03 December 2012

Mampukah aku?

Assalamualaikum (",)

entry hati ke hati yer pada 3 disember ni . bila fikirkan yang semester 7 bakal berakhir dan semester 8 bakal tiba tak lama lagi . buat aku fikir, sampaikah hati aku meninggalkan bumi kenyalang yang terlalu banyak memberi kenangan dan pengalaman pada aku ni ? aku akui aku nak sangat cepat habis belajar . nak habeskan degree . tapi itu bermakna semakin cepat jugalah aku bakal tingglkan bumi bertuah ni . tabah kah aku ? kentalkah aku ? Allah rasa tak mau fikir semua tu . tapi itu perlu .

apa yang membuatkan aku saaaayaaaaaannng sangat bumi kenyalang ni ? bagi aku bumi kenyalang adalah bumi yang sangat memahami aku . di saat bumi lain mengetepikan aku, bumi kenyalang menerima aku seorang gadis desa yang serba serbi tak tahu untuk terus menuntut ilmu . untuk terus bergelar pelajar dan mencapai cita cita aku untuk masuk universiti . lihat ! betapa indahnya kenyalang di hati aku . di sini juga aku kenal siapa kawan siapa lawan siapa teman siapa sahabat dan siapa jua kekasih hati . Allah . berat sangat hati ni . 4 tahun aku di sini . cukuplah aku menyatakan aku sayangkan SARAWAK . 

di sini juga aku mendapat petunjuk daripada Allah tentang Islam, di sini juga aku menemui diri aku, identiti aku, imej aku . di sini juga aku semakin istiqamah . di sini juga aku semakin dekat dengan Islam . aku semakin sayangkan Islam dan di sini juga aku belajar juga tentang ukhwah antara kita sahabat semua . indah kan kenyalang . yeah ! mungkin bagi sesetengah mereka, di mana mana pun boleh belajar tentang Islam, tetapi rezeki aku, ketentuan aku, di sini tempat aku belajar semua tu . aku harap sangat rezeki aku masih di sini . agar aku terus istiqamah . sebab hati ini masih belum kuat untuk menghadapai dugaan di sana, di kotaraya di desa tercinta . andai mak abah izikan, izinkan aku berkhidmat di sini setahun atau dua tahun . kentalkah aku ?

bumi kenyalang sangat bertuah, mempunyai masyarakat yang harmoni hidup dalam keadaan berbilang kaum dan agama . masyarakat yang peramah dan yang pastinya sangat baik hati . Allah . mampukah aku melangkah pergi sedangkan hati ini belum bersedia ? aku belum bersedia meninggalkan segalanya di bumi ini . di sinilah aku belajar tentang segalanya . tentang dunia dan akhirat . dan di sini juga lah Islam semakin dekat di hati . semakin mekar di sanubari . indahkan ?

bagi aku . bumi kenyalang ini indah . saaaangatttt indah (",)

4 comments:

Terima Kasih . Syukran Jazilan