20 April 2013

Aku dan Perancangan :)

Assalamualaikum (",)

ewah tajuk tu . ehem ! perancangan ape yer ? selamat hari sabtu !! Alhamdulillah tak seperti biasa untuk hari ini . selalunya saya tidur selepas isya' dalam pukul 8.15pm dan bangun semula jam 12 tgah malam . SETIAP HARI ! haa ~~ dan bermulalah kehidupan saya sebagai seorang pelajar . siapkan assignment . revision dan sebagainya . sampai lah subuh . kalau kelas pukul 8 pagi memang tak tidur dah lah . cuma tidur sekejap sekejap gap antara kelas . TETAPI untuk hari ini . tadaaaa ~ saya tidur jam 9.30 malam sehingga 2 pagi . Alhamdulillah . may new plan . dan berjaga lah sampai ke pagi . dah bangun 2 pagi tu, buat lah apa yang patut kan . sebab kita husnuzhon . Allah bagi peluang bangun awal pagi untuk qiam :) tak rugi pun . paling cepat pun satu jam je masa yang diperlukan . lepas tu dah boleh start buat keja . memang dari sekolah dulu memang jenis yang buat keja time pepagi cenggini . sunyi . LOVE it . jadi harapnya tak mengantuk lah ni sampai zohor . hope so . lagi pun dah peluang duduk bilik single ni . ambil lah peluang sebaiknya bangun tengah malam, bukak lampu pun tak de orang nak marah . Alhamdulillah . Allah bagi peluang tu pada saya . syukur . 

eh lari tajuk . nak cerita pasal lain sebenarnya . baca blog kak piya urban mommy . buat saya betul betul terinspirasi . TER ! sebab tak sengaja kan . dia sangat bercita cita tinggi . sangat ! motivasi yang ada dalam diri dia dah bagi motivasi dekat orang lain . betul . walaupun hanya suri rumah sepenuh masa tapi impian dia buat saya bukak mata yang untuk berjaya tak semestinya kerja yang bergaji . wahh ~ korang boleh baca dekat link tu . 

untuk saya . saya pun ada perancangan saya . perancangan jangka pendek dan jangka panjang . perancangan ni lebih kurang macam impian lah . WISH LIST ! untuk jangka pendek . dalam masa terdekat lah kan . saya nak graduate dengan degree yang masih dalam pengajian ni . yes ! NAK GRAD macam kawan kawan lain . walaupun TERlewat setahun . jiwa saya masih berkorbar korbar nak habiskan pengajian yang berbaki 2 bulan ni . hihi . doakan ! impian sejak kecik hokay nak pakai jubah konvo tuh . dan yang pastinya saya nak gembirakan mak dengan abah . dengan segala dugaan dan cabaran , despite a lot of problem yang tak minta pun dia datang . saya tetap nak gembirakan mak abah . tengok anak dia ni dapat degree . naik atas pentas . hoho tak sabar . 9-11 nov 2013 . tarikh konvo . 

seterusnya saya nak kumpul duit sebab nak beli TELEFON BARU . jeles hokay tengok kawan kawan pakat guna samsung galaxy yang macam macam model tu . setakat ni yang menarik perhatian, samsung galaxy s3 mini dengan galaxy beam . kalau ade keluaran lah time saya nak beli tu . insyaAllah lepas habis belajar bulan 6 ni, akan jadi guru ganti di sekolah lama selama 3 bulan . dan semoga Allah murahkan rezeki sebab nak bawak mak abah pegi bercuti dekat Langkawi . abah teringin sangat . itu pun sebab adik bagi tau . macam touching jugak lah kan . so memang hope murah rezeki lah supaya dapat bawak mak abah jenjalan . jangka pendek .

untuk jangka panjang . NAK KAHWIN ! no explaination yet .......

seterusnya nak beli kereta . kalau boleh as soon as possible . selepas dah ada kerja tetap . yep ! akan cuba sedaya upaya mencari kerja sejurus selepas konvokesyen . dah survey beberapa jenama . tapi really impressed dengan toyota tapi tapi tapi untuk permulaan ni . saya stick dengan perodua dulu lah . kan kan . wait ! sebelum tu kena amek lesen memandu dulu . hihihi . insyaAllah dalam perncangan sebenarnya tu . cuma itu underground punya isu lah . 

dan akhir sekali semestinya nak bawak mak abah pegi umrah atau haji . love it ! semoga Allah permudahkan segala urusan saya ni . hope so ! really hope that actually . inilah IMPIAN YANG PALING BESAR SEKALI ! nak sangat sangat .

dan untuk perancangan yang paaaaaliiiingggggg panjang adalah . nak bukak butik sendiri . pendek kata memang nak ada bisnes sendiri . untuk awal awal saya nak jual online dan dari rumah dulu . saya dah kira modal dan semuanya . pemborong pun dah survey . produk insyaAllah . tudung labuh . jubah muslimah . baju muslimah dan lain lain aksesori muslimah . semoga semua ni tercapai ! 

so apa perancangan korang ? 


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan