09 May 2012

berlikunya hidup aku ;'(

Assalamualaikum (",)

kalau bercerita pasal family, aku adalah orang yang paling cepat tersentuh dan mudah mengalirkan airmata . entah kenapa aku sangat mudah menangis . mungkin teringatkan amanah mak abah yang aku tak mampu tunaikan . jahatkan aku . aku tak tau aku ni anak jenis apa . mak aku bagi segalanya yang aku nak . tapi aku tau mak aku cuma nak aku happy dan bagi dia segulung ijazah . ya aku mampu untuk itu . tapi aku tak mampu nak habeskan dalam tempoh yang telah ditetapkan . puas aku sedapkan hati . alhamdulillah sekarang makin kiat . sape nak extend pengajian ? habaq mai ? di saat semua kawan kawan mencuba jubah konvo, snap picture sana sini, menangis kegembiraan di hari konvo, sedangkan aku ? masih berjuang untuk satu semester atau dua . ya ALLAH berlikunya hidup aku

dari aku kecik sampai sekarang, untuk dapat apa yang aku nak, sangat susah, even usaha aku sama macam kawan kawan lain, tapi diorang dapat . sedangkan aku ? hanya mampu melihat dan teruskan usaha . baru baru ada call cikgu sekolah . dia kata sepatutnya aku habis semester ni, tapi dia kata kenapa ada lagi ? aku jawab "saya ni memang lembab sikit ustazah, apa apa pon mesti ketinggalan tapi still sampai, cuma lewat sikit" dia kata, "takpa, lambat pon xpat asalkan sampai". kadang kadang ayat yang keluar dari mulut aku telah aku susun . supaya tak nak aku sedih . dulu masa mula2 masuk semester 6 . setiap malam sebelum tidur aku akan menangis sebab aku masih ada di sini sedangkan kawan kawan lain da mula fikir nak keja apa nanti

berat betul ujian ni, aku selalu macam ni . berada di tengah atau dibawah, jarang sekali di atas . aku juga terfikir, adakah akau salah bidang atau aku terburu buru dulu . asalkan masuk universiti . aku dah bertekad untuk ambil second degree dalam bidang psikology atau kaunseling . insya ALLAH . memang itulah yang aku minat dari dulu . tapi disebabkan bidang sains sangat dipandang tinggi aku masuk sains . sedangkan minat aku ? tak ape lah . inikan rezeki dari ALLAH . sekarang aku perlu habiskan semester ni . dan aku telah yakin semester depan tak dapat kolej lagi . dah kena survive duduk luar . tak tau macam mana life aku nanti . aku tak dapat fikir . sangat sangat .

aku nasihatkan bagi adik adik yang belum lagi ke IPT, fikir la betul betul sebelum memilih bidang pengajian, yang penting MINAT, barulah ada usaha untuk berjaya . ok sekarang aku makin kuat, cuma . ada banyak benda dalam fikiran aku . biarlah rahsia . semoga ALLAH permudahkan segala urusan aku :)

2 comments:

  1. saya pun tngah dlam dilema utk pilih kos tok degree..huuu..x pe2..setiap ujian pasti ada hikmahnya..moga ukhti tidak berputus asa..sentiasa berdoa padaNya..insyallah..He knows what the best 4 us..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, terima kasih awak . ALLAH sedang menguji saya

    ReplyDelete

Terima Kasih . Syukran Jazilan