22 May 2013

Seorang Wanita adalah Pemalu

Assalamualaikum (",)

"bisingnya" bisik hati saya masa tu. Bagi saya, satu perkara yang terus hilang dan lenyap sama sekali dari fikiran adalah "respect". Maaf kakak, adik, makcik, peribadi seseorang tu sememangnya perlu dikenali terlebih dahulu sebelum membuat percaturan. Tetapi apa yang perlu kita semua kena ingat, "first impression" jua memainkan peranan penting dalam membina komunikasi dua hala atau lebih. Saya betul-betul malu kerana mereka itu adalah kaum saya, seperti saya, perempuan yang tinggi darjatnya. Hanya sekadar ingin meminta pertolongan, tidak perlu lah terjerit terpekik dan terlolong. Faham maksud saya?

Ceritanya begini, setiap hari saya akan ke kafe untuk membeli makanan, saya seringkali mendengar suara kuat mereka sedangkan mereka adalah perempuan. Saya faham kerana mereka adalah pekerja dan saya hanya pelanggan. Tapi sebagai wanita, saya turut merasa malu dengan keadaan itu. Timbul pula rasa tanda tanya, "tak malu ke diorang ni?". Apa yang nak saya ketengahan dalam isu kali ini adalah sikap dan peribadi.

MARUAH SEORANG WANITA

Apabila hilang rasa malu, maka hilanglah maruah seorang wanita. Kenapa? 

Abu Hurairah r.a. mengatakan bahwa Nabi saw. bersabda, "Iman itu ada enam puluh lebih cabangnya, dan malu adalah salah satu cabang iman.” (Shahih Bukhari)

bagi saya siapa pun kita, apa pun kerja kita, malu tu jangan lah dipandang remeh. Janggal sekali kalau malu seorang wanita tu hilang. Seolah-olah maruah melayang. Biarlah kita nampak seperti seorang yang sombong sebab pertahankan maruah kita, tundukkan pandangan kita daripada kita digelar perempuan tak tahu malu. Suara tu 'cover' sikit, jangan ketawa macam dunia ni kita seorang sahaja yang ada. Kalau lemah lembut kan lebih manis dipandang sebab wanita ini mahal harganya, wanita yang macam mana? Wanita yang solehah, wanita yang jaga maruahnya, wanita yang jaga auratnya, wanita yang tahu agama dan mengamalkannya.

Kita nak jadi wanita yang macam mana? Pemalu atau wanita yang TAK TAHU MALU? Kalian yang membuat keputusan :)

Tapi-tapi malu itu kena pada tempatnya dan masanya, masa presentation jangan lah malu-malu, itu nanti kita kupas dalam entri lain ok .

4 comments:

  1. nice entry. teguran yg sangat bagus buat peringatan semua wanita Islam. :)

    ReplyDelete
  2. Salam daripada Zalora Malaysia,

    Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.

    Kami ingin bertanya adakah anda pernah membeli-belah di www.zalora.com.my ? Kami berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama anda.

    Email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my :)

    ReplyDelete
  3. malu memang sikap wanita.. =)

    dari segmen/GA "Duo Big Giveaway!.. done follow sini lama dh..

    ReplyDelete
  4. Selamat malam. Saya sedang mencari sponsor untuk merasmikan 1st GA saya dan partner . Jom lah support kami ^^
    http://leprecious-nineplus-two.blogspot.com/2013/05/attention-pencarian-sponsor-hebat.html

    ReplyDelete

Terima Kasih . Syukran Jazilan