak bagi motivasi* . jangan mengeluh dengan apa yang aku alami sekarang . sebab ada orang yang lebih teruk :)





so ini untuk part 1 . nantikan part seterusnya untuk penceritaan yang lebih jelas :)

1 comment:

Terima Kasih . Syukran Jazilan