Assalamualaikum (",)
sekitar hujung tahun 2011 saya kehilang rakan baik ketika di sekolah kerana komplikasi buah pinggang dan beberapa sakit lain . saya akui saya bersedia untuk kehilangan dia walaupun saya taknak dia pergi seawal tu . tapi Allah lebih sayangkan dia, setahun sebelum tu 25 dis 2010 kami ada buat reunion kelas . dia nampak macam biasa tapi selepas raya haji tahun 2011 dia dimasukkan ke hospital sehingga ke akhir hayat dia . dan lebih menyedihkan, sepanjang dia terlantar sakit di hospital, saya di Sarawak . memang tak mampu nak balik sebab masa tu baru sahaja balik raya haji . sedihnya rasa hati hanya Allah yang tahu . dan berita pada 3 pagi yang saya terima dari Firdaus benar benar menyentap emosi saya sepanjang hari tu . rindu pada arwah sampai kini dan sampai bila bila akan tetap terasa . al-fatihah untuk arwah Shahrul Izwan bin Sharani .
pagi tadi, tanggal 1 jun 2013 , saya terima lagi satu berita yang begitu menyedihkan, Muhammad Syahmi atau saya panggil Syahmi merupakan graduan diploma UITM Kota Samarahan dan jugak anak perak, telah kembali ke rahmatullah kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya di tanjung karang, selangor . saya mengenali dia kerana dia banyak join program anak perak Unimas . pernah sama-sama berganding bahu dalam program motivasi di sebuah sekolah di Bagan Serai . saya rapat sangat dengan arwah . saya anggap dia dah macam adik saya sendiri . saya sayang dia . kehilangan kali ini sememangnya saya tak bersedia kerana dia tak sakit atau terlantar sakit tapi dia meninggal dunia dengan kehendak Allah dalam kemalangan jalan raya . saya pasti keluarga lebih akan rasa kehilangan dia .
"Syahmi, akak tahu tak mungkin awak akan baca semua ni, tapi seperti yang akak selalu cakap di akhir perbualan kita, akak sayang awak, akak doakan kebahagiaan awak di dunia dan akhirat, sekarang awak dah tak ada, awak pergi tinggalkan akak, kawan-kawan dan keluarga awak . Allah lebih sayangkan awak . akak redha walaupun akak rasa macm terpaksa . semoga awak tenang dekat sana tau Syahmi, akak akan rindu awak selalu"
dia memang seorang motorcyclist, selalu lah ke sana- kemari siap ada join kelab motor, bila dia meninggal kerana motorsikal tu, saya sedih, saya selalu pesan dekat dia, bawak moto hati hati . jangan laju sangat . tapi sudah Allah tetapkan akhir hayatnya begitu . ada sebab kan kenapa Allah bagi hobi dia minat dengan motorsikal . yep . saya redha . ini semua dengan kehendak Allah . kalau dah sampai ajal, di mana mana pun kita boleh 'pergi' .
untuk keluarga arwah, tak ada apa yang mampu saya cakap kan, salam takziah dari saya :'(
inilah 2 kehilangan yang sangat saya rasai dan masih terasa . dan kehilangan yang ketiga daripada mereka yang saya rapat dan sayang, yang pertama dulu, alhamdulillah saya sudah lama redha, yang pertama dulu adalah sahabat sekelas semasa tingkatan 5, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia pada 29 okt 2007 .
Al-fatihah untuk:
- Mohd Izzat b. Mohd Yazid (29 Okt 2007)
- Shahrul Izwan b. Sharani (1 Dis 2011)
- Muhammad Syahmi ( 1 Jun 2013)
Al-fatihah kepada rakan kerja saya Muhammad Syahmi di Kompleks SMS PDRM...
ReplyDeleterakan sekerja awak? kami kawan2 yg mengenali dia di sarawak turut merasa kehilangan
DeleteSabar kak.. Allah lebih sayangkan arwah
ReplyDeleteinsyaAllah, orang yang baik, memang akan selalu dikenang-kenang
Deletesama la kita...sy senior arwah syahmi..kitorg sm course..n sama komander kesatria..msh rs tkejut dgn pemergian beliau...
ReplyDeletekehilangan yang sangat dirasai kan, susah nak lupa, sebab arwah sangat baik
Delete