20 June 2012

Syukurlah, moga ada kebaikannya nanti

Assalamualaikum (",)

baru baru ni as usual la kan . kol mak . tapi kali ni memang lama gila la kitorang borak . dekat satu jam jugak laa . macam macam topik keluar . yang paling aku tertarik sekali dengan topik berkaitan dengan 'bersyukur' . aku masih tak faham kenapa masih ada orang di bumi ALLAH ni yang tak reti bersyukur . sentiasa nak persoalkan dan tak pernah nak memahami . 

al-kisahnya . bila adik dia dapat masuk UITM , (maaf la aku terpaksa mention nama universiti) . seronok sangat kan sebab dapat sambung belajar . tapi abang nyer mengeluh sebab duit belanja mingguan adik dia mahal . RM50 seminggu . mahal ? RM50 seminggu . sekali sekala kita kena fikir . macam mana kehidupan seorang pelajar dalam kampus . ok . cuba bayang kan la yer . kalau duduk asrama . memang tak boleh masak . makan wajib perlu beli di kafe . minum lagi . ni paling murah la kan

sarapan                 : air 3 in 1 yang dah ade kat bilik (free)
mkan tengah hari    : makanan = RM3.50 (paling murah) + air (bawak dari bilik)
makan malam        : makanan = RM3.50 + air (dari bilik)

total = RM7.00 sehari x 7 hari (seminggu)
        = RM49.00 (makan sahaja)

RM49 makan je tau, belum lagi add on dengan alat tulis . kalau dah habis dakwat pen . kertas . buku nota . nak print nota lagi . print assignment . sekali sekala mesti nak makan ais krim . biskut . keropok . betul tak ? life dekat kampus mana mana pon . its not easy . makan sahaja dah dekat RM50 . memang sedih sangat bila mak aku cerita macam tu . dia dah tak da sapa nak  bergantung . ayah dah tak da . memang abang dia la . nak tau apa abang dia cakap . tapi bukan lah cakap kat mak dia . tapi cakap kat mak dia . "mahal la duit nak pakai, dia pon ada anak2 nak makan pakai" . tapi bagi aku lah . kalau lah adik dia dengar . apa perasaan adik dia ek ? mesti hilang semangat belajar . rasa menyusahkan . sedangkan dalam kalangan family diorang . dialah nak pegi paling jauh pon . mana tahu satu hari nanti . dia yang nak membela keluarga . nak bantu adik adik yang masih ramai kat bawah tu . sapa tahu kan .

setahu aku la . yuran pengajian UITM tak macam IPT lain . macam u aku, every sem, tak kurang daripada RM1100 . seriusly . tapi ok la sebab tolak dari duit pinjaman . TAPI lagi sekali . masa mula mula nak daftar dulu . yuran semuanya guna duit sendiri . sebab belum dapat pinjaman lagi . macam mana ? semua orang alami benda ni . bila nak berkira pasal duit ni . memang tak kemana pon . sebab dekat dunia ni . semuanya pakai duit kot . tak ade benda yang free pon . 

seriusly aku cakap . aku rasa abang dia ni macam tak bersyukur . tak berfikiran jauh . entah . macam nak jadi politik isu pon ada jugak . aku cuma nak ingatkan kat sini . everything happen for reason . kita kena sentiasa bersyukur . kalau ALLAH tentukan sesuatu tu . mesti ada sebabnya nanti . ada hikmah di sebalik kejadian . kena selalu bagi semangat kepada someone yang memang memerlukan kita . aku harap benda ni semua akan selesai . dan adik dia tak perlu berhenti belajar . jangan laaa . sedih aku . tu je laa nak story . k baaii ..


2 comments:

  1. betul tu dik, pasti ada hikmah sebalik apapun.. alm kenal n dah follow u 596

    ReplyDelete

Terima Kasih . Syukran Jazilan