Wahai hati
kenapa kau bersedih
Kenapa kau terluka?
kenapa kau lemah?
HATI seharusnya kuat!
Jangan lemah untuk menghadapi & melawan rasa sedih itu...
Wahai sedih,
Kenapa kau sedih?
Dimana senyuman itu?
Wahai sedih, jangan kau hilangkan senyuman itu dan kebahagiaan disebabkan hatimu sedih...
Wahai senyuman,
Kenapa senyuman semakin pudar?
kenapa senyuman semakin menghilang?
Wahai senyuman, senyumlah walaupun hatimu gundah...
Kerana senyuman itu dapat mengubati hati yang terluka & sedih...
Wahai diri,
Kenapa hatimu lemah,sedih, terluka?
kenapa kamu sedih?
kenapa senyuman sudah tiada?
Wahai diri,
Janganlah kamu sedih sangat,
Janganlah hatimu terluka sangat,
Janganlah kamu sedih,
Ingatlah wahai diri,
Setiap yang berlaku ada hikmahnya,
ALLAH SWT uji hambaNya sebab Dia sayangkan hambaNya...
ALLAH SWT uji hambaNya setakat HambaNya mampu untuk melalui...
Ketika hatimu sedih,
Menangislah dengan sederhana,
Janganlah menangis terlampau lama,
Takut nanti akan memudaratkan diri...
Lebih baik menangis mengenangkan dosa2 kita daripada menangis kerana manusia...
Luahkanlah isihatimu pada ALLAH SWT & banyakkan berzikir...
InsyaALLAH, hatimu akan tenang...
Kebahagiaan itu ada, cuma kamu yang harus mencarinya... ♥
Hargailah apa yang kamu ada sekarang ini,
Itu akan membuat hatimu bersyukur & gembira,
Janganlah bersedih!!!
Sentiasa SENYUM walaupun memang susah untuk senyum tika hatimu tengah bersedih...
Tapi kamu boleh melakukannya....
InsyaALLAH... =)
MoGa kita semua kuat untuk menghadapi ujianNya...InsyaALLAH...
Sabar, Tabah, Redha, Berdoa & Tawakkal
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih . Syukran Jazilan