lamanya rasa tak berceloteh dekat sini. Baru baru ni ada attend majlis kahwin bff matrik/unimas. Alhamdulillah. Everything selamat dan dipermudahkan. Nak dipanjangkan cerita, panjang okay. Mohon tabah untuk terus baca sampai natijahnya.
13 Ogos 2015
Bergerak dari rumah ke Simpang, pagi tu beg memang belum kemas sebab tak tau sungguh nak pakai baju apa masa bff nikah dan sanding. oh maaaiiii, girl's problem. malas nak tanya mak atau ngadu kat mak, sat gi mak kata "baju tu penuh almari, takkan taktau nak pakai hat mana". last last bawa je dress/jubah yang aku suka. Redha. Tiket ke KL tak beli lagi pun, orang kata, ikut rezeki la tiket pukul berapa. Sampai Simpang dalam pukul 11.55pagi, rezeki ada bas pukul 12.00. So tak sempat duduk rehat, terus ke KL. Sampai KL dalam pukul 3.20ptg. Laju gila bas tu. But Alhamdulillah selamat sampai. Lepas tu bergegas ke LRT plaza rakyat terus ke Sungai Besi. Time sampai kat situ, adik datang jemput, pegi beli hadiah dekat aeon balakong, pegi makan, dalam pukul 8 lebih barulah adik hantar ke UPM. lepas tu, lepas tu, lepas tu jumpa aimi!!!!!!! bermulalah episod ketawa tanpa henti. lepas tu ada member teknik dulu datang jumpa, 9 tahun tak jumpa kot, tapi tak dapat sembang lama sebab dah lewat. lepastu janji nak jumpa lagi on 15 ogos. thanks fiza sebab sudi jumpa. terharu. dekat pukul 1 pagi baru tidor sebab menyembang dengan aimi n ain punya pasal. ok dah selesai episod 13 ogos.
14 Ogos 2015
Bangun subuh dengan keadaan separuh sedar, sebab letih gila yang semalam punya perjalanan, lepas tu ada orang nak ajak pegi sarapan. so, pagi tu kitorang bersarapan soto dekat kafe mtdc. nak tau kami jumpa sapa? wani! bestfriend kat matrik. bestfriend sekali dengan famila jugak la. Rindu le teww, kebetulan wani takleh pi kenduri famila. Thanks wani sebab sudi jumpa. lap u :)
al kisahnya time tu nak ready gi nikah famila, tapi tak jadi sebab tak sempat. Takpe takde rezeki. Aku and Aimi buat video khas untuk famila yang dia time tu tengah nervous nak dinikahkan. wahhh, kitorang yang excited time tu. Video tu jugak berlatarbelakangkan lagu pengantin baru. famila pun terharu jugak. so hari tu seharian aku dengan Aimi, makan, menyembang sampai lebam. hihi. malamnyer tu tak de buat apa, kitorang cuma menyembang lagi lah, tak ingat pulak malam 14 ogos tu buat apa. Aimi, kita buat apa eh malam tu?
15 Ogos 2015
Hari yang dinanti telah ditiba. Pagi tu nak kata bangun awal, tak jugak la. Tapi Aimi and Ain, keluar pegi beli breakfast, pagi tu memang awal awal lagi dah makan nasi kerabu. Kenyang awal la. Lepas makan, rehat kejap lepas tu terus bersiap nak ke kenduri dekat Petaling Jaya. so dalam 11.40 macam tu, kami berlima, aku, aimi, ain, hajar dan farah gerak satu kereta. tak de la jauh sangat. kitorang guna waze je. Dan kitorang sampai dalam pukul 12.30 kat dewan tu, orang pun tak ramai sangat lagi. Boleh la pilih mana meja yang kosong sesuka hati :)
Masuk je dalam dewan jumpa fiqa dan kak nad. Tak lama lepas tu, tira dengan cikot sampai. Unimas, complete satu meja. tup tup Azim sampai, sumpah taktau yang dia akan datang. sama macam kenduri haziq dulu. Aku n Aimi gerak ke meja Azim, sebab dia sorang, tak de kawan. Sembang punya sembang, meriah tak terkata tak terkira, biarlah ceritanya aku dan aimi saja yang tahu. panjang pulak nak cerita kat sini. kitorang menggila dekat wedding orang macam wedding sendiri. eh.
malamnyer tu dating dengan Diya dan Fiza. Member dorm masa dekat sm teknik taiping. tak habis borak yang ni. kejap je. hope sangat boleh jumpa lagi diorang ni. dan jumpa ramai lagi. Kitorang makan makan dekat Sakura Crystal Mines. gambaq tak boleh nak upload pulak. baca je la eh. Malam tu balik, sambung menyembang lagi dengan Aimi n Ain sebab esok paginya aku dah nak balik perak. huhuhu sedihhh.
16 Ogos 2015
Pagi tu lepas subuh, online kejap lepas tu siap siap nak balik. Kebetulan Ain ajak breakfast, so kitorang keluar awal lepas tu pegi makan kat kedai mamak. nasi lemak ayam. kenyang sangat rasanya time tu. lepas tu dalam pukul 9 lebih, Ain hantar aku pegi KTM Serdang. Dan saat memberi lambaian terakhir pun tiba. thank you Ain sebab hantar kan ke KTM. Thank you korang sebab tumpangkan kat bilik selama 4 hari 3 malam. taktau nak cakap cemana. tapi really appreciate it.
Naik KTM turun kat TBS, satu stesen je pun. Lepas tu tukar amek LRT terus ke Pudu Sentral. Beli tiket kebetulan bas lagi 15 Minit. So sempat la naik bas ke taiping jam 11.00pagi. Sampai Taiping pukul 2.15. ingat nak turun lepas exit tol changkat jering tapi hujan. decide nak turun dekat Kamunting tapi bas berhenti kat Simpang sebab ada orang turun. alang alang tu, aku pun turun sekali. tak lama lepas tu hujan. memang takde rezeki la nak naik bas ke pantai remis yang 2.45 tu. bertapa la tepi jalan time tu dekat 3 jam sebab tunggu bas pukul 5ptg. tak lama lepas tu bas pun datang. alhamdulillah sampai rumah ja 5.45. abah ambik kat tepi jalan.
Nasib la malam tak de tusyen. boleh la rehat gegila malam tu. sebab esoknya isnin 17 ogos 2015 ada hal lebih penting. jadi itulah cerita sepanjang 4hari 3 malam ke kenduri famila.
***gambaq takleh nak upload :) sorry
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih . Syukran Jazilan