20 November 2011

ujian dari ALLAH :)

Assalamualaikum :)

penah tak korang alami perasaan yang sebenarnya korang happy tapi tak happy . erk . macam mana tu ? orang sekeliling korang semuanya gelak-gelak enjoy . korang enjoy jugak tapi dalam hati macam ada something yang terpendam . kalau duduk sorang-sorang akan mengalir airmata sebab sedih . susah hati dan gelisah yang amat sangat .

kawan aku dh masuk ICU . hanya Allah yang tahu perasaan aku sekarang ni . terbayang-bayang kenakalan dia dalam kelas . tapi itu lah yang menceriakan keadaan . last aku jumpa dia masa reunion 25/12/2010 . dia ni member kelas masa form4 ngan form5 . luaran nampak steady ja . tapi kita tak tahu Allah nak uji dia dan family dia sampai macam tu sekali .

okaylah . kita tak payah nak sedih sangat dengan apa dia alami sekarang . tapi aku sedih bila teringatkan mak dia . ayah dia . sape nak sangka . semuanya sekelip mata ja .

Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]

Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan

Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]




Dalam ayat ke-214 surah al-Baqarah, ada dinyatakan bahawa orang yang diuji itu akan mendapat pertolongan daripada Allah serta akan diganjari dengan syurga;

أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214]

so kita melihat semua ni dengan positif walaupun tak semudah itu untuk hadapinya kan . aku mendoakan yang kawan aku ni akan sembuh macam dulu2 . dan dia serta keluarga dia anggap ujian dari Allah ni adalah satu anugerah . dan setiap apa yang berlaku tu ade hikmahnya ;)

2 comments:

Terima Kasih . Syukran Jazilan