15 June 2013

ISTIQAMAH kita ?

Assalamualaikum (",)

Alhamdulillah, masih berpeluang bernafas hari ni. Syukur. Baiklah untuk entri kali ni saya nak sentuh berkenaan dengan istiqamah. Ramai orang tanya, bagaimana untuk istiqamah? Sedangkan macam-macam dugaan datang. Samaada luaran atau dalaman. Terutamanya kalau kita ni berubah ke arah yang lebih baik. Istiqamah ini susah. Itu saya akui tapi semuanya terletak kepada kita macam mana kita kekalkan istiqamah tu. 

Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu.  Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu.  Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata).  Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadanyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)." (Surah As-Syura Ayat 15)

Antara contoh-contoh Istiqamah ialah :
  1. Istiqamah dalam Iman dan melaksanakan tuntutan Iman.
  2. Istiqamah dalam solat dan Ibadah-ibadah khusus yang lain.
  3. Istiqamah dalam menegakkan kebenaran dan keadilan serta menentang kebatilan dan kezaliman.
saya yakin semua orang hadapi semua ni, semua orang nak jadi baik, tapi dugaan yang datang daripada pelbagai sudut telah mengganggu istiqamah kita . tapi sebagai manusia yang punya akal dan hati kita sepatutnya lebih kuat untuk melawan dugaan yang mendatang . tunjukkan bahawa kita ikhlas dalam melaksanakan perubahan . buktikan bahawa kita ingin menjadi lebih baik . cepat atau lambat, insyaAllah kita akan tetap menuju redha-Nya . saya terlalu yakin ramai yang rasa tidak mampu . tetapi ingat lah, sekiranya hati kita meletakkan Allah ditempat yang tertinggi, insyaAllah, apa jua dugaan yang mendatang, tak akan pernah mengganggu istiqamah kita, tak akan mematahkan semangat kita, apatah lagi menggugat keikhlasan kita . puas saya saya katakan bahawa, letakkan Allah ditempat yang tertinggi dalam hidup .

ramai juga yang tak mampu untuk istiqamah kerana persekitaran yang mengganggu . carilah sahabat yang dipercayai untuk membantu . carilah seseorang untuk meluahkan rasa . carilah seseorang untuk berkongsi rasa . semoga dengan adanya seseorang itu, kita akan lebih kuat, kita akan lebih bersemangat . jangan terlalu mudah putus asa . kerana Allah sayangkan orang yang kuat berusaha .


Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.  Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat  dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir. (Surah Yusof ' Ayat 87)

sesungguhnya Allah itu sentiasa memberi kita peluang, setiap detik nafas kita ini adalah peluang untuk bertaubat . setiap denyut nadi ini adalah peluang untuk kita kembali kepadanya, bertaubatlah sebelum terlewat, kerana pintu taubat Allah itu sentiasa terbuka untuk hamba-Nya . carilah Allah, maka kamu akan beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat :)



"Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat"


2 comments:

Terima Kasih . Syukran Jazilan