Assalamualaikum (",)
SUBHANALLAH . terasa sangat tenang dengan anugerah ALLAH yang ALLAH kurniakan hari hari . sebelum ni macam nampak tak nampak je . bersyukur pon macam hidup segan mati tak mahu . tapi semakin aku diuji, semakin aku rasakan yang ALLAH itu MAHA PENYAYANG . ya! sebelum ni aku terleka dengan keseronokan . al-maklumlah . remaja memang sukakan keseronokan . ape diorang kata "rugilah tak enjoy" . biarlah kata kata tu menjadi angin lalu je . masuk telinga kanan . keluar telinga kiri . bagi aku, AJAL MAUT tak kenal usia . selagi kita diberi kesempatan untuk berubah . berubah lah . jangan ditangguh tangguhkan lagi . sebagai seorang wanita . kita sepatutnya buat checklist WANITA ISLAM . apa yang patut kita buat untuk mendapat title WANITA SOLEHAH . agar hidup kita tak menjadi sia sia .

checklist yang macam mana ? aku cuba senaraikan ok
- jaga aurat . tutup aurat dengan sempurna . boleh rujuk entry entry lepas untuk tentang aurat
- jaga percakapan, perlakuan
- SOLAT ! jangan tinggal . raihlah khusyuk dalam solat
- baca AL-QURAN . tadabbur selalu untuk benar benar memahami isi AL-QURAN
- jaga pergaulan dengan sesama manusia tambah tambah lagi dengan BERLAINAN JANTINA
- jaga hubungan dengan ALLAH
- dan banyak lagi ... berusaha untuk menjadi SOLEHAH . Lillahita'ala
jom perbaiki diri untuk menjadi lebih baik . semoga kita mendapat keberkatan dalam hidup untuk masa yang ada ni . jangan sia siakan kehidupan ini . tau ! jom la sama sama berubah . aku tak nak berubah sorang sorang . aku nak ajak semua orang sama sama berubah kerana ALLAH . insya ALLAH kalau kita ikhlas . perubahan ini akan kekal lama . jadikanlah kisah lalu sebagai pengajaran untuk kehidupan yang lebih baik untuk masa depan . jom jom . ALLAHUAKBAR . hidayah itu perlu dicari . bukan untuk dinanti . INGAT !!! Jika kamu berubah menjadi soleh dan solehah hanya kerana untuk mencari pasangan hidup dan bukan untuk ALLAH , kamu masih lagi diri kamu yang lama . Disebabkan ini , bila ada musibah yg menimpa, ramai menyalahkan takdir dan beranggapan bahawa ALLAH itu tidak adil . Tanya pd diri kamu sendiri, adakah kamu adil dengan ALLAH?

Di antara tanda seseorang itu LALAI adalah apabila dia merasa SELESA dan REDHA dalam suasana JAHILIAH..tetapi ingatlah, hanya Allah yang memiliki hak eksklusif untuk memberi HIDAYAH kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya . Maka, perlulah bagi dirimu untuk MENINGGALKAN sifat-sifat jahiliah yang tertanam dalam diri dan MENCARI sinar hidayah dariNya..hidayah tidak akan datang tanpa USAHA untuk mencarinya, jahiliah juga tidak akan HILANG tanpa usaha untuk meninggalkannya . maka, nilailah dirimu atas nilaian Penciptamu :)

semoga ALLAH merahmati kita semua ! insya ALLAH . gambar gambar yang aku letak ni adalah untuk si dia . tapi entah la siapa . semoga ALLAH tibakan masanya . ‘Imam Hassan Al-Banna menyampaikan ceramah mengenai al-Quran pada setiap hari Rabu di kawasan ‘Al Hilmiyah’. Pernah seorang pemuda mengemukakan satu soalan yang menarik :
"Adakah bercinta itu halal atau haram?"
Hassan Al-Banna tersenyum lama dan kemudian menjawab:
"Cinta yang halal itu halal dan cinta yang haram itu haram."

SUBHANALLAH : Hidayah perlu diminta dari Allah setiap masa, hidayah perlu dicari. Hanya yang benar-benar menghendakinya akan memperolehi. Allah pasti berikan hidayah bagi mereka yang benar-benar dahagakan hidayahNya. Wallahua'alam.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih . Syukran Jazilan