hai semua ! Alhamdulillah . exam untuk semester ni dah pun berakhir petang tadi . rasa lega yang amat sangat . setelah berhari-hari tidur tak menentu . dan sekarang sy boleh menarik nafas lega . sebab everything is DONE ! tahniah untuk diri sendiri . sebab dah 5 semester berlalu . rasa kejap je kan . pejam celik pejam celik . rasa macam baru semalam mendaftar . dan kali pertama naik kapal terbang . hehe . tapi tu cerita 2 tahun lalu . sekarang ni sy dah nak menginjak ke 22 tahun . berbanding 19 tahun pada kali pertama jejak kaki kat sini . dan sangat lah bersyukur sebab dapat lalui setiap ujian itu dengan tabah dan lihatlah hari ni . sy masih berada di UNIMAS gemilang . mesti semua orang cakap . apa yang susahnya ? setiap orang lain-lain dugaanya . ada yang senang . ada yang sampai dah putus asa sangat-sangat . dan sy ? melalui setiap ujian dengan tabah walaupun terpaksa mengalirkan air mata . tak siapa tahu derita kita . betul ? anyway sekarang semuanya dah pun berlalu . dan hanya tinggal 1 semester untuk menggenggam segulung ijazah . doakan perjalanan hidup sy yer kawan-kawan
dan baru-baru ni ada menerima konflik baru yang boleh sy klasifikasikan sebagai peristiwa yang menghilangkan kepercayaan sy kepada mereka . tiada kata dapat diluah . tiada rasa dapat dikongsi . hati manusia mula berubah . jangan ditanya mengapa begini . betul la kata orang, yang selalu sy guna jugak . lebih baik diam daripada berkata-kata . sebab kita tak tahu yang kadang-kadang kata-kata kita tu boleh buat orang lain terasa . tak pun membuka pekung di dada . cukuplah sekali dikhianati . tak sanggup lalui untuk kedua kalinya . kata-kata mereka sangat membuat hati sy TERLUKA yang amat sangat . bagai dihiris-hiris . kejamkah sy ketika ini jika sy katakan . bukan setakat bercakap, memandang mereka pun sy rasa sedih dan marah . KEJAMKAH ??? apa lagi yang patut sy lakukan untuk tanam balik kepercayaan tu ? hati ni mampu bersabar . lebih baik sy diam daripada membalas kata-kata tu . betul ?
itulah . dugaan datang bersilih ganti . tapi pemikiran yang positif dapat menjadikan setiap dugaan itu sebagai ujian yang mematangkan kita sendiri . seringkali terfikir . kenapa orang suka bercakap tentang orang lain ? dan memperlekehkan kelemahan orang lain ? kenapa ? adakah dirinya merasakan dirinya sempurna atau hanya sekadar mengisi masa terluang . sedih . bila melihat orang sekeliling yang dihadapannya mulia akhlaknya . tapi bila dibelakang . manusia manusia . berubahlah . sebelum terlambat . ingat DUNIA INI SEMAKIN TUA .
syukur Alhamdulillah . setiap apa yang berlaku tu ada hikmahnya . hari ini kita sedih, esok pasti ada sinar yang menanti . itulah corat coret kehidupan . yang baik jadikan teladan . yang buruk jadikan sempadan . kpa mereka yang belum lagi selesai peperangannya . sy ucapkan semoga berjaya .
MAN JADDA WAJADA
setiap yang berlaku ada kebaikkan dia...
ReplyDeletemungkin ada hikmah di sebalik setiap apa yang berlaku..
=New Entr=====
http://kaiakihiro.blogspot.com/2012/01/jom-bertukar-blog.html
betul tu
ReplyDelete