15 August 2015

Buat Apa Yang Perlu *sebelum masuk UNIMAS

Assalamualaikum (",)

Tiba-tiba berduyun pulak komen masuk dekat entry berkenaan Unimas dan Kolej Sakura tu. Lepas tu baru teringat yang result upu dah keluar. Adik adik yang dapat Unimas tu, jangan takut. Malah korang akan happy tak terkata nanti. Sebab suasana kat sana berbeza. Pegi dulu lepas tu nanti rasakan kelainan dia. Dan berkenaan kolej Sakura tu, dont worry. Takde la scary sangat kena dok ramai ramai dalam satu apartment. best. sangat best. kosongkan fikiran korang daripada anasir anasir jahat ni.

akak dulu masa memula dapat Unimas, takde pulak nak tanya itu ini dekat media sosial. maybe time tu facebook dan twitter apatah lagi instagram tak popular macam sekarang. ye lah, akak ada fb masa dah masuk universiti. akak buat je apa yang patut akak buat. pegi buat xray, lepas tu buat DPT dekat imigresen, beli barang yang perlu. jangan over sangat nak beli baldi, hanger, alatan mandi bagai eh. yang mana semenanjung tu, kau naik flight tau. berat limited lepas tu jauh lagi kau nak pergi. time daftar nanti akak akak dan abang abang LO akan guide korang kat mana nak beli semua tu.

yang paling penting! korang download dan baca panduan pelajar yang Unimas bagi masa korang klik terima tu. dekat website dia pun ada sebagai pelajar baru. supaya nanti sampai sana kau tak kelam kabut bila kau terpaksa buat DPT (Dokumen Perjalanan Terhad) dekat imigresen. kau baru sampai tempat baru. lepas tu kena pegi imigresen. kau rasa? ade yang menangis jugak karang. baca je panduan apa yang Unimas bagi supaya tak kelam kabut. susun semua dokumen cantik cantik ikut susuna yang dia suruh kau buat. daftar kolej, daftar course. ingat! biar kau penat masa dekat rumah sebab uruskan semua ni daripada kau blurrr lepas tu homesick pulak, untuk buat semua tu bila sampai dekat Unimas. at least dekat rumah ada keluarga tolong. dekat unimas nanti? semua kena buat sendiri. so better yang boleh settle before pegi, kau settlekan je.

jangan sombong dengan semua orang. baik dengan semua orang. insyaAllah semua akan ok. kau google la tengok surrounding Unimas macam mana. tau. hujung hari je sekarang semua. Goodluck untuk semua yang dapat sambung degree. enjoy kau punya student life. jangan lupa agama, jangan lupa asal usul kau. belajar bukan akademik je. kalau boleh masa dekat u tu, kau belajar la apa yang perlu untuk jadikan kau lebih baik dan kau boleh bawa diri kau dengan baik lepas tamat belajar nanti. kutip pengalaman banyak banyak. yang baik kau ikut. yang tak baik, kau letak tepi, ambil sebagai teladan je. ingat Allah. jaga iman ok.

tu je akak nak membebel untuk adik adik. assalamualaikum :)

2 comments:

Terima Kasih . Syukran Jazilan