31 March 2014

HATI. Ikhlas. Istiqamah

Assalamualaikum (",)

bila bicara soal hati, semuanya celik, mata tetiba jadi terang benderang. aduhai manusia. semuanya teruja. tapi ramai yang masih kabur dengan fungsi hati. hati yang mengawal seluruh kehidupan kita. betul? yeah. seketul daging yang menentukan baik buruk kita. jadi, bila ramai yang mengadu, susahnya nak istiqamah dalam melaksanakan kebaikan. Allah. apa yang saya mampu utarakan. RECHECK HATI!!! ...

ikhlas. bila bicara bab ikhlas ni, ramai yang akan cakap. "ikhlas tak boleh cakap, hati je tahu, Allah Maha Mengetahui". tahu pun. HATI. Ikhlas ni memang payah nak cakap. ianya seperti semut hitam yang ada di atas batu berwarna hitam di malam pekat gelap gelita. tudiaaaa. susah kan. saya ada baca satu buku tapi tak ingat ker saya dengar al kuliyyah dekat tv 3. 

"untuk mencapai tahap keihklasan, sememangnya kita akan melalui dahulu penyakit penyakit hati, iaitu riak, ujub dan takbur" *nanti saya check balik dalam buku catatan.

inilah hakikatnya. makanya mencapai istiqamah itu perlukan keikhlasan. tapi nak mencapai ikhlas tu ada pula cabarannya. jadi? mahu atau tidak. hadapilah dengan tenang. dan senyuman. istiqamah istiqamah istiqamah. teruskan kebaikan yang dibuat. teruskan walau payah kerana disitu ada kemanisannya. 

ayuh bersihkan hati. semoga kita terus dijalan yang diredhai. selalulah berdoa semoga Allah menjauhkan dirikita daripada perkara yang menggelapkan hati. 

keep it up ya ukhti! 

ingat! sebaik sebaik perhiasan dunia adalah wanita solehah :)



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan