27 November 2012

Kawen muda ? kongsi pendapat je

Assalamualaikum (",)



yippe ! hari ni just nak share tentang sesuatu yang dah lama aku kongsi, cuma belum ada ayat yang sesuai . cewaaahh nampak keseriusannya disitu ? baiklah, aku cuma nak kongsi pandangan aku je, yang mana baik tu, ambillah sebagai panduan . ye tak .

sejak akhir akhir ni aku selalu bermimpi pelik pelik yang buat aku terfikir dan termenung saban hari sambil melihat ke langit . mungkin hanya aku yang faham situasinya . teringat pula kisah sahabat aku yang pada pertengahan tahun 2010, kami sangat rancak dan selalu berborak tentang bakal suami . impian kami dan anak anak kami nanti . eh gatal nya . masa itu lah . tetapi dalam hujung tahun 2011 sahabat aku telah diijabkabulkan dengan seorang lelaki yang hadirnya secara tiba tiba dan kerana barakah Allah, mereka bernikah dan bercinta selepas nikah . lucu . sebab setahun sebelum itu masing masing bercakap yang "siapa la nak kan aku ni" . "siapa la suami aku nanti" . "bila la aku nak kawen, lambat lagi ni" . macam macam . tapi itulah kebesaran Allah, rahsia Allah, kalau dah dinamakan jodoh, ianya akan sampai bila tiba masanya . am i right ?

dan bagi aku pula . Alhamdulillah untuk sahabat aku . dah bahagia bersama suaminya . dan bakal menjadi mummy bulan 12 ni . baby boy tak silap . aku yang excited . hehe . moga semuanya baik baik aja . untuk aku ? hurrmmm . aku lebih sukakan cinta selepas nikah . kalau diizinkan Allah elakkan diri aku dari berkapel semua ni . aku cuba ! aku impikan seorang lelaki yang soleh , yang dapat bimbing aku di jalan Allah . yang sentiasa ada untuk aku dan terima aku seadanya . bagi aku jodoh ni kerja Allah . sebab tu aku selalu cakap . kalau dah tiba masanya, aku redha , redha dengan apa yang Allah tentukan, sebab aku tahu, perancangan Allah adalah yang terbaik .

bukan lah aku gedik nak kawen ke ape . just be ready ! masih banyak perkara yang belum selesai pun . degree aku ada lagi satu semester . aku perlu cari kerja . aku nak ada kereta sendiri . aku nak pegi haji @ umrah . aku nak ada rumah . aku  nak ada simpanan sendiri . dan semua itu untuk kesenangan mak abah aku . dan impian aku yang paling besar, aku nak bawak mak dan abah aku pegi umrah, kalau diberi rezeki lebih, bawak diorang pegi haji, ikut agen travel . sebab kalau tabung haji dah kena daftar dah, aku belum lagi, tapi mak dengan abah dah daftar, itulah impian aku yang paling besar sekali . semoga Allah membantu :)

untuk mereka yang nak berkawen jugak, pastikan siap sedia semuanya . ilmu menjadi isteri solehah, menantu solehah, ummi yang mithali . didik anak ikut cara nabi . bina keluarga islam yang sakinah mawaddah warahmah, semua benda tu lah jaminan untuk kita . tengok zaman sekarang ni . macam macam dugaan . so pastikan semuanya lengkap . jangan tangkap muat ja . anak itu saham akhirat kita . yang akan mendoakan kita bila kita dah tak ada nanti . dan walaupun aku dah berkeluarga nanti . aku still nak berbakti pada mak dengan abah . aku nak cari suami yang tak halang aku nak berbakti pada mak abah . malah menyokong aku . mak abah terlalu banyak berkorban untuk aku . so, even aku kawen awal pun, suami aku mesti izinkan aku berbakti pada keluarga . sweet kan .

banyak lagi yang aku nak cerita, tapi biarlah yang lain tu menjadi rahsia aku . dan kawen awal ni bukanlah penghalang untuk kita capai cita cita malah boleh jadi 'booster' untuk kita lebih maju, berjaya dan cemerlang dalam kehidupan . kalau kena pada caranya . wish all da best pada mereka ada plan nak kawen muda . doakan aku ok ! . love you


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan