26 November 2012

"but in the end ....."

Assalamualaikum (",)

teringin jugak nak bercakap soal hati dan perasaan sebab selagi mana insan insan yang bermakna ni ada depan mata (facebook, twitter dan sebagainya) selagi tu lah kenangan lama tak kan hilang . payah namun terus mencuba, pahit namun terus ku lupa , sakit namun terus ceria . waah kau, ok amek mood, sape tak suka baca just go :)

teringatkan satu zaman pendidikan aku sebelum ni, aku punya seorang kawan yang rapat . agak rapat . berlainan jantina . yeah ! i love being friend with another gender . DULU ! sampai satu tahap kami selalu makan sama sama especially lepas kelas . sometime ! ada banyak benda yang kami kongsi sampai ada satu masa tu aku sayang sayang saayaaaang sangat dekat dia . masa tu harapan aku satu, kalau dia dah mula, aku akan teruskan . dan masa tu dah ada tanda tanda yang positif . aku happy . sebab dia pon kiut ok ! tapi sayang bila dah mula suarakan rasa hati (masa gathering dengan classmate) rasa tu pudar sedikit demi sedikit . tak tahu kenapa . lepas tu kami mula jauh . dalam diam aku rindu sangat ! rindu nak sembang . hu ha hu ha macam dulu .

tak lama lepas tu zaman tu habis . kami mula sms dan chatting di yahoo massenger, kadang kadang calling calling jugak . dan masing masing faham perasaan tu cuma ternyata kedua duanya diam, hanya bersembang benda benda biasa .  sampai satu ketika aku dapat rasa kehilangan dia . kami makin renggang . dah jarang komen di fb, kurang chatting . dan berterusan sebegini sampai sekarang . dah tak ada lagi bait bait bicara . kata kata . bicara penuh rahsia di mana mana . nothing ! 

aku penah dapat satu ayat macam ni dari sahabat aku "dulu dia suka kat ko, tapi ko tolak" aku jawab la, masa bila aku tolak, cakap pun tak penah , then kawan aku betulkan ayat , "dia tak berani cakap sebab risau kau tolak", subhanallah, sampai macam tu kan . kalau lah dia masa tu, mungkin aku tak kan cari lain dan mungkin aku dah nikah time tu . sebab aku penah cakap pada dia, aku tak nak kapel . mungkin itu satu sebab kenapa dia tak berani . sebab dia tak ready . its ok . ini ada ketentuan dari Allah . ada hikmah kenapa dia bukan untuk aku, sebab Allah dah sediakan orang yang lebih baik . dan nak aku penuhkan ilmu di dada dengan sebanyak banyaknya ilmu . aku positif je .

Alhamdulillah, aku juga diberikan hidayah untuk berubah ke arah lebih baik . Allah bagi aku masa untuk mencari identiti aku sendiri . so untuk kamu, aku tahu sekarang dia dah ada yang special, aku doakan kamu bahagia sekarang ni . dan terima kasih kerana pernah menceriakan kehidupan aku . thanks a lot

ok ! dah bab hati dan perasaan . hihi, kiut eyh . k la bukan ape . aku belajar banyak benda daripada semua ni . ada hikmahnya kan ..


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan