20 November 2012

Iktibar Kisah Nabi Ibrahim dengan Burung Kecil

Assalamualaikum (",)

rasa terkilan sesangat dengan sesetengah orang cakap, "alah boikot semua ni tak beri apa apa kesan pun, bukannya kita dapat bantu pun, sekejap je ni, lama lama nanti orang tak boikot dah" dan banyak lagi suara sumbang lagi BUSUK HATI . fikiran sempit dan selalu berfikiran negatif . aku tahu la itu hak semua orang untuk bersuara . tapi apabila ianya isu Islam . there's no reason untuk kita berdiam diri , so untuk mengkeme aku nak cerita kisah Nabi Ibrahim ni supaya kita semua ingat usaha itu perlu ada ::
persoalan BERJAYA ATAU GAGAL mengalahkan Yahudi Zionis yang harus kita bicarakan, tapi tentang usaha dan ikhtiar yang harus kita lakukan... Usaha dan ikhtiar untuk merawat luka saudara seagama yang sedang ditindas di sana....

kita ambil iktibar kisah Nabi Ibrahim dengan seekor burung kecil :: SEEKOR burung kecil terbang, mengisi air dalam paruhnya, lalu menyiram ke atas api yang membakar . Perbuatan itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu mereka menegur burung itu . Bagi mereka perbuatan burung itu yang mengambil air dengan paruh yang kecil, lalu menyiram ke atas unggun api yang besar itu, hanyalah perbuatan sia-sia, kerana api yang membakar Nabi Ibrahim terlalu besar dan marak menyala, pasti sahaja takkan terpadam dengan air yang disiramkan itu .

TETAPI burung itu menjawab dengan penuh keyakinan ‘‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi AKU LEBIH TAKUT KEPADA ALLAH, KERANA ALLAH AKAN MENYOAL AKU NANTI , apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak”

DEMIKIAN juga dalam perkara2 lain
 

4 comments:

  1. assalam..pinjam ayat ye ^_^

    ReplyDelete
  2. Rupa2nya kisah burung kecil dan batu tu pun kisah2 israiliyat....yg x de nasnya dlm quran atau hadis...

    ReplyDelete

Terima Kasih . Syukran Jazilan