20 June 2013

Hikmahnya ...

Assalamualaikum (",)

terdengar hot chat di hotfm tadi . seorang perempuan mengadu ex-boifren yang tetiba cari dia balik setelah masing masing berumah tangga . kuat saya balas balik sambil tengok radio . "itulah hikmahnya kenapa Islam melarang cinta sebelum nikah atau bercouple" . tahu kenapa? inilah salah satu sebabnya . sebelum dengan suami sekarang ni . pernah berkawan bercinta dengan 7 orang lelaki . murahnya cinta awak kan .

Islam menggariskan sesuatu hal ada sebabnya, ada hikmahnya . "alah kalau tak bercinta macam mana nak kenal dia baik ker tak?" . eh . boifren awak tu tak de kawan-kawan ke untuk awak siasat latar belakang die? boifren awak tu tak de family ke awak nak kenal terus ? ingat yer . apabila berdua akan ada yang ketiga . seeloknya jagalah ikhtilat sebelum bernikah supaya baitul muslim yang dibina nanti tu lebih berkat . kawal perasaan tu . semua orang pun ada perasaan  nak dicintai nak disayangi . kawal la, berdoa kepada Allah, Allah tahu yang terbaik . kalau orang lain boleh kawal perasaan, bina cinta selepas nikah, kenapa kita tak? hamboiii kalau nak dapat dean list boleh je jadikan orang lain contoh, apasalahnya jadikan orang lain contoh bina keluarga islam yang beriman dan bertaqwa? 

saya tak melarang keras couple . tapi saya mohon untuk berfikir sepenuhnya . rosaknya hati kita kerana kita merindui dan meluahkan sayang kepada dia yang bukan halal pada kita . zina hati namanya . belum lagi sms , calling yang berjam -jam . sedangkan waktu dekat dengan Allah ketika solat kena nak cepat cepat . tak nak doa panjang-panjang . kalau calling dengan boifren boleh pulak lelama .

saya tahu ada jugak kawan-kawan yang masih muda sekitar 20-25 tahun yang dah ada pilihan hati . bila saya cakap , "dah ada calon apa tunggu lagi?" tapi jelas jauh dilubuk hati saya ni, saya tak nak terusan kawan begitu . "masih mudah bha" . muda atau tua bukan penentu bila nak kahwin . "masih belum ada duit" . islam itu mudah tetapi jangan mudahkan . nilai mahar hanyalah senaskhah al-quran . apa lagi yang perlu? "mesti nak ada kenduri jemput kawan-kawan". boleh, tak ada masalah, buatlah kenduri, jemput saudara mara terdekat, sahabat-sahabat yang dikenali, kenduri doa selamat . "masih belum mampu, tak ready mental dan rohani" . haaa tahu pun . kalau dah tak mampu nak itu dan ini . kenapa perlu meletakkan diri dalam tempoh bercinta sebelum nikah? kerana syaitan tu dok cucuk je ni . saya sarankan nikah saja dulu . kenduri boleh buat masa akan datang . kenapa perlu menyulitkan perkara yang mudah untuk diselesaikan .

"jiwa kita tak sama" . memang tak sama, masing masing ada jalan sendiri . tapi fikirlah, jalan mana yang lebih diredhai, hidup ni sekejap je . kalau kita asyik nak berseronok nak bergembira tanpa fikir bekalan akhirat . bukan lah saya pinta untuk sahabat semua tinggalkan dunia, tetapi biarlah seimbang . jika akhirat menjadi utama insyaAllah kita akan beroleh keberkatan semuanya . menjadi diri yang terbaik  dalam membina jati diri dan akhlak terpuji bukan hanya solat 5 waktu dan berpuasa di bulan ramadhan, kerana itu adalah perkara wajib dilaksanakan oleh seorang yang bergelar Islam, tapi yang akan membantu kita di 'sana' nanti adalah amalan sampingan kita, bagaimana kita menjaga diri, menjaga maruah diri . 

fikirlah . usia 23 tahun bukanlah satu usia yang muda bagi saya, jika dikira dosa lalu, Allahuakbar malunya jika dipanggil mengadap-Nya ketika ni, masing masing belum bersedia . fikirlah masa depan bukan untuk diri sendiri, tetapi generasi yang bakal kita lahirkan kelak . bagaimana membentuk akhlak mulia pada bakal  mujahid dan mujahidah sedangkan ummi dan walidnya masih terumbang-ambing dalam pelayaran kehidupan . saya mengingatkan diri sendiri, agar selalu ingat bahawa dunia ini bukan sekadar untuk bergembira . dunia ini juga untuk kita kumpulkan bekalan menuju destinasi abadi . 

jika berat hati untuk mulakan langkah pertama, carilah seseorang untuk membantu . semoga Allah membantu kita dalam memulakan pencarian yang memberi manfaat kepada kehidupan seorang khalifah dimuka bumi , hikmahnya, setiap apa yang dilarang dalam Islam itu, ada sebabnya mengapa dan bagaimana . belajarla daripada kesilapan lalu .

Allah loves you :)

2 comments:

  1. tahniah yong........ payah nak dapat tengok lagi muslimah macam mike yang berpikiran macam ni... sebabnye yang muda2 macam mike yong....sebok bercinta bagai........ tahniah lagi sekali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you yob, muda lagi ker awok ni? hihi, btw, maybe kalo yang mude bg nasihat pada yg mude akan lebih jalan la kot . jiwa sama, jalan yang berbeza

      Delete

Terima Kasih . Syukran Jazilan