16 December 2012

Warkah Cinta - Mengusik Jiwa

Assalamualaikum (",)

sobahul khair ..

malam ni aku tak tidur, entahlah, macam macam yang berlegar di fikiran ni . tak dapat nak terjemahkan dalam bentuk kata kata . sambil sambil tu layan youtube tengok cerita 'Warkah Cinta' . masa mula mula layan di tv alhijrah, memang macam malas nak obses sebab mungkin jalan cerita dia yang agak pelik . well u get it right . tapi lama lama kelamaan aku semakin faham nilai yang cuba diketengahkan dan akhirnya aku terbuka hati untuk terus stay tuned dengan episod 9 hingga 11, episod 12, iaitu episod akhir belum lagi diupload .

dah tengok 3 episod aku jadi jatuh hati . dan bagi aku cerita ni sad ending, wardah berkahwin dengan syamsul dan meninggal dunia dalam kemalangan . dan Amir di mesir masih meneruskan pengajian rasa amat sedih dengan kehilangan wardah . wardah ada tulis surat untuk Amir, cuma isinya tak tahu lagi sebab itu di episod 12 . tapi bagi aku . it such a true love . dan apa yang mampu aku simpulkan ::

"tak semua apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan . takdir Allah mengatasi segalanya, kita hanya mampu merancang dan berserah, dan Allah yang menentukan segalanya"

ada lagi ke cinta macam tu ? Cinta Amir dan Wardah ? Masing masing mencari keredhaan Allah dan satu part yang buat aku terharu, Amir kasi gambar dia ada Wardah . blurrr kejap . wait, aku wajibkan dapat novel tu . "Warkah Cinta Berbau Syurga" . cerita ni tak lama, sebulan je . 12 episod . seminggu 3 hari . selasa rabu dan khamis . dah habis pun, cuma aku je belum tengok lagi episod 12 . layan online je kan . so sesapa yang dah tengok sampai habis . share la sikit :)


2 comments:

  1. saya pun belum tengok lagi .
    cuti mid sem ni , InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  2. kena tengok, bg saya best sbb pengajaran disebalik tu

    ReplyDelete

Terima Kasih . Syukran Jazilan