Malam itu seperti biasa, bertemankan bintang berkerlipan. Aku masih dijendela walaupun jam menunjukkan jam 1.00 pagi. 'Masih awal lagi' detik hati aku. Entah kenapa, sebak di dada belum lagi hilang. Getaran di jiwa seakan berlagu sama seperti turun naik helahan nafas. Buntu! Aku buntu mencari sebab tentang apa apa yang jua yang sedang berlaku ini. Aku kah yang bersalah? Aku kah yang pentingkan diri sendiri. Allah .. aku tak mampu untuk menghadapi semua ini lagi untuk kali ke berapa, entah aku sendiri lupa. Allah, aku hanya impikan kebahagiaan seperti orang lain. "Lia, tak tidur lagi?", teman sebilik aku, Fara menegur dari belakang. "Lia fikir ape lagi ni? Tengok tu, menangis lagi, kalau menangis je, ape lah penyelesaiannya? Dah tutup tingkap tu, dah lewat ni". Fara terus terusan membebal, seperti biasa. Dengan lemah aku menjawab, "belum mengantuk lagi lah makcik". Fara dah terlelap, hanya beberapa minit berhenti bercakap. Itulah Fara teman sebilik aku, pantang diletakkan kepala, cepat sangat terlelap.
Pagi itu seperti biasa selepas subuh, aku kejutkan teman serumah yang lain untuk solat subuh dan aku siapkan sarapan. Fara awal awal lagi dah keluar berjogging. Itulah rutin harian Fara. 30 minit kemudian Fara pulang dengan keadaan termengah mengah. "Eh kenapa kau ni Fara, dah macam kena kejar dengan anjing je, eh anjing dekat simpang tu kejar kau ker?". seloroh aku. "Ish awak ni Lia, mana satu soalan nak jawab ni, bukan la, Amir, Amir ada di bawah, nak jumpa kau". terus terang Fara. Aku tak mampu untuk berkata kata, tapi di dalah hati aku, aku bertanya, apa lagi yang Amir nak dari aku? Tak cukupkah dia perlakukan aku seperti boneka selama ni?. "Eh Lia, kenapa diam ni, pegi la jumpa Amir tu, dah macam mati bini aku tengok". fara mendesak, tapi aku?
Kelas hari ni seperti biasa, selepas kelas aku terus ke pondok bas untuk pulang ke kolej. Panas terik dan tiba tiba meluncur sebuah motosikal di hadapan aku. Kelibat Amir sahaja yang aku nampak. "Ya Allah apa lagi la yang Amir ni nak?". Amir terus mendekati aku tetapi dinding memisahkan kami, aku tahu Amir tak akan sesekali memandang aku, masalah kami ini pun sebenarnya bukan kehendak dia tapi hanya salah faham. Entah kenapa hati aku terlalu keras untuk memahami dia. Walid hubungi aku lagi semalam. Bertanyakan jawapan aku. Argghhhh! Aku buntu sangat buntu. Tiba tiba, "Assalamualaikum, Nurdahlia Amani, saya minta maaf untuk ke-114 kali, saya tahu awak tak akan maafkan saya, tapi saya tetap akan berusaha mendapatkan kemaafan awak. Awak boleh tolak kalau awak nak. Terima kasih Lia, assalamualaikum", Amir terus berlalu pergi. Tanpa aku sedar airmata berjuraian ke pipi. Allah, aku tak mampu.
Itulah kali terakhir kelibat Amir di hadapan aku. Rindu? Tak mungkin. Aku benci dia. Walid sudah ada jawapan daripada aku. Malam itu lama aku berbual dengan Walid, "Walid faham isi hati kamu Dahlia, walid faham, nanti walid sampaikan di pihak sana". Walid memang memahami. AKu baru berusia 22 tahun telah diuji dengan fitnah manusia gara-gara telefon bimbit aku tertinggal di dewan kuliah, walid mula menyalahkan aku sejak dari dan dia sedia menerima siapa jua yang enak di matanya untuk menjadi suami aku. Sedangkan hati aku masih belum bersedia. Walid sangat memahami, di dalam ketegasannya walid masih berlembut tetapi aku wajib meneruskan pengajian aku di Timur Tengah. Itu syarat walid. Aku akur.
Dua tahun aku di Jordan, aku menerima berita pemergian sahabat baik aku, Fara. Fara menghidapi barah hati sejak pertama kali aku mengenali dia. Tapi aku tak pernah tahu. Kesakita yang Fara alami tersemat baik menjadi rahsia dia dan keluarga. Sedihnya hanya Allah yang tahu, sejak aku menjejakkan kaki di Jordan, belum pernah lagi aku kembali ke Malaysia. Janji aku, aku tak akan kembali selagi pengajian aku belum selesai dengan Jayyid Jiddan. Sekali sekala aku terkenangkan Amir. 3 tahun tanpa khabar berita.
Hampir sebulan aku kembali ke Malaysia dengan Masters dalam Pengajian Hadis. AKu kembali dengan semangat baru. Belum pun sempat aku menghilangkan kerinduan kepada keluarga. Aku dilamar lagi. Tetapi kali ini aku tidak mengenali siapa lelaki itu sehinggalah hari aku memberi jawapan kepada Ummi dan Walid. Aku memberanikan diri untuk melihat gambar pemuda itu. Alangkah terkejutnya aku, bahawa pemuda itu adalah Amir Mujahid yang aku benci satu ketika dahulu. Gara-gara tindakannya melamar aku ketika aku masih bergelar pelajar pra-siswasah. Dan dia juga yang menggunakan telefonku untuk menghubungi kedua orang tuaku sehingga mereka salah sangka terhadap aku. Allah, dia lagi? Bertak aku. Aku meminta masa lagi daripada walid. Walid tersenyum sambil berkata, "inilah jodoh kamu dahlia, dia datang kepada kamu, dan kamu tolak dia, telah ditakdirkan Allah, dia datang lagi, adakah kamu masih mahu menolak?". Berlinang air mata aku. 5 tahun Amir menunggu aku. Benar kata walid. Amir adalah jodohku. Syukur ya Allah kerana memberi ku rasa ini. Selepas 3 bulan bertunang, kami dinikahkan. Alhamdulillah, bahagianya aku rasa. Benci ku dulu menjadi sayang.
minggu kedua pernikahan kami, Amir mengajak aku berpindah ke rumah yang telah dia sediakan untuk aku. Malam itu, aku terjaga kerana terlalu dahaga, dan aku terpandang satu nota di atas meja :
Cahaya cinta hatiku Nurdahlia Amani binti Ahmad Mustakim,
Abang minta maaf, bukan tujuan abang untuk menfitnah Lia dulu. Tapi itu hanya gurauan semata. Abang tak sangka kawan kawan abang akan hebohkan. Memang abang ada cakap, yang abang sayangkan Lia, tapi hanya abang. Lia tak tahu apa apa kan. Abang tahu bagaimana tegasnya walid dan ummi Lia. Abang minta maaf Lia, disebabkan itu jugak, Lia terpaksa berpisah dari keluarga Lia, Lia perlu mengharungi tomahan orang, "berpurdah tapi bercinta jugak". Maafkan abang Lia, Arwah Fara ada mencerita kepada abang tentang Lia yang selalu bersedih kerana umpama iman Lia tercalar kerana lelaki. Tetapi ingatlah sayang, abang akan tebus segala dosa abang pada Lia dulu. Abang sayangkan Lia, kerana fitnah itu jugak, abang ambil langkah untuk melamar lia. Hanya itu caranya untuk abang padamkan fitnah ini.
Cinta hatiku,
semoga dengan cinta yang halal ini, kita dapat bersama hingga ke Syurga. Allah menguji kita dahulu. Maafkan abang lia
mengalir air mata aku. Inilah kisahnya. Aku mula mengerti keihklasan hati suami ku Amir Mujahid. Terima kasih Allah, setiap kesabaran itu ada hadiah yang indah :)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih . Syukran Jazilan