Wahai Puteri Muslimah Sejati..
salutilah tubuhmu dengan iman..
kerana ia sangat manis pda pandangan jua perhiasan..
usah merasa resah lalu menyolek diri.. inginkan wajah yang lebih indah..
bersyukur dan berbahagialah dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT...
Duhai Muslimah Sejati..
renung dan resaplah kekaguman serta kekuatan, keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan Allah SWT..
kecintaan Ilahi melimpah dan melaut di segenap penjuru alam walaupun pada yang alpa erti kehidupan..
Ukhtiku Gadis yang Dikasihi..
bersihkanlah hatimu..
kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan..
Jannah itu bukan mimpi tapi realiti..
dunia hanyalah persinggahan.. akhirat itu kekal abadi..
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih . Syukran Jazilan