Assalamualaikum (",)
selalu kita dengar orang nasihatkan kita dengan pelbagai cara, melalui perlakuan, percakapan dan mungkin hanya pandangan mata . sedih juga setiap kali bangun tidur . perlu cari semangat sendiri tanpa orang tersayang di sisi . tapi aku tahu doa parent aku ada sentiasa bersama aku .
sedih juga bila sesetengah orang yang tersilap langkahnya dalam mencari haluan hidup .
"cipta potensi diri yang cemerlang, melalui
keseimbangan perkara duniawi dan ukhrawi, dahulukan AMANAH daripada
fitrah, laksanakan TANGGUNGJAWAB yang telah diamanahkan, seorang pelajar
dengan amanahnya belajar, itu AMANAH, wajib didahulukan, tanggungjawab
sebagai muslim, wajib diUTAMAkan, melaksanakan perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya, muhasabah diri, adakah kita
meninggalkan salah satu atau kita berjaya
seimbangkan keduanya ? mulianya seseorang itu dipandang apabila tinggi
ilmu akhiratnya/agamanya dan tinggi ilmu dunianya(akademik, sahsiah,
kredibiliti dan sebagainya), bertanggungjawab kepada agama, diri
sendiri, keluarga dan sekitarnya, alangkah bagusnya jika kita mampu
menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat, "jangan dilihat siapa yang
berkata kata, tetapi lihatlah apa yang diperkata" - peringatan untuk
diri dan anda semua yang membaca, terima kasih (",)"
ayat di atas adalah status aku hari ni . huraiannya, saat kita tersalah langkah dalam kehidupan, ada insan yang sudi menunjukkan haluan sebenar . tapi kita salah erti . sebagai seorang pelajar AMANAH sebagai pelajar jangan diabaikan . tidak salah juga jika kita ingin meningkatkan potensi diri dalam agama . tetapi duniawi yang diabaikan . apa guna tinggi agamanya tetapi diri sendiri masih terkapai kapai dalam pelajaran yang telah di AMANAH kan . ingat ! siapa pun kita, jika ingin menjadi individu yang berkualti, seimbangkan duniawi dan ukhrawi, pasti lebih ramai yang menghormati kita . kita bijak menguruskan orang lain sedangkan diri kita?
cemerlang akademik, cemerlang akidah, sahsiah dan tinggi ilmu agamanya . muliakan ? semoga kita yang masih terkapai kapai ini tidak hanyut bersama keterujaan dalam mencari identiti . sesekali, menerima nasihat orang lain itu lebih baik . kita perlu mengambil setiap apa yang orang perkatakan, jadikan ianya satu 'booster' untuk terus ke hadapan . tapi jangan hanya sementara, semoga Allah lebih memberkati kita semua .
doa saya buat sahabat semua . ukhrawi dan duniawi adalah penting :) seimbangkan ia, moga cemerlang di sini dan di 'sana' ...
nicee :)
ReplyDelete