Assalamualaikum (",)
dulu penah terbaca hukum orang yang 'like' atau 'comment' gambar pasangan kekasih yang bergambar . kat sini maknanya . ade la pasangan kekasih ni ambil gambar berdua dengan aksi loving loving gitu pastu upload dalam facebook . ade pulak la insan insan yang kononnya suka tengok diorang pegi 'like' gambar tu . tak kurang jugak yang 'comment' " alolo sweetnyer korang.. hope bahagia" . "moga kekal" dann pelbagai lagi komen membina . tapi hakikatnya . orang yang bergambar dan menyokong gambar tu tak kira lah 'like' or comment . anda semua di kira BERSUBAHAT ke arah MAKSIAT . nauzubillah
melalui facebook ni . senang je kita dapat dosa . macam mana ? salah satunya macam kat atas tu . yang lain lainnya macam kita marahkan seseorang . lepas tu update status dekat facebook dengan ayat ayat yang kurang enak di dengar . itu belum lagi yang terang terangan menabur fitnah . mengumpat . TAPI facebook ni boleh dijadikan medium dakwah . sebab . dakwah ni tak kenal siapa . selagi kita manusia yang bertamadun kita layak untuk memberi dakwah . sama sama ke arah lebih baik . sama sama nasihat menasihati . kita letak la status yang membina . kata kata hikmah . ayat ayat al-quran . doa . dan banyak lagi . hendak seribu daya tak hendak seribu dalih . semuanya terletak di HATI .
nak jadi baik . kena selalu dekat dengan ALLAH . supaya nawaitu kita selalu di landasan yang BENAR . tapi nak jadi baik ni banyak dugaannya . kena bersedia untuk lalui semua tu . hati kena kuat . mental kena mantap . supaya setiap dugaan dan halangan yang datang dapat di tempuhi dengan cemerlang . semoga ALLAH membantu kita yang ikhlas mencari keredhaan ALLAH . ALLAHUAKBAR :)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih . Syukran Jazilan