19 December 2011

1000 kenangan di sampling site with PATAH SERIBU :)

Assalamualaikum :)

dah lama rasanya tak menaip kat sini . so . just nak share pengalaman sepanjang 4 hari di sampling site for my Final Year Project. sekarang ni aku baru je balik dari Batang Lupar . tau kat mane ? google je . actually kami menetap di Betong . rumah orang kampung kat situ . perjalanan dari Unimas ke Betong lebih kurang 6 ke 7 jam kalau naik kereta . memang sangat lama . tapi sangat best dapat travel macam tu . a long journey .

kitorang bertolak dalam jam 9.30 pagi dari Unimas setelah memasukkan semua barang dalam kereta . and semuanya ok sepanjang perjalanan tu but suddenly kereta yang dinaiki Prof dan beberapa orang lagi mengalami kerosakan tayar . so terpaksa tukar tayar and cari tempat nak isi angin tayar tu . sempat gak la borak-borak ngan Prof sementara tunggu semuanya ok . then kami teruskan perjalanan . matahari terpacak atas kepala dan perut seakan memulakan konsert . kami berhenti di Lachau . makan tengah hari . Prof belanja . mula-mula kaget jugak la kan . duit tak de . tapi Prof suruh makan . sape nak bayar ? hehehehe . Prof yang bayarkan semua . selepas semuanya kenyang . kami teruskan perjalanan mengharungi lebih kurang 90 kilometer . lamanya nak sampai .

sampai je dekat sungai . oooooohhh . kena naik feri nak ke seberang . namanya feri batang saribas . batang saribas ?? google lah . haha . kami ni macam excited la sikit kan bila dapat lalui macam tu . kereta dalam feri . kitorang lepak kat luar . x lama pon . dalam 5 minit ja . menyeberang sungai la katakan . bukannya laut . dan perjalanan di teruskan dan akhirnya sampai di rumah pakcik kifle dan disambut oleh mereka sekeluarga berserta anak gadis yang comel wani n aini dan si adik kecik fatin dan adik hensem . hahaha . semua dapat nama ..

malam tu kitorang ada short briefing untuk esok . sampling site yang pertama . Tanjung Melaban . study site aku tu . selepas di'brief' . kami pon menyediakan kelengkapan dan memastikan semuanya dalam keadaan baik . dan kami melelapkan mata untuk mengumpul energi esok pagi . jam 7.30 pagi (16/12/11) . semua dah ready . selepas sarapan kami bertolak ke jeti kampung triso . bot bersama barang2 dah dibawa melalui jeti di hadapan rumah pkcik kifle . di jeti kpg triso . kami menunggu dengan penuh kesabaran . dan akhirnya ekspedisi dimulakan .

perjalanan menggunakan bot untuk ke Tanjung Melaban agak jauh . panas terik tapi sabar . dan bot meragam x mau pecut . baiki sana baiki sini . dah ok . dan sampai di station 1 . near to Pulau Burung . semua station ok . best . walaupun panas . jam 12 lebih kami pulang ke jeti . segala panahan matahari dah tak hiraukan lagi . buktinya . muka kami semua TERBAKAR . sian .

balik ke penginapan . rest kejap dan teruskan keja untuk filter air yang telah diambil . makan burger dan semuanya selesai jam 9.45 malam . fuhhh . dapat tdor awal . berangan je la . x pon sebenarnya . sebab nak ke Batang Lupar keesokannya . jam 7.30 pagi (17/12/11) seperti yang sama dan perjalanan diteruskan . di bawah terik matahari . meneruskan kajian . u know batang lupar . dada ni berdebar je takut si bujang senang menonjolkan diri . Alhamdulillah semuanya ok . walaupun cik comel buaya tetap ada . dan aku nampak kehadirannya . pengalaman yang tak akan dilupakan . setiap station dilalui dengan penuh sabar dan seronok sebab dapat buat keja sendiri . segalanya ..

berangkat pulang di tengah hari dan seperti biasa kami dijamu makan tgah hari dan kali ni kami lunch dekat rumah kenduri . kari ayam . sedap sangat . lepas tu macam biasa . filter sample air . menguji kesabaran sebab air tu sangat turbid . dan berkat kesabaran semuanya selesai dalam jam 11 malam . before tidur . dah kemaskan semua barang sebab dah nak balik esoknya .. keesokannya semua bangun lambat sebab dah nak balik . dan tunggu turn nak mandi . hahaha . sangat la kelakar . dan sekali lagi menerima undangan kenduri kawen . memang lain dari yang lain . makan buah kedondong dengan nasi plus kari daging sebab perut dah penuh dengan sarapan pagi tu . kenyang sangat

dan akhirnya kami berangkat pulang ke Unimas jam 9.15 pagi . sedih nak tinggalkan tempat tu . 1000 kenangan dengan lagu temanya PATAH SERIBU . hanya kami berempat yang mengerti . LIZA . NOZIE and FAYFAY . segalanya tentang pengalaman . sekian sahaja coretan . dan kami sampai di Unimas jam 4.30 petang . setelah menempuh 7 jam perjalanan . yang bestnya dapat makan durian dan rambutan dengan banyaknya secara percuma . sape x nak barang percuma beb . hehehe . dan kami perlu terus bersemangat untuk menyiapkan labwork . selamat maju jaya semua . layan beberapa keping gambar di bawah :)


depan rumah pakcik kifle



dalam bot



sibuk menyiapkan keja masing2



di jeti kampung triso



atas feri



liza di batang lupar



rumah pakcik kifle . luar je macam ni . tapi kat dalam . fullamak .



batang saribas



dalam kereta . kereta atas feri

secara konklusinya . muka kami semua sun burn :(


2 comments:

  1. wah..macam best je sampling site ni.. :)

    http://haffizmohdnoor.blogspot.com/2011/12/filem-songlap-kecewakan-penonton.html

    ReplyDelete

Terima Kasih . Syukran Jazilan