01 December 2012

Sedih la jugak ...

Assalamualaikum (",)

welcome to disember . Alhamdulillah, berkesempatan jugak menjenguk disember tahun ni . excited meyh !!! 9 bulan je lagi . tak sabar tak sabar . aamiin aamiin . haha . stop ! nxt story ..

bila dah habis november, masuk disember maknanya tak lama beday aku pun nak sampai lah, yang ke 23 . january yer . awal awal gitu, hehe, tadi kol adik, adik bagi tau yang abang ipar yang sulung start kerja di Terengganu 8 disember tak silap . dia dapat cuti seminggu ja before masuk keja balik . itu aku tak kesah la, yang aku kesahkan pasal mak dengan abah aku . dah 3 tahun akak aku duduk dengan parent aku kat kampung sejak abang ipar aku keja di teluk intan, Vietnam dan yang last ni Bintulu . akak aku tak ikut . so dia duduk rumah aku . anak anak pun sekolah di sini . yang sulung tu daripada Tadika sampai darjah 3 . yang nombor 2 sampai nak masuk darjah 1 dah tahun depan . yang nombor 3 dengan 4 lagi la . sejak lahir diorang dekat umah aku .

si abang cik (nombor 3) lahir di pontian, tapi lepas tu terus balik perak sebab masa tu memang plan nak pindah duduk kampung tapi baby keluar awal . dah 3 tahun la dia kat umah aku tu . yang si echa, nombor 4 baru umur setahun tapi ye la, dah lama kat kampung, celik mata, keluar dari perut dah nampak muka tok muka wan . memang rapat sangat diorang tu dengan mak dengan abah . terfikir jugak , cemana la echa dengan bangcik tu nanti . bila pindah rumah duduk terengganu, dah tak nampak muka tok dengan wan hari hari . mak dengan abah aku pun sama . boleh ke diorang berpisah dengan cucu cucu yang dah 3 tahun dengan diorang . sejak 2009 diorang stay kampung, dalam bulan 3 camtu . 

aku bagi cadangan pada kakak aku, untuk awal awal ni, bawak la mak dengan abah sekali duduk sana 2 ke 3 minggu . supaya bangcik dengan echa biasa dengan suasana sana . agak agak echa dah serasi dengan tempat tu . balik la kampung . seriusli, confirm mak dengan abah aku sunyi lepas ni, lain lah kalau aku dh habes study . aku pun ada lagi 7 bulan lebih kurang . insya Allah lepas habis study aku nak stay dengan parent je dekat rumah . nak teman diorang . nak cari keja area area situ je . sebab tu la kalau boleh, aku nak suami aku orang dekat situ je . supaya aku tak perlukan tinggalkan mak ayah aku . especially time hari raya . so noted !

apa apa pun, kesedihan mak dengan abah aku diorang tak tunjuk pun . tapi aku faham . sangat faham . sebab aku kan suka tengok drama melayu . hahaha . 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan