19 April 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia : Konsep sama, jalan cerita/plot berbeza

Assalamualaikum (",)

sebenarnya saya isteri dia ! demam ni demam . sebab pelakon dia sangat kiut . trust me . saya dah muak dan bosan dengan pelakon yang sama . guess who ? nora danish . adi putra . aaron aziz . tapi suka sangat bila pelakon drama ni Tiz Zaqyah dengan Izzue Islam . unpredictable . saya tak penah baca novel ni . cuma baca sinopsis je itu pun dengan bantuan pakcik google .


untuk episod awal ni . for me . jalan cerita nya lain lain dari yang lain . tetapi konsep masih sama . KAHWIN PAKSA . sama je macam . setia hujung nyawa, sedetik cinta ...... ape lagi ? fenomena kot . tapi untuk Sebenarnya saya isteri dia . awal cerita menarik sikit la , bila syaf di tangkap tidur sekatil dengan firash . bukan salah diorang dan tetiba diorang kena kawen sedangkan si syaf tu tunang abang kepada firash iaitu farish , syaf terima sebab dia rasa dia dah tak suci dan tak layak untuk lelaki sebaik farish . al kisah, syaf nikah la jugak dengan firash yang muda 4 tahun dari dia . malam nikah tu, farish meninggal dunia sebab kemalangan jalan raya . cliche sangat . permulaan yang menarik, bila baca sinopsis dia memang dapat jangka jalan cerita macam mana , tapi saya masih nak tengok cerita setiap episod . sebab ? nak tengok keletah suami isteri tu . hihi

firash . masih belajar . tak matang . tak dapat terima yang dia dah jadi suami orang . masa kecik kecik dulu dia stay dengan atuk dia di kampung dan dia penah cakap "acad sayang kak qira" . firash arshad . bila dah besar duduk dengan family di bandar . lama lama nanti dia terima jugak syaf tapi ego . normal . jeles bila tengok syaf rapat dengan orang lain .

syaf . syafa aqira . anak yatim piatu . anak angkat keluarga firash dan farish . tapi dah bekerja sebagai arkitek dan tinggal di rumah sewa . saya rasa syaf ni la yang firash panggil kak qira masa diorang kecik dulu kan . itu lah misterinya macam mana syaf boleh jadi anak angkat . dan firash panggil syaf, kenapa bukan kak qira . bukan diorang kenal dr kecik ker ? persoalan . 

thats why nak sangat tunggu cerita ni sampai habis . walaupun konsepnya sama . kahwin paksa . tapi jalan cerita dan plot yang berbeza . nice kan . jangan lupa saksikan sama sama ok ? setiap hari Jumaat . jam 9 malam di TV 3 . tapi saya tengok di Tonton.com.my je . 2 hours selepas on air :)



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan