20 April 2013

Cinta Jangan Pergi TV9

Assalamualaikum (",)

Drama terbaru TV9 . Cinta Jangan Pergi, temukan semula Tiz Zaqyah (Lea Soraya) dan Remy Ishak (Khalil) . so cute weyh deme berdua . memang serasi . cewaahh . tapi cerita first impression, bila saya tengok angle background yang cun cun dah tahu dah sape pengarah nya . siapa lagi kalau buka Kabir Bhatia . pengarah yang sama Nur Kasih . ooo patut lah main actor pun orang yang sama . cliche sangat saya buat buat terkejut . pelakon lain ada Nadiya Nissa (El/ELina - bff Lea Soraya), Ramona Zamzam dan ramai lagi .

kisah tentang perjanjian dua hati . bertemu secara tak sengaja ketika masing masing dalam perjalanan ke Paris dan seperti diaturkan mereka sentiasa bertembung dan akhirnya sama sama travel keliling Eropah . Kalil ada sikap yang tak suka plan apa apa kerja dia akan buat . dan Lea seorang yang teliti dan sangat sistematik dan merancangan setiap perkara . yes ! complete each other . dan ketika itulah bibit cinta mula terbit di hati mereka . 

untuk 4 episod pertama . masing belajar di luar negara tetapi berlainan universiti . Lea menamatkan pengajian dan pulang ke Malaysia . dan Kalil masih ada lagi setahun untuk menamatkan pengajian . dan mereka berjanji akan bertemu semula di Malaysia . Setahun selepas itu Kalil pulang bercuti untuk sementara waktu tanpa pengetuan Lea . tetapi al kisahnya beg kalil tertinggal pada Ramona dan dari situ lah Lea tahu yang Kalil pulang ke Malaysia sebab Ramona call Lea bagi tahu beg Kalil pada dia . tetapi Kalil tak dapat dihubungi dan akhirnya keluar berita di surat khabar yang Kalil Ibrahim dikhuatiri maut dalam kejadian kereta terbakar . tetapi mayat belum jumpa . Lea yakin Kalil masih hidup

hadir seorang lelaki bernama Hud (lakonan Josiah Hogan) sama tapi tak serupa . perlakuan dan percakapan Hud seolah olah mengingatkan Lea kepada Kalil . sama tapi tak serupa dan akhirnya Lea menerima kehadiran Hud demi kebahagiaan mamanya . redha dengan takdir yang telah tertulis . walaupun hatinya masih menunggu Kalil . kisah selanjutnya ? tunggu lah episod seterusnya .... setiap sabtu dan ahad , jam 8.30 malam . 


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan