03 January 2012

Wanita Solehah Serikandi Ummah

Dia adalah Hawa.
Dia dicipta sebagai wanita.
Pelengkap lelaki yang mempunyai keistimewaan yang tuntas dan termahal di dalam menjana peribadi unggul dan berprestij.
Dia adalah aspirasi setiap generasi.
Bertepatan dengan fitrahnya yang lembut, berhikmah, halus dan tersendiri, ia mempunyai sentuhan ajaib yang terlalu sukar untuk diganggu gugat.
Agung dan uniknya wanita kerana menjadi tapak semaian pertama benih-benih generasi yang bakal mewarnai dunia dengan agenda perjuangan.
Peranannya di dalam memanusiakan manusia tidak pernah dinafikan oleh kebenaran sejarah.

Dilahirkan sebagai wanita,
insan yang dianggap lemah ini tidak pernah teragak-agak untuk bergandingan dengan rijal sebagai serikandi yang mekar dan terus mewangi di taman dakwah dan jihad.
Senyumnya adalah rahsia yang tersingkap, tangisannya adalah rasa hati dan kemarahannya adalah pemberontakan kasih sayang.

Kedatangan Islam meninggikan martabat wanita untuk bergerak seiring dengan kaum lelaki sebagai sayap kiri perjuangan.

FirmanNya yang bermaksud :

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana ”.
- At Taubah- 71

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan