02 May 2013

Freelance Motivator :)

Assalamualaikum (",)

tajuk tu nampak tak ? alhamdulillah, that is my passion daripada dulu sampai lah sekarang . and the biggest hope @ wish , saya nak berkhidmat dan berbakti kepada sekolah sekolah saya . setakat ini semuanya diterima baik . dan sudah 3 kali saya memberi ceramah kepada budak sekolah yang melibatkan sekolah rendah dan sekolah menengah . semuanya kerana rasa sayang kepada sekolah tu . sukarelawan gitewww .

kali pertama masa tahun 2011 . di SK Permatang Raja, sekolah lama saya, bagi ceramah ringkas untuk adik adik yang akan menghadapi UPSR masa tu . the best part is . saya dah terbiasa menggunakan ayat yang agak kompleks dan hanya sesuai untuk mereka yang di skeolah menengah atau universiti . bila dah kena bagi ceramah dekat budak sekolah rendah . lama jugak yang saya fikir . saya buat research jugak , study, apa yang sesuai digunakan untuk umur seperti mereka . Alhamdulillah . semuanya ok . saya pun dah jadi budak budak . nak kena switch mode . tapi percubaan kali pertama . GOOD !

percubaan kali kedua, baru baru ni . 2 feb 2013 . kem motivasi pelajar SPM dan STPM . khas dari anak anak perak di UNIMAS . geng geng saya la tu . program tu kami buat sehari je . di SMK Tat Beng . sekolah lama saya . setelah sekian lama saya tak bercakap macam tu . memula memang wajib buat research . belajar dan cari bahan . saya bercakap tentang komunikasi . buat awal ni . saya cuma sentuh tentang peribadi . ye lah apa apa nak buat pun . perlu betulkan peribadi dan hati dulu . pendek kata, secara dalamannya . barulah terzahir diluaran . Alhamdulillah tempoh masa selama 1 jam 15 min saya rasa sangat memuaskan . saya biasakan mereka, dimana saya bercakap tanpa slide show . sebab saya nak diorang fokus dan catat apa yang saya cakap . itu pendekatan yang saya buat . boring jugak sebenarnya kan kalau tengok slide jer . dan saya happy sangat bila semua yang mendengar tu bagi feedback pada saya . rasa macam dihargai .

dan kali ketiga nya, saya dapat tawaran untuk bagi ceramah berkenaan tanggungjawab dan peranan seorang pengawas sekolah pada 23 feb 2013 . walaupun pengalaman selama 10 tahun sebagai seorang pengawas sekolah . but still buat research jugak . cari isi isi penting dan terkini . best ! tapi ujian hari tu ialah saya tak berapa sihat . suara saya tak berapa clear . dan rock ala ala ramli sarip . ye lah bercakap tanpa henti . selesai je ceramah suara terus hilang . Allah bagi rehat jap . tapi seksa jugak lah . so selepas yang ketiga tu lah perjuangan saya bermula . semangat untuk menjadi seorang motivator meluap luap . sangat bersemangat . komen daripada cikgu kaunseling sekolah tu . saya ada bakat, boleh bercakap cuma perlu ada lebih unsur kecindan . maybe saya terlalu serius . insyaAllah akan diperbaiki yer cikgu . best sangat ! adik adik yang sporting . 30 min before habis ceramah . saya buat LDK . supaay diorang ingat sampai bila bila . semoga saya ada peluang lagi macam ni .




saya post gambar saya bagi ceramah di facebook . tetiba cikgu sekolah rendah saya . SK Sungai Tinggi . komen cakap, 'boleh la bagi ceramah di skst pulak' . insyaAllah cikgu . kalau diberi peluang . saya sanggup . saya buat semua ni bukan sebab apa apa janji material tapi sebab saya minat . u know how it feels . kalau orang buat kerana duit atau ganjaran . lain . tapi kalau orang buat sesuatu benda sebab minat, lain rasanya . insyaAllah, dah buat perancangan dangan sahabat saya, satu hari nanti nak buka syarikat sendiri untuk khidmat motivasi dan kem kem motivasi . semoga dipermudahkan ! ini lah perancangan jangka masa panjang saya . saya nak buka syarikat yang menawarkan khidmat motivasi dan ceramah . selain tu nak buat kem kem motivasi untuk semua lapisan masyarakat . sebab saya tak nak selamanya kerja makan gaji ...

semoga ini adalah jalan yang terbaik yang saya pilih . walaupun saya belajar dalam bidang sains biology, tapi passion saya masih dalam bidang psikologi dan kaunseling . insyaAllah saya akan ambl diploma eksekutif untuk ini . supaya saya layak berdiri dalam bidang ini . proses pembelajaran tak akan pernah tamat kan ? so kengkawan . doakan saya k .

6 comments:

  1. wah bagusnya...
    blajar len tp passion len..gud luk! mmg ada bakat..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelebihan yang baru diteroka .. terima kasih :)

      Delete
  2. bila kita bt sesuatu yang kita minat, wang ringgit bukan jadi ukuran.. saya minat seni, dan sy part time freelance illustrator :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, minat mmg mengatasi segalanya, semoga awak berjaya yer . :)

      Delete

Terima Kasih . Syukran Jazilan