02 October 2011

*selamat menyambut ulang tahun kelahiran - 20*

Assalamualaikum :)

dah 20 tahun dah kamu . semoga kamu jadi anak yang baik dan soleh . hamba Allah yang patuh pada agama ISLAM . semoga kamu berjaya di dunia dan akhirat . dan semoga kamu berjaya mencapai apa yang kamu impikan selama ni :)

special wishes untuk hari lahir yang ke 20 . apabila bertambahnya usia anak ADAM maka makin dekatlah dia dengan kematian . dunia ni sementara je sayang . banyakkan ibadah kepada Allah . seolah-olah kita nak mati esok . tapi kejarlah harta dunia seolah-olah kita nak hidup 1000 tahun lagi . biarlah dunia remaja kita terisi dengan perkara yang mendatangkan manfaat kepada kita dan orang sekeliling kita .. :)

biar payah mendaki puncak kejayaan . biar lelah sepanjang perjalanan . biar jatuh tersungkur kerana kegagalan . selagi impian itu ada . ikhlas itu di jiwa . ALLAH sentiasa membantu hambaNYA yang bertaqwa . kejayaan akan lebih bermakna jika ianya dari usaha kita sendiri . dan kejayaan itu terzahir daripada kegagalan di sepanjang perjuangan . jangan pernah putus asa untuk mengejar cita-cita . jangan pernah terleka dengan kejayaan sementara :)

carilah redha ILLAHI . bagaimana ?? letaknya di hati (qalbu ) .. berusahalah memiliki redha itu . akak doakan segala yang terbaik untuk kamu . bagi akak . orang yang layak untuk bergembira adalah orang yang sentiasa SABAR dengan ujian dan dugaan sepanjang hidupnya . jangan lekas kecewa kerana cinta manusia . mungkin ada CINTA SEJATI menanti kamu di hadapan . berusahalah mencari CINTA SEJATI yang diredhai :)

ni sajak untuk kamu :

Semakin hari masa meninggalkan ku..
Terkapai-kapai mencari hala tuju
Jalan luas terbentang
Namun tiada papan tanda
Tiada kompas
Menjadi panduan jalan yang patut ku pilih

Namun aku mesti mengambil risikonya..
Samada kiri mahupun kanan
Mungkin aku kan menerobos ke lubang gelap
Atau menjejak kejayaan

Tuhanku,
padamu aku berserah
Semoga sisa-sisa hidupku dapat ku penuhi
Dengan keberkatan dan keimanan


selamat menyambut ulang tahun kelahiran SHAFIQ SHAHAIMI :) lots of love from me your sis ^^



2 comments:

  1. salam akak ^_^

    selamat hari alhir buat adik akak ^_^

    ape yang paling maya suke bila bukak blog akak,

    maya suka tiap lagu yang brdendang sama...

    suka. ^__^

    ReplyDelete
  2. terima kasih maya :) akak suka tukar2 lagu .ekceli shafiq tu bukanlah adik kndg akak . tp akak aggap die mcm adik akak .. hehehe :)

    ReplyDelete

Terima Kasih . Syukran Jazilan