18 January 2012

22 years old

Assalamualaikum (",)

hai semua ! guess what ? hari ni 18 januari 2012 . lagi beberapa jam nak masuk 19 januari 2012 . hehe . menghitung jam untuk melangkah ke 22 tahun . wishlist umur 22 tahun :

  • nak grad
  • nak keje
  • nak kawen
ok x ? inilah yang penting dalam hidup aku dalam melangkah ke alam dewasa . tapi yang last tu kan . hmmm . tak cukup dewasa ke ? hanya aku dan Allah je yang tahu . jangan tanya lebih-lebih ok . yes ! aku masih single . tapi kenapa aku aku terus nak kawen ek ? aku tak wish nak ade boifren . sebab aku tak nak kapel . aku nak kawen terus . HALAL ! diredhai Allah . ALLAH suka . aku memang berhajat nak kawen awal pon . elakkan perkara-perkara ke arah maksiat . zina dan kemurkaan Allah . setuju ?

eh dah dah . masuk 22 ni banyak benda akan berubah . insya Allah . betul la kata orang . nak berubah atau tak semuanya terletak pada hati kita . kalau hati kita nak berubah . mesti berubah . tak de istilah 'belum sampai seru' . apa lah sangat nak berubah kan . untuk diri sendiri jugak . jom sama-sama berubah ke arah kebaikan . ayuh ! dan di tarikh yang istimewa ni . aku akan balik kampung . bercuti semester . suke ! perjalanan yang jauh dari Kuching ke Perak . perjalanan aku mungkin macam ni la kot dari Unimas hingga ke Ipoh

kereta -> kapal terbang ->bas -> ketapi ->kereta

UNIMAS -> Airport Kuching -> LCCT -> KL Sentral -> Ipoh

lebih kurang macam tu la kot . insya Allah . macam tu la perancangan perjalanan aku . dah biasa sorang-sorang macam ni . BERDIKARI ! jangan takut . barulah adventure . i like ! pertama kali balik cuti masa tahun 2009 pon dah balik sorang-sorang . so apalah sangat tahun 2012 ni kan . itulah gunaya belajar jauh-jauh . boleh la belajar berdikari . tak payah nak bergantung dengan orang lain . kan . alhamdulillah . hihi . eksited la nak sampai umur 22 ni . kejap je masa berlalu . rasa macam baru masuk sekolah menengah . 9 tahun yang lalu . tetiba merindui zaman sekolah . entry akan datang lah .

natijahnya . lagi beberapa jam akan jadi 22 tahun . semoga lebih muslimah . insya Allah (",)

4 comments:

  1. best!!umur 22 tahun dah nak habis degree dah, sy umur 24 masih di tahun 2...selamat hari lahir untuk anda

    ReplyDelete

Terima Kasih . Syukran Jazilan