Assalamualaikum (",)
salam ramadhan al-mubarak :) macam terlewat sangat je nak wish semua ni kan . hihi . btw . dah masuk 15 ramadhan . maknanya ramadhan kita dah dipertengahan dan akan meninggalkan kita tak lama je lagi . agak agak kita dapat jumpa lagi tak dengan ramadhan tahun depan ? *no answer .
bulan ramadhan ni segala amal ibadah kita dapat pahal berlipat ganda . kalau kita buat yang sunat . kita akan dapat pahala wajib . kalau yang wajib pulak akan dapat pahal berkali ganda daripada biasa . sape tak nak ? ni la peluang kita untuk berdoa kepada ALLAH supaya kita menjadi insan yang lebih baik setelah ramadhan ini berlalu pergi . ada pulak orang yang cuma beribadah dalam bulan ramadhan je . bila dah mula syawal . semuanya tunggang tebalik . kalau boleh . kita tak nak la jadi macam tu . betul ?
sentuh soal tarawih . aku pernah dengar ustaz cakap . solat sunat sebelum dan selepas solat tu lebih utama berbanding solat sunat tarawih . so ingat tau . sebelum solat isya' . solat sunat dulu . selepas isya' pon solat sunat dulu kemudian teruskan dengan sunat tarawih . dahulukan apa yang lebih penting .
so semoga ramadhan kali ni akan lebih bermakna dan kita sebagai manusia akan berubah menjadi lebih baik . ALLAH bagi kita peluang untuk beribadah di saat syaitan dan iblis dirantai . jangan sia siakan masa yang ada . muda ? mati tak kenal usia . laksanakanlah perintah ALLAH . tutup aurat dengan SEMPURNA . solat 5 waktu . menghormati orang lain dan pupuk sifat mahmudah dalam diri . semoga ALLAH menganugerahkan kita taufiq dan hidayah untuk menjadi muslim sejati :)
ayuh tingkatkan amalan kita (",)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih . Syukran Jazilan