29 August 2012

kekecewaan yang tak mungkin hilang

Assalamualaikum (",)
 
rinduu . aku terlalu rindu pada dia . siapa ? sahabat baik, BESTFRIEND *kononnya . entahlah apa yang dia tafsirkan tentang sahabat baik . bagi aku sahabat itu akan kekal sampai bila bila . baiknya pada kita macam ahli keluarga sendiri . yang sentiasa ada tika susah senang . tapi itu dulu . sekarang semuanya telah hilang . lenyap sekelip mata . bagaikan mimpi . sedih memang sedih . sedih yang tak terluah dan terus bersarang dalam hati . susah nak keluarkan sedih tu . betapa aku kecewa . yang amat . terkilan yang sangat terkilan . hanya Allah saja yang tahu . puas aku merawat hati aku . memujuk hati ni supaya sabar dan biarkan ianya berlalu . apa yang pasti aku sangat sangat tak boleh terima apa yang dah berlaku (“_)

bukan aku tak redha tapi aku tak percaya semua ni terjadi . untuk dia ::

“maafkan aku sebab aku tak dapat nak jadi sahabat yang kau perlukan sepanjang masa . aku akui khilaf aku selama ini . aku cuba untuk jadi yang terbaik untuk semua orang . menjadi adik , kakak , ibu saudara , anak , sepupu , cucu , sahabat , kawan , anak buah , bakal isteri dan kekasih hati YANG TERBAIK . ternyata aku gagal L aku minta maaf sebab aku tak boleh terima kenyataan ini . hidup aku kosong, sepi, sunyi tanpa kehadiran kau dalam hidup aku yang dulunya sama sama berkongsi suka dan duka . tak kira apa jua rahsia kita kongsi bersama . tapi semua tu hanya tinggal kenangan yang tak mungkin berulang lagi . sebab semuanya telah berubah . aku memang nampak macam terlalu kecewa . ya aku kecewa . 

lebih baik tinggalkan aku sendiri begini . agar aku lebih mengerti yang hidup ini janganlah terlalu bergantung harap dengan manusia . tapi bergantung harap pada Allah lebih baik . sebab Allah akan sentiasa ada . tak pernah tinggalkan kita walau sesaat . maafkan aku sekali lagi sebab aku terlalu merintih akan semua ini . sebabnya ? aku hanya ada kau seorang sahabat baik . bestfriend forever . tapi setelah apa yang terjadi . aku dah tak ada sahabat  baik . maybe . aku redha tapi seolah olah aku paksa diri aku untuk redha . kenapa aku terlalu sedih ? aku tak ada kekasih hati untuk berkongsi . so . sahabat itu ibarat segalanya bagi aku . aku cuba untuk terus tersenyum walau hati aku pedih . aku cuba untuk cari kebahagiaan aku sendiri . dah lama aku tak kecewa macam ni . saat ini biarlah aku luahkan segalanya . bagaimana kesabaran aku diuji . kepercayaan aku dikhianati . aku tak mengharapkan simpati sesiapa . cukuplah aku luahkan di sini . betapa hati aku TERKILAN”

buat semua pembaca . entry ini aku lahirkan dari hati yang lama terpendam . betapa aku terlalu menjaga hati semua orang . terlalu menjaga hati sampaikan hati aku sendiri terluka . dan saat ini . aku hilang sabar untuk kesekian kalinya . aku cuba untuk jadi yang terbaik . tapi di mana silapnya aku . satu persatu kawan aku pergi tinggalkan aku . dan aku masih di sini seperti dulu . menyayangi sahabat aku seperti saudara kandung . mungkin ini masanya untuk aku berubah dan berhijrah . aku lebih focus kepada impian SOLEHAH yang telah lama aku idamkan . menjadi bidadari kepada suami aku kelak . sudah tiba masanya untuk aku benar benar berubah . berusaha menjadi terbaik untuk calon imamku . mencari ilmu akhirat . menjadi wanita islam yang sebenar benarnya islam . menjaga aurat ku . menjaga solatku dan segala ibadah ku . budi pekerti dan sopan santun . 

sebelum ini aku telah melakukan langkah pertama . tapi setelah pulang ke desa bercuti semester . aku was was kerana takut dilabel lupa kawan . aku perlahankan perjalanan hijrah ku . ternyata ujian dari Allah datang menyapa . Istighfar di dalam hati . aku menjaga hubunganku dengan manusia . sedangkan hubungan ku dengan Allah dah mula goyah . aku mula sedar akan tarbiyah itu . ujian . dugaan yang Allah berikan pada aku cukup buat aku rasa Allah sayangkan aku . ampunkan aku ya Allah buat sahabat ku , usah risaukan keadaan diriku . ALLAH ada bersamaku . terima kasih sahabat . atas segala kebaikan dan perhatianmu selama ini . Allah sahaja yang layak menilaimu

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan